Geosains di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Geosains Di Malaysia)

Bidang geosains di Malaysia merupakan bidang kajian dan aktiviti yang berkaitan dengan lapisan permukaan dan subpermukaan bumi. Bidang geosains tertumpu kepada ilmu berkaitan geologi tulen seperti pemetaan geologi, sedimentologi dan geologi struktur serta geologi gunaan seperti paleontologi, eksplorasi mineral dan perlombongan, geobencana, geofizik dan pembangunan air tanah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bidang geosains di Malaysia mula diperkenalkan melalui pewujudan Pejabat Penyiasatan Kajibumi Tanah Melayu oleh penjajah British pada tahun 1903. Pewujudan pejabat ini ialah bagi melaksanakan kerja-kerja pemetaan geologi bagi pihak British dalam membantu eksplorasi mineral yang boleh dieksploitasi.

Pengajian dan Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan rendah[sunting | sunting sumber]

Ilmu geosains mula diterapkan dalam pendidikan sekolah rendah Tahun 3 melalui silibus Dunia Sains dan Teknologi melalui pengenalan jenis-jenis kandungan tanah kebun.

Pendidikan menengah[sunting | sunting sumber]

Ilmu geosains diajar melalui subjek Geografi seperti iklim, sumber semula jadi dan jenis-jenis batuan.

Pendidikan tinggi[sunting | sunting sumber]

Pra-universiti[sunting | sunting sumber]

Subjek Geografi bagi peperiksaan STPM mengandungi silibus berkaitan proses geomorfologi dan konfigurasi bentuk bumi.

Universiti Malaya[sunting | sunting sumber]

Pengajian ilmu geosains secara sistematik diperkenalkan melalui penubuhan Jabatan Geologi di Universiti Malaya pada tahun 1956. Asas penubuhan Jabatan ini di Universiti Malaya ialah untuk meneruskan pelaksanaan rancangan British bagi meneroka mineral-mineral di Tanah Melayu yang boleh dieksploitasi.

Universiti Kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Program Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula merupakan salah satu daripada 5 program terawal yang diperkenalkan pada awal penubuhan universiti itu pada tahun 1970. Dr. Tjia Hong Jin, seorang pensyarah geologi di Universiti Malaysia berwarganagera Indonesia dilantik menjadi Ketua Jabatan Geologi UKM yang pertama.

Pada tahun 1980. Dr. Ahmad Jantan menjadi anak Melayu pertama menjadi Ketua Jabatan Geologi bagi menggantikan Dr. Tjia.

Universiti Malaysia Terengganu[sunting | sunting sumber]

Universiti Malaysia Terengganu ialah satu-satunya universiti awam yang menawarkan pengajian geosains berkaitan marin.

Universiti Teknologi Petronas[sunting | sunting sumber]

Universiti Teknologi Petronas menjalankan pengajian dan pengajian dalam aspek geosains berkaitan carigali petroleum.

Universiti Malaysia Sabah[sunting | sunting sumber]

Universiti ini memfokuskan bidang geosains bagi rantau Borneo.

Latihan[sunting | sunting sumber]

Badan dan organisasi yang berperanan sebagai pusat latihan ialah:

  1. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  2. Institut Geologi Malaysia (IGM)
  3. Institut Kuari Malaysia (IQM)

Perkongsian dan Penyebaran Ilmu[sunting | sunting sumber]

Persatuan Geologi Malaysia (PGM) ditubuhkan pada tahun 1967 bagi menyebarkan perkembangan ilmu geosains di Malaysia dan Asia Tenggara. PGM menjalankan banyak aktiviti seperti pengajuran persidangan GEOSEA dan Persidangan Geosains Kebangsaan serta penerbitan berkala seperti Buletin Persatuan Geologi Malaysia dan Warta Geologi.

Aktiviti, Penguatkuasaan dan Kawalselia[sunting | sunting sumber]

Tugas penguatkuasaan dan kawalselia berkaitan geosains dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan iaitu:

  1. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) - Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan aspek eksplorasi mineral, pembangunan air bawah tanah, kawalselia lombong dan kuari, kajian impak alam sekitar, geowarisan dan geobencana kepada agensi persekutuan, kerajaan negeri, pemegang taruh, syarikat swasta dan individu persendirian.
  2. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - Memberi khidmat nasihat berkaitan aktiviti hidrologi dan perkaitannya dengan alam sekitar dan masyarakat.

Agensi-agensi lain yang turut terlibat dalam aktiviti berkaitan geosains ialah:

  1. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) - Melaksanakan kerja-kerja pengurusan sungai, pesisir laut, sumber air dan hidrologi.
  2. Jabatan Alam Sekitar (JAS) - Mengawalselia penggunaan sumber asli secara mapan.
  3. Jabatan Meteorologi Malaysia - Memantau dan menyelaras berkaitan bencana alam termasuk geobencana seperti gempa dan tsunami.
  4. PETRONAS - Menjalankan tugas-tugas berkaitan carigali minyak dan gas di pesisir laut Malaysia.
  5. Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) - Membekal imej satelit remote sensing dan data spatial.

Profesionalisme[sunting | sunting sumber]

Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) ditubuhkan pada tahun 2014 bagi memantau dan menyelaras kod etika profesionalisme amalan ahli geologi di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]