Filem Batu Durhaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Batu Durhaka
FilemBatuDurhaka.jpg
Poster Filem Batu Durhaka
PengarahOmar Rojik
PenerbitVee Meng Shaw
PenulisLakon layar: S. Kadarisman
Dibintangi olehJins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Normadiah, Sri Dewi
Muzik olehOsman Ahmad
Yussuf B
Ragaman: P. Ramlee
SinematografiR. C. Puroshotam
Disunting olehH. R. Narayana
Hayat Harris
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
1962
NegaraSingapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Batu Durhaka merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang merupakan sebahagian dari Malaya pada tahun 1962. Filem Batu Durhaka diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Batu Durhaka diarahkan oleh pengarah Omar Rojik pada 1962 dan dibantu oleh Kemat Hassan.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

  • Mengisahkan tentang pergolakan di dalam sebuah kampung. Pemberontak yang diketuai oleh Perkasa (S. Kadarisman) dan kuncu-kuncunya sering membuat kacau dan pada suatu hari mereka telah menculik Madu. Kakaknya, Mawar yang juga tunang kepada Wira (Rahmah Rahmat) telah mengadu kepada ayahnya Tok penghulu Anjang (Malek Sutan Muda) untuk menyelamatkan adiknya. Anak murid kepada tok penghulu, Wira (Jins Shamsuddin) dan kuncu-kuncunya telah membantu untuk menyelamatkan Madu tetapi mereka mudah ditewaskan. Perkasa teringin juga menawan kakaknya tetapi kakaknya telah tertikam dirinya sendiri sehingga membawa kepada kematian.

Suatu hari, adik perempuan Wira, Indah (Suraya) telah ditangkap oleh Perkasa dan kuncu-kuncunya selepas dia keluar bersiar-siar. Indah tidak mahu mendengar arahan dari Wira dan Mala supaya jangan keluar dari rumah kerana bimbang dengan menjadi hamba seks kepada Perkasa dan kuncu-kuncunya. Abang keduanya, Mala (Aziz Jaafar) yang tempang telah dicederakan demi menyelamatkan Indah. Wira yang baharu pulang dari menziarahi keluarga tok penghulu Anjang begitu marah yang Indah telah diculik dan dia bergegas ke rumah Perkasa. Maka berlakulah pergelutan diantara Wira dan Perkasa. Wira tercedera dan dia telah diikat di perahu untuk dihanyutkan sama ada ke hilir ataupun ke hulu. Beberapa jam kemudian, ibunya (lakonan Saamah) dan Mala tiba dirumah Perkasa untuk menyelamatkan Wira dan Indah tetapi rundingan tersebut gagal. Ibunya sanggup menjual tubuh kepada Perkasa tetapi ditertawakan oleh hadirin yang ada dirumah itu kerana ibunya sudah tua. Akhirnya, Indah dipulangkan ke pangkuan keluarganya tetapi Indah disahkan telah meninggal dunia kerana diperkosa berkali-kali oleh Perkasa.

Sementara itu, Wira diselamatkan orang kampung seberang selepas dihanyutkan kelmarin. Dia direhatkan di dalam gua. Disitu, Wira menemui Mahaguru Bentara (Kemat Hassan. Pada ketika itulah dia terpandang akan anak Bentara yang sugguh cantik, Desawati (Seri Dewi) namanya. Wira juga bertemu dengan Denak (S. Shamsuddin) rakan baharunya. Wira dilatih untuk menjadi pendekar demi menuntut bela diatas kejahatan yang dilakukan oleh Perkasa dan kuncu-kuncunya. Selepas 3 bulan berlatih akhirnya Wira diizinkan pulang ke kampung asalnya. Wira juga telah terpikat dengan Desawati dan dia telah berzina sebelum meninggalkan tempat pertapaannya. Denak mengikut Wira untuk pulang ke kampungnya. Sesampainya mereka di situ, mereka melihat ada perempuan di dalam tandu lalu mereka telah menahannya. Maka berlaku pergelutan di antara kumpulan tersebut dengan Wira dan Denak. Perempuan itu bernama Seri Mulia (Sarimah), yang akan dijual kepada Perkasa kerana bapanya seorang penglipulara telah berhutang dengan ketua pemberontak itu. Sebagai gantinya, Seri Mulia diserahkan sebagai jaminan nyawa penglipulara tidak diapa-apakan.

