Omar Suwita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Omar Suwita
Omar Suwita.jpg
Kelahiran
Omar bin Saleh

1923
Meninggal dunia11 Februari 2013 (berumur 89–90)
Hospital Khoo Teck Puat, Singapura
Sebab kematianKencing manis / sakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1953–1989
Kampung asalSingapura
AnakJani Omar
SaudaraDato' Aziz Satar

Omar Suwita (lahir Omar Bin Saleh; 1923 – 11 Februari 2013) ialah salah seorang pelakon filem Malaysia. Beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dato' Aziz Satar, dan pernah tinggal serumah semasa menjejakkan kaki di Jalan Ampas, Singapura pada 15 September 1952.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1923 di Melaka. Beliau sering melakonkan watak jahat atau antagonis disebabkan mempunyai perwatakan yang serius dan tidak banyak bercakap. Selain itu beliau juga merupakan seorang pemuzik yang baik, dan memiliki suara yang sedap, menurut Dato' Aziz.

Omar mula menceburi bidang lakonan melalui filem Ribut dan diikuti dengan Hati Iblis. Watak utama yang dipegangnya adalah dalam filem Siapa Salah? pada tahun 1953.

Pada masa yang sama, Omar sempat merakamkan lagu lagu "Suka Sama Suka" bersama Allahyarhamah Datin Rafeah Buang pada 1950-an.[1] Selain menyanyi, beliau juga pandai bermain gitar, malah pernah mengajar komposer terkenal, Kassim Masdor.

Beliau telah terlantar sakit selama sembilan tahun lalu dan ini telah dua kali perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital. Pada Ogos 2010, pihak FINAS dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menyumbang bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) kepada pelakon veteran Omar Suwita di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura. Bantuan berjumlah RM5,000 itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab.Wahab. [2]

Omar yang berasal dari Melaka meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura pada 11 Februari 2013 dan meninggalkan seorang balu serta tujuh anak, dua lelaki dan lima perempuan. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
1953 Siapa Salah?
Hati Iblis
1954 Merana
1955 Penarek Becha Borhan
Ribut
1956 Hang Tuah Orang Mengamuk
Semerah Padi Kachiwa
Anak-ku Sazali Ahli Geng Sazali
1957 Pancha Delima Perdana Menteri Sarpa Dahana
Mogok
Hantu Jerangkung Hantu
1958 Taufan Omar
Sumpah Orang Minyak Kawan Buyong
1959 Batu Belah Batu Bertangkup
Pendekar Bujang Lapok Omar
1961 Sri Tanjung
Singapura Dilanggar Todak Penghulu
Panji Semerang Jaksa
1962 Norlela
Ibu Mertua-ku En Murad
1963 Korban
1964 Jeritan Batin
1965 Pusaka Pontianak Zainal
1966 Gerak Kilat Konco Komander Jeeman
1968 Ibulah Syurga
Raja Bersiong Panglima Sipu
1981 Bukit Kepong Saibon
1982 Langit Petang Abang Ros
1989 Kolej 56 Majikan kepada bapa Rosli

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]