Mustarjo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mustarjo
Kelahiran
Haji Mustar bin Ahmad

1890 (1890)
Purwokerto, Jawa Tengah, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia3 Januari 1970(1970-01-03) (umur 79–80)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950–1970
PasanganSiti Aminah Hartobi
Anak-anak3

Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mustarjo, Wak Mustarjo atau Pak Mustarjo merupakan seorang pelakon filem Melayu Malaysia sekitar 1950-an. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purwokerto, Jawa Tengah. Walaupun dari segi karakter diri, Mustarjo dilihat sebagai seorang serius, tapi dia mampu untuk membawa watak komedi dengan baik ditambah lagi dengan pelat Jawa yang menjadi jati dirinya yang dilahirkan di Jawa Tengah.[1] Menyingkap pembabitan awalnya sebagai pelakon, beliau terlebih dulu berjinak dalam pementasan bangsawan sebelum menyertai produksi Shaw Brothers.[2]

Mustarjo pernah berlakon komedi sebagai wataknya sebagai Menteri Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut dan Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok.

Penglibatan dan kerjaya seni[sunting | sunting sumber]

Mustarjo pernah bergerak dengan aktif dalam pementasan bangsawan sebelum mencebori bidang lakonan di filem dengan syarikat produksi Shaw Brothers. Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan Raja Putih Sarawak, Raja Brooke, ketika lawatan ke Borneo.[3]. Beliau dikenali di kalangan pengurus Studio Jalan Ampas sebagai Joe.[3]

Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan filem Bujang Lapok sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo.[3] Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng.[4].Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambang, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambang yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, serunding dan macam-macam lagi.[5]

Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad[3].

Sewaktu tinggal di kuarters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang Syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Ahmad Daud.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
  2. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
  3. ^ a b c d Berita Harian: Gerai di Jalan Ampas, 9 Mei 1998
  4. ^ Berita Harian: Mariani mengenang selera Saloma, 27 Oktober 2012
  5. ^ Metro Ahad: Raya Pak Ajis, 4 September 2011
  6. ^ Berita Harian, 1 Februari 1998

Pautan luar[sunting | sunting sumber]