Seri Mulia dan kumpulannya tiba di rumah Perkasa. Dengan keayuannya, Perkasa yang bernafsu buas begitu terpesona untuk menjadikannya sebagai perempuan simpanan. Tetapi Wira telah menyerang Perkasa dan akhirnya Perkasa mati dibunuh oleh Wira. Wira dengan tiba-tiba berubah menjadi antagonis, dia mengangkat dirinya sebagai ketua pemberontak yang baharu. Mala dan ibunya begitu teruja dengan kepulangan dan kejayaan Wira. Tetapi fizikal Mala yang sakit jantung amat meresahkan ibunya kerana mereka berdua bercadang untuk berjumpa dengan Wira. Wira pula menjadikan Seri Mulia sebagai perempuan simpanannya bukan sebagai isterinya. Seri Mulia begitu kecewa diperhambakan oleh Wira sebegitu rupa.

Suatu hari, Orang kaya Nasar (Kuswadinata), telah bertandang ke rumah Wira untuk diserahkan satu peti emas tulen dan satu sepersalinan baju kerana telah menyelamatkan nyawa Seri Mulia tunangnya. Tetapi Wira telah mengherdik Nasar sebagai seorang pengecut kerana tidak menyelamatkan tunangnya tetapi membiarkannya sahaja untuk dijual kepada Perkasa tempoh hari. Wira mula merancang untuk membunuh Nasar dan dengan itu, Wira telah menyediakan sebuah bilik khas buat Nasar untuk dia bermalam sebelum keesokkan harinya Nasar dan Seri Mulia akan berangkat pulang ke kampungnya yang asal. Pada waktu malam, Seri Mulia telah menyelinap masuk ke dalam bilik Nasar untuk memberitahu tentang rancangan pembunuhannya. Nasar begitu marah yang dia akan diperangkap sebegitu rupa. Nasar menyerang Wira tetapi Wira telah menikam dengan kerisnya ditubuh Nasar. Nasar akhirnya meninggal dunia. Wati yang kesedihan dengan kematian tunangnya telah berpura-pura untuk memikat Wira sebagai muslihat untuk membunuh Wira secara halus. Mala telah mendapat khabar berita tentang keburukan Wira sebagai pemimpin yang sanggup merampas tunangan orang serta menjadi pembunuh.

Suatu hari, Desawati telah datang ke rumah Wira untuk menuntut janjinya suatu ketika dahulu. Desawati telah dihalau oleh ayahnya, Bentara kerana telah melakukan perbuatan zina tempoh hari. Desawati disahkan hamil anak diluar nikah dengan Wira. Wira tidak mahu mengaku kesalahannya lalu dia menghalau Desawati keluar dari rumahnya. Seri Mulia juga mengenali Desawati kerana pengaruh bapanya di kampung seberang. Seri Mulia amat bersimpati dengan nasib Desawati yang dibuang sebegitu rupa. Seri Mulia sanggup membantu Desawati agar nyawa anak didalam kandungan itu tidak diapa-apakan oleh Wira dan kuncu-kuncunya.

Bahagian Terakhir

Ibunya dan Mala sanggup untuk datang ke rumah Wira untuk mengajaknya pulang ke pangkal jalan tetapi Wira tidak mahu menganggap perempuan itu sebagai ibu kandungnya. Wira telah menghalau mereka. Mereka pulang ke rumah dengan hati yang lara, tiba-tiba Desawati yang tersesat jalan telah menyinggah dirumah keluarga Wira. Mala mulai bertanya kepada Desawati apakah tujuannya sampai ke kampung ini sehingga tersesat jalan, Desawati menceritakan yang dia kini sedang berbadan dua hasil dari kelakuan seorang pemuda yang tidak mahu bertanggungjawab dan Wira namanya. Mala dan ibunya sungguh terkejut mendapat tahu tentang kelakuan Wira yang semakin liar. Mala bertekad ingin membalas dendam terhadap Wira demi menegakkan keadilan terhadap kesalahan Wira selama ini. Sementara itu, Seri Mulia dicederakan kerana telah menyelamatkan Desawati dari dibunuh. Mala menyapa Wira untuk beradu tenaga dengannya, sedang mereka didalam pergelutan itu, ibunya datang untuk menenangkan keadaan tetapi Wira telah tertikam ibunya sehingga ibunya meninggal dunia. Seri Mulia terselamat dari dibunuh Mala selepas Desawati menjelaskan ini adalah perancangannya untuk menewaskan Wira secara halus kerana sikapnya yang semakin liar. Selepas ibunya dikebumikan, Wira masih dibelenggu rasa bersalah sehingga dia sanggup menyuruh orang ramai membunuhnya agar dosanya diampun oleh tuhan. Tetapi Mala menjelaskan hanya tuhan sahaja yang boleh mengampunkan dosa-dosa hambanya. Dengan kuasa dari tuhan, Wira disumpah menjadi batu disisi pusara ibunya. Wira dikenali sebagai Batu Durhaka.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Senyum Mesra - Saloma

Pautan luar[sunting | sunting sumber]