Ular Air Kecil (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Ular Air (buruj). Untuk kegunaan lain, lihat Hidrus (nyahkekaburan).
Buruj
Hydrus
Nama Latin Hydrus
Singkatan Hyi
Genitif Hydri
Sebutan /hidrus/, genitif /hidri/
Simbolisme Ular Air
Pencerapan
(Epok J2000)
Jarak hamal 00j 06.1m hingga 04j 35.1m[1]
Keserongan −57.85° hingga −82.06°[1]
Sukuan SQ1
Keluarga Bayer
Keluasan 243 darjah persegi (ke-61)
Bintang
Bintang utama 3
Bintang Bayer/Flamsteed 19
Bintang dengan planet 4
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) 2
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang β Hyi (2.82m)
Bintang terhampir β Hyi
(24.38 tc, 7.47 pc)
Objek
Objek Messier Tiada
Pancuran meteor Tiada
Buruj bersempadan Dorado (Todak)
Eridanus (Sungai)
Horologium (Jam)
Mensa (Gunung Datar)
Octans (Oktan)
Phoenix (Feniks) (sudut)
Reticulum (Jala)
Tucana (Burung Tukang)
Nota
Boleh dilihat pada garis lintang antara +8° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada 21:00 (9:00 malam) ketika bulan November.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ular Air Kecil, Hidra Kecil, Ular Air Selatan, Hidra Selatan, Ular Air Jantan, Hidra Jantan, atau Hydrus (Hyi) ialah sebuah buruj kecil di langit lepas selatan. Buruj ini pertama kali digambarkan dalam sebuah atlas samawi oleh Johann Bayer dalam karyanya pada 1603, Uranometria. Penjelajah dan ahli astronomer dari Perancis, Nicolas Louis de Lacaille, mencartakan bintang-bintang lebih cerah dan memberi bintang-bintang tersebut designasi Bayer pada 1756. Namnya bermaksud "ular air jantan", bertentangan dengan Hydra (Ular Air), sebuah buruj yang lebih besar yang mewakili ular air betina. Buruj ini kekal di bawah ufuk bagi kebanyakan pencerap di Hemisfera Utara.

Bintang tercerahnya ialah Beta Hydri yang bermagnitud 2.8, juga bintang cerah yang paling hampir dengan kutub samawi selatan. Berdenyut pada antara magnitud 3.26 dengan 3.33, Gamma Hydri ialah sebuah raksasa merah berubah yang kira-kira 60 kali ganda garis tengah Matahari kita. VW Hydri, salah sebuah nova kerdil paling cerah di langit, terletak berdekatan. Empat sistem bintang telah ditemui mempunyai planet luar suria sehingga kini, yang paling ketara HD 10180, yang boleh memegang sehingga sembila planet pendamping.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Hydrus

02