Pergi ke kandungan

Chacha Maembong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chacha Maembong
تشاتشا مايمبونغ
Chacha semasa sesi fotografi.
Kelahiran
Siti Aishah binti Ismail

(1996-07-31) 31 Julai 1996 (umur 29)
Nama lainChacha
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012–kini
Karya
Filemografi
IbuYatimah Zainab (nama asal Janet Nicole)
BapaIsmail Embong
Keluarga
  • Coddy Maembong (kakak)
  • Yaya Maembong (kakak)
  • Bakri Maembong (abang)
  • Mukhsal Maembong (abang)
  • Shikin Maembong (kakak)
  • Effa Maembong (kakak)
  • Shaiki Maembong (abang)
  • Beby Maembong (kakak)
  • Emma Maembong (kakak)
  • Ahmad Maembong (abang)

Siti Aishah Ismail atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong (lahir 31 Julai 1996) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau adalah adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1996 di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada sebelas adik-beradik. Kakaknya, Emma dan Yaya juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[1] Adik-beradiknya yang lain termasuk abangnya, Bakri (pemain drum Flop Poppy & Gerhana Ska Cinta). mempunyai darah kacukan Melayu-British.[2] Ibunya berasal dari Scotland dan bapanya berasal dari Terengganu.

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon bersama Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video "Lebih Indah" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen.[3] Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Pada November 2015, Chacha tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[4]

Kemunculan sulungnya di layar lebar bermula pada 2017 menerusi filem Malaysia-Bollywood Aku Bukan Terrorist arahan Arjin Uppal. Chacha memegang watak sebagai Dayana.[5] Pada tahun yang sama, beliau berlakon di samping Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi dan Ruhainies Farehah dalam drama Menantu Bilal untuk siaran di Slot Dahlia TV3.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Chacha mengakui beliau trauma memandu.[6]

Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan pernah mengalami gangguan penglihatan akibat jangkitan kuman semasa terlibat dalam filem Aku Bukan Terrorist.[7][8]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
  1. ^ Chcha tidak lagi dibayangi kakak Kosmo! (17 April 2018). Dicapai pada 17 April 2018.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (3 Januari 2016). Taat setia Chacha Maembong Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Februari 2016.
  3. ^ Haswari Ali (9 Mei 2013). "Demi Zain Saidin, Dato' Siti Caras Che Ta". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-06-23.
  4. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Januari 2014). Kontroversi tidak bawa kerjaya Chacha Maembong lebih jauh mStar Online. Dicapai pada 19 April 2016.
  5. ^ Tahir Alhamzah (8 Ogos 2017). Chacha’s taste of Bollywood New Straits Times. Dicapai pada 10 Ogos 2017.
  6. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (13 April 2018). Chacha trauma memandu Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 April 2018.
  7. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (7 Oktober 2017). Chacha Maembong cemas nyaris hilang penglihatan Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2017.
  8. ^ Dennis Chua (8 Oktober 2017). Actress Chacha Maembong briefly lost eyesight while filming I’m Not A Terrorist New Straits Times. Dicapai pada 9 Oktober 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]