F-22 Raptor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari F/A-22 Raptor)
Jump to navigation Jump to search
F-22 Raptor
Lockheed Martin F-22A Raptor JSOH.jpg
F-22 Raptor
Peranan Pesawat penguasaan udara halimunan
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Lockheed Martin Aeronautics
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung YF-22: 29 September 1990
F-22: 7 September 1997
Mula digunakan 15 Disember 2005
Status Aktif[1]
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 195 (8 ujian dan 187 pesawat operasi)[2][3]
Kos program AS$ 65 bilion[4]
Kos seunit AS$ 137.5 juta (kos terbang keluar pada 2008)[5]
Kelainan X-44 MANTA
FB-22

F-22 Raptor merupakan sebuah pesawat pejuang halimunan yang dibina oleh Lockheed Martin dan Boeing Integrated Defense Systems, bertujuan untuk mengetuai pejuang taktikal termaju Amerika Syarikat pada awal abad ke-21. Penerbangan ujian pertama Raptor dilakukan pada 7 September 1997. Keluaran F-22 pertama dihantar kepada Pangkalan Tentera Udara Nellis di Nevada pada 14 Januari 2003.

Maklumat umum[sunting | sunting sumber]

Pesawat Raptor direka untuk membawa peluru berpandu di dalam ruang dalamnya bagi mengekalkan ciri-ciri halimunannya. Peluru berpandunya dilancarkan dengan menggunakan lengan hidraulik setelah pintu ruang simpanan bom terbuka dalam tempoh kurang dari satu saat. Ia juga mampu membawa bom sebesar JDAM dan SDB (Bom berdiameter kecil - Small Diameter Bomb) yang dipandu dengan Sistem Kedudukan Sejagat untuk menyerang sistem radar udara musuh.

Tentera Udara Amerika Syarikat pada asalnya bercadang memesan 750 F-22, dengan pengeluaran pertama bermula pada 1994. Selepas Penilaian Pesawat Utama pada 1990, pengeluaran telah dimulakan pada 1996 bagi menghasilkan sejumlah 648 pesawat pejuang. Pada tahun 1994 sejumlah 442 pesawat bersedia untuk masuk berkhidmat pada 2003/2004. Laporan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 1997 menyatakan bahawa jumlah akhir adalah sebanyak 339 buah pesawat. Pada masa ini terdapat perdebatan mengenai jumlah unit yang mampu diperolehi, walaupun pada tahun 2003 Tentera Udara A.S berkata ia mampu membeli 277 buah pesawat berasaskan had kos sebanyak AS$ 43 bilion.

F/A-22 versi sayap berensel telah dicadangkan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat bagi menggantikan F-14 Tomcat. Namun begitu, program ini kemudian telah dibatalkan pada 1993.

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

  • Permainan video Sega Genesis F-22 Interceptor (1991) memaparkan F-22. Permainan video ini dibuat ketika pesawat ini masih sebuah prototaip.
  • Simulasi permainan video komputer air combat, F-22 Air Dominance Fighter dan sequalnya, Total Air War, keduanya dibuat oleh Digital Image Design (kini Atari). Kedua-dua permainan video berputar sekeliling F-22 Raptor.
  • Janes membebaskan beberapa simulasi tinjau yang termasuk F-22, Fighters Anthology (1998) dan USAF (1999).
  • Novalogic membebaskan tiga simulasi F-22, F-22 Lightning II (1996), F-22 Raptor (1998), dan F-22 Lightning 3 (1999).
  • Interactive Magic membebaskan simulasi F-22 berjudul iF-22 (1997).
  • F-22 boleh didapati untuk terbang dalam misi kemudian dari PC simulasi penerbangan Strike Commander oleh Origin Systems (1993).

Spesifikasi (F-22 Raptor)[sunting | sunting sumber]

F22a3view.png

Data dari USAF,[1] F-22 Raptor Team web site,[6] Lockheed Martin,[7] Aviation Week,[8] and Journal of Electronic Defense[9]

Ciri umum

Prestasi

Avionik

  • RWR (Penerima Amaran Radar): 250 batu nautika (463 km) atau lebih[9]
  • Radar: 125-150 batu (200-240 km) menentang 1 m2 sasaran (anggaran jarak)[8]
  • Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan F-22_factsheet tidak disediakan
    2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AW_last_Raptor tidak disediakan
    3. ^ Parsons, Gary. "Final F-22 Delivered" Combat Aircraft Monthly, 3 May 2012. Retrieved: 10 April 2014.
    4. ^ NY Times
    5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan usaf_fy2009_budget tidak disediakan
    6. ^ a b "Flight Test Data." F-22 Raptor team. Retrieved: 18 April 2006.
    7. ^ a b c d F-22 Raptor Specifications, Lockheed Martin. Retrieved: 16 June 2008.
    8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan avweek_20070107_ul tidak disediakan
    9. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fighter_EW_next tidak disediakan
    10. ^ http://www.lockheedmartin.com/products/f22/f-22-specifications.html empty weight+ 8200 kg(fuel) + 1142 kg (6 AMRAAM + 2 AIM-9X) + 292 kg (munition for the canon)
    11. ^ a b c Ayton, Mark. "F-22 Raptor". Air Forces Monthly, August 2008, p. 75. Retrieved: 19 July 2008.
    12. ^ F-22 Raptor Weapons, globalsecurity.org, 21 January 2008. Retrieved 13 June 2008.

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]