GK3 The Movie
GK3 The Movie | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis | Yusof Haslam |
Berdasarkan | Gerak Khas oleh Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.40 juta |
Pecah panggung | RM 1.35 juta[1] |
GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas The Movie III) merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan kesinambungan kepada filem Gerak Khas The Movie II dan terakhir dalam siri filem Gerak Khas. Dibintangi oleh Abby Abadi, Norman Hakim dan Sarimah Ibrahim. Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005. Filem ini tidak lagi menampilkan AC Mizal seperti filem sebelumnya.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Ramon (Faizal Hussein). Ramon merupakan adik kepada Frankie (watak Faizal Hussein dalam Gerak Khas The Movie II), penjenayah yang ditumpaskan oleh Unit Gerak Khas dalam satu operasi menentang kumpulan militan dan sindiket pengedaran dadah 2 tahun yang lalu.
Inspektor Aleza (Abby Abadi), Inspektor Haris (Norman Hakim) dan Inspektor Farah (Sarimah Ibrahim) yang baru sebulan dipindahkan ke unit berkenaan ditugaskan menyiasat kes itu. Pada masa sama, adik Aleza, Misha (Misha Omar) berpindah ke Kuala Lumpur dan memilih tinggal bersama kawannya Julia (Julia Hana). Misha terjebak cinta dengan Zack (Ezany Nizariff), seorang pemuda misteri. Hubungan mereka ditentang Aleza. Keadaan menjadi kecoh apabila banyak kejadian tidak disangka berlaku hingga mengheret Farah, Aleza dan Misha dalam perangkap Ramon.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza
- Norman Hakim sebagai Inspektor Haris
- Sarimah Ibrahim sebagai Inspektor Farah
- Faizal Hussein sebagai Ramon, Ketua sindiket dadah & senjata api dan juga abang kembar kepada Frank
- Misha Omar sebagai Misha, Adik kepada Inspektor Aleeza seorang memberontak dan bermusuh dengan kakaknya
- Julia Hana sebagai Julia, Kawan kepada Misha dan Perempuan simpanan Ramon
- Aqasha sebagai Zarul, Teman lelaki Inspektor Farah & orang kanan Ramon dan pembunuh Suzana
- Ezany Nizariff sebagai Zack, Teman lelaki Misha
- A. Galak sebagai Sarjan Hashim, Anggota veteran unit Gerak Khas
- Farid Amirul sebagai Detektif Lim, Anggota unit Gerak Khas berbangsa Cina
- Deen Maidin sebagai Detektif Lingam, Anggota unit Gerak Khas berbangsa India
- Elly Mazlein sebagai Detektif Mazlin, Anggota unit Gerak Khas
- Yusof Haslam sebagai Supt. Helmi, Ketua unit Gerak Khas
- Z. Zamri sebagai Detektif Zaidi, Anggota unit Gerak Khas
- Zulkifli Ismail sebagai ASP Razlan, Penolong unit Gerak Khas
- Adam Corrie sebagai Michael, Orang Kanan Ramon
- Saiful Apek sebagai Saiful, Informen Sarjan Hashim
- Kuswadinata sebagai Bronco, Orang kanan ke-3 Ramon
- Zack Kool sebagai Ruby, Orang kanan ke-4 Ramon
- Andy Kuanda sebagai Lelaki Negro
- Memey Suhaiza sebagai Pegawai Polis (pelakon tambahan)
- Marissa Yasmin sebagai Suzana, bekas Perempuan Simpanan Ramon yang dibunuh (tidak dinamakan)
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2005 | Festival Filem Malaysia ke-18 | Pelakon Harapan Wanita | Misha Omar | Tercalon |
Suntingan Terbaik | Salehan Shamsuddin | Tercalon |
Lagu[sunting | sunting sumber]
Antara lagu-lagu dimuatkan dalam GK3 The Movie semuanya nyanyian Misha Omar sendiri dan lagu tema GK diberi nafas baru
*Terpana
*Riwayat Cinta
*Lilitan Asmara
*Gerak Khas versi baru - Roy ft Elly Mazlein
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.