Gerak Khas (siri filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gerak Khas
Logo drama Gerak Khas 2016.png
Logo Gerak Khas
PengarahDatuk Yusof Haslam
PenerbitDatuk Yusof Haslam
PenulisDatuk Yusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas
Syarikat
penerbitan
Skop Production Sdn Bhd
Lotus Five Star Av Sdn Bhd
PengedarBerjaya Film Production Sdn Bhd
Mula ditayangkan
1 Mac 2001 (2001-03-01)(Gerak Khas The Movie)
23 Mei 2002 (Gerak Khas The Movie II)
9 Februari 2005 (GK3 The Movie)
5 Januari 2006 (Castello)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 5.45 Juta
Pecah panggungRM 10.36 Juta

Gerak Khas merupakan siri filem yang berdasarkan drama kepolisan, Gerak Khas.Siri filem utama yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem Gerak Khas The Movie (2001), Gerak Khas The Movie II (2002),GK3 The Movie (2005). Kesemua filem di dalam siri utama ini diterbitkan Skop Productions diarahkan dan ditulis oleh Datuk Yusof Haslam. telah membintangi dalam kesemua filem siri utama.

Filem[sunting | sunting sumber]

Gerak Khas The Movie[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Gerak Khas The Movie

Gerak Khas the Movie merupakan filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Mizal Zaini, Abby Abadi, Erra Fazira, AC Mizal, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy filem yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor).Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001.

Gerak Khas The Movie II[sunting | sunting sumber]

Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos.Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Datuk Jalalludin Hassan).Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.

GK3 The Movie[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: GK3 The Movie

GK3 The Movie merupakan sebuah filem aksi/jenayah berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie II. Filem yang diterbitkan,ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, Sarimah Ibrahim dan Norman Hakim.Filem ini mengisahkan Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Raymond (Faizal Hussein).Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005.

Castello[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Castello

Filem Castello ialah sebuah filem edaran Berjaya Film Production Sdn Bhd. Ia mula ditayangkan pada 5 Januari 2006 di seluruh pawagam di Malaysia. Genre filem ini ialah drama berbentuk jenayah. Watak utama iaitu Castello dilakonkan oleh Rosyam Nor.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Gerak Khas The Movie 1 Mac 2001 RM 4.40 juta RM 1.35 juta
Gerak Khas The Movie II 23 Mei 2002 RM 3.07 juta RM 1.50 juta
GK3 The Movie 9 Februari 2005 RM 1.35 juta RM 1.40 juta
Castello 5 Janurai 2006 Jumlah

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anugerah Gerak Khas The Movie Gerak Khas The Movie 2 GK3 The Movie Castello
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pencalonan Pencalonan
Pelakon Lelaki Komedi Terbaik Menang (Mazlan Pet Pet) Pelakon Harapan Lelaki-Que Haidar(Menang)
Penyunting Terbaik Pencalonan Menang (Salehan Samsuddin)
Penataan Bunyi Terbaik Menang (Peter Lim) Azman Hasan(Menang)
Penerbit Lelaki Terbitan Menang Datuk Yusof Haslam

Rujukan[sunting | sunting sumber]