Filem Lubalang Daik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lubalang Daik
Pengarah Jamil Sulong
Penerbit Vee Meng Shaw
(Malay Film Productions Ltd.)
Penulis Lakon layar:
Dibintangi oleh Jins Shamsuddin, S. Kadarisman, Normadiah, Rosnani Jamil
Muzik oleh Osman Ahmad
Sinematografi A. Bakar Ali
Mustafa Yassin
Disunting oleh H. R. Narayana ,
Hayat Harris
Pengedar Shaw Brothers Ltd.
Mula ditayangan
1962
Tempoh tayangan
100 minit
Negara

Singapura

& Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Lubalang Daik merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1962. Filem Lubalang Daik diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Lubalang Daik mula ditayangkan pada 1962 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Jaafar, Jins Shamsudin, S. Kadarisman, Sarimah Ahmad, Datin Hajah Rosnani Jamil, Normadiah, Ali Rahman dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Lubalang Daik diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada tahun 1962.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Lubalang (Aziz Jaafar) yang menjadi anak yatim selepas ibunya, Datin Kembang (Normadiah) meninggal dunia. Lubalang dijaga oleh Singkip (Jins Shamsuddin) dari kecil hinggalah dewasa. Beberapa tahun kemudian, mereka 4 beranak telah pergi ke negeri Damak untuk membalas dendam dan menuntut keadilan. Di sana mereka telah menukar nama dari Singkip kepada Dabong dan Lubalang kepada Daik. Mengikut cerita asal usulnya, Lubalang merupakan anakanda sulung Datuk Demang, Mangku (S. Kadarisman). Selepas Mangku mengahwini isteri keduanya (lakonan Rosnani Jamil), Datin Kembang telah diusir oleh suaminya. Singkip pula menjadi tempang akibat bergelut dengan Demang yang merampas tunangnya untuk dijadikan isterinya yang kedua. Demang mempunyai dua orang lagi cahaya mata iaitu Japri (A. Rahim) dan Kuntum (Salmah Ahmad). Suatu hari, Japri telah mengganggu Endah (Sarimah) ketika sedang mandi di sungai. Demi menjaga kesucian adiknya, Daik telah memukul Japri sehingga dia mengalami kecederaan. Tok Demang memerintahkan agar Daik dijadikan orang suruhan di dalam rumah Tok Demang dengan serta merta.

Tok Demang mulai berasa resah dengan tindak tanduk Japri yang sering membuat kacau terhadap orang kampung dan juga para pedagang terutamanya anak-anak gadis. Dia mulai teringatkan akan seorang lagi anaknya iaitu Lubalang adakah dia masih hidup ataupun telah mati kerana mereka telah terpisah lebih kurang 20 tahun. Japri semakin hari semakin tidak keruan kerana Endah tidak lagi keluar dari rumah selepas peristiwa malang tersebut. Dengan itu, mereka merancang untuk memperdayakan Dabong untuk memudahkan mereka menceroboh masuk dan menculik Endah. Sementara itu, Dabong pula diselamatkan oleh Gading. Dia terus menyelinap masuk ke rumah Tok Demang lalu menculik Kuntum untuk dijadikan tebusan. Dabong ada meninggalkan sepucuk surat mengenai penculikan itu. Tok Demang yang berang terus mencari Japri dan rakan-rakannya di rumah Dabong. Ketika itulah, dia melihat akan tingkah laku Japri yang ingin memperkosa Endah.

Para pengawal Japri ada mengatakan yang Dabong ada berjumpa dengan Daik terlebih dahulu sebelum menculik Kuntum. Tok Demang yang tidak membuat usul periksa terus berjumpa dengan Daik dan menanyakan mengenai dakwaan tersebut. Namun Daik menyangkal semua dakwaan tersebut. Sebelum Tok Demang menyiksa Daik menggunakan tali cemeti. Baharu ketika itulah, dia ternampak akan kalung emas yang dipakai oleh Daik. Daik mula menceritakan peristiwa asal-usulnya dari kecil hinggalah dewasa. Namun tidak dipercayai oleh Tok Demang. Tetapi setelah dijelaskan oleh isteri Dabong (lakonan Zainon Fiji) yang meyakinkan bahawa Singkip adalah Dabong dan Lubalang adalah Daik, ketika itulah Tok Demang mulai percaya akan kebenarannya. Dek kerana tiada jalan penyelesaian, Tok Demang menjatuhkan hukuman mati kepada Endah, Daik dan ibunya keesokkan hari selepas waktu subuh. Sebelum hukuman dijatuhkan, Kuntum dan Dabong pula tiba di balai perhimpunan. Kuntum masih tidak diapa-apakan sedangkan keluarga Dabong telah dicederakan. Dabong sempat menjelaskan yang Daik adalah Lubalang dan masih menyimpan harta peninggalan Datin Kembang sehingga kini. Tok Demang mulai tersedar akan kesilapan silamnya dan terus melantik Lubalang menjadi Demang yang baharu bagi orang-orang Daik selepas itu. Japri yang berang dengan pengumuman itu terus mencampakkan tombak ke arah ayahnya sehingga Tok Demang disahkan terkorban. Lubalang yang secara rasminya menjadi Demang terus bergelut dengan Japri dan membunuhnya. Singkip berasa senang hati kerana dendamnya untuk menuntut keadilan terhadap Demang tercapai jua.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]