Nasib Do Re Mi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Nasib Do Re Mi)
Jump to navigation Jump to search
Nasib Do Re Mi
PengarahTan Sri P. Ramlee
PenerbitTan Sri Runme Shaw
PenulisS. Sudarmaji
Dibintangi olehTan Sri P. Ramlee
AR Tompel
Ibrahim Din
Muzik olehP. Ramlee
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
PengedarShaw Brothers Ltd.
Mula ditayangkan
1966
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Nasib Do Re Mi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1966. Filem Nasib Do Re Mi diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Nasib Do Re Mi mula ditayangkan pada 1966 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel, Ibrahim Din dan ramai lagi.[1]

Pengarah

Filem Nasib Do Re Mi diarah oleh pengarah Tan Sri P. Ramlee pada 1966.

Sekuel

Filem ini merupakan kesinambungan dari Filem Do Re Mi dan disusuli dengan Filem Laksamana Do Re Mi

Ringkasan

Mengisahkan tiga orang sahabat bernama Do, Re dan Mi dengan satu kumpulan samseng. Cerita ini adalah sambungan kepada filem lalu, Setelah ketiga-tiga orang sahabat melarikan diri dari dikejar oleh sekumpulan orang kampung yang berang akibat ditipu oleh mereka bertiga kerana jualan ubat 'minyak' panas yang laku. Setelah melarikan diri terlalu jauh sehingga ke dalam hutan hingga larut malam, mereka menjumpai sebuah rumah usang yg didiami oleh seorang tua yang juga merupakan 'bekas' pemuzik jalanan.

Setelah itu, plot cerita semakin berkembang setelah ketiga-tiga sahabat itu cedera dalam cubaan menyelamatkan satu pasangan iaitu Luqman dan Nora di taman dari dipukul oleh sekumpulan samseng yang diketuai oleh Komeng yang juga merupakan dalang di sebalik kejadian rompakan kedai emas yang semakin berleluasa baru-baru ini. Setelah melarikan diri dari hospital, ketiga-tiga orang sahabat terus mati akal untuk mencari ikhtiar hidap sehingga Do mendapat akal untuk mendapatkan wang dengan menipu Komeng dan konco-konconya.

Kemuncak kepada filem ini adalah bagaimana tiga orang sahabat bersama Luqman membuat keputusan untuk membawa Komeng dan kumpulan ke muka pengadilan dengan Nora sebagai pengintip wanita. Setelah Luqman dan Do, Re dan Mi berjaya menumpaskan geng terbabit, mereka diberi ganjaran sebanya 1000 ringgit oleh anggota polis kerana kerjasama yang diberi. Namun Do membuat keputusan untuk menghadiahkan bahagian mereka kepada pasangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Re yang pada mulanya berat hati akur disamping memikirkan mereka sudah banyak wang hasil dari menipu duit Komeng dan kumpulannya.

Filem berakhir dengan Nora dan Luqman melangsungkan perkahwinan disaksikan tiga sahabat. Setelah perkahwinan, ketiga-tiga sahabat bahagia menunggang basikal baru (yang kemungkinan dibeli dari duit komeng yang telah ditipu) menuju ke tempat yang tidak diketahui untuk memulakan satu pengembaraan yang baru

Pelakon

Lagu

  • Sua Sue Kemoning nyanyian P. Ramlee, A R Tompel & Ibrahim Din
  • Taman Firdausi nyanyian P. Ramlee & Saloma
  • Ilham Tiba nyanyian P. Ramlee & Saloma
  • Malam Pesta Muda Mudi nyanyian Saloma

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar