Universiti Malaysia Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Universiti Malaysia Kelantan
اونيۏرسيتي مليسيا كلنتن
Logo Universiti Malaysia Kelantan.png
MotoEntrepreneurship is Our Thrust
JenisAwam
Ditubuhkan padaJulai 2007
PengarahDato' Dr. Hussamuddin bin Hj. Yaacub
CanselorDr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
Naib CanselorProf. Dr. Noor Azizi Ismail[1]
Pro-CanselorTengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan
Pelajar9000+
Lokasi,
06°09′52″N, 102°16!59!E′{{{7}}}″{{{8}}}
KampusBachok (Induk), Pengkalan Chepa, Jeli
Laman sesawanghttp://www.umk.edu.my
Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan (singkatan: UMK) secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan institut pengajian tinggi awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai lima buah fakulti dan dua pusat pengajian untuk digunakan oleh para penuntut universiti ini.

Kampus Kota UMK terletak di Pengkalan Chepa, manakala kampus tetapnya terletak di Bachok dan Jeli.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 setelah mendapat kelulusan Kabinet pada Jun 2006.

Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai Mohamed telah dilantik sebagai naib canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan, berkuatkuasa 1 Oktober 2006. Anak kelahiran Kelantan ini merupakan bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai naib canselor pada 31 Disember 2011 dan digantikan dengan Prof Datuk Dr. Raduan bin Che Rose yang merupakan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkuatkuasa pada 1 Januari 2012.

Menjelang tahun 2015, Universiti Malaysia Kelantan dijangka mampu menampung seramai 15,000 pelajar.

Kampus[sunting | sunting sumber]

  • Kampus Induk, Bachok
  • Kampus Kota, Pengkalan Chepa
  • Kampus Jeli

Fakulti[sunting | sunting sumber]

  • Fakulti Industri Asas Tani
  • Fakulti Sains Bumi
  • Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
  • Fakulti Perubatan Veterinar
  • Fakulti Senibina dan Ekistik
  • Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan

Pusat[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
  • Pusat Pengajian Pascasiswazah

Kelengkapan Dan Prasarana[sunting | sunting sumber]

  • Masih dalam pembangunan.

Teknologi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sejak 2009, UMK telah mula menggunakan sistem pengurusan pembelajaran sumber terbuka berasaskan teknologi Moodle.[2]

Keusahawanan[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan moto universiti, Keusahawanan Teras Kami, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menubuhkan 3 institut yang menjadi pemacu keusahawanan bersasar kepada warga universiti dan komuniti. Institut tersebut ialah

  • Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
  • Universiti Malaysia Kelantan Entrepreneurship Institute (UMKEI)
  • Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Naib Canselor UMK
  2. ^ Mohamed Amin Embi; Mohd Najib Adun, para penyunting (2010). e-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Selangor: Pusat Pembangunan Akademik UKM. halaman 27–28. ISBN 978-967-5878-21-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]