Hawa Rizwana Ahmad Redzuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hawa Rizwana Ahmad Redzuan
Hawa Rizwana.png
Kelahiran (1995-09-07) 7 September 1995 (umur 23)
Illinois, Amerika Syarikat
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PendidikanSarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPenyampai berita
Tahun aktif2017-kini
Ibu bapaProf. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa)

Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-2018) dan kini merupakan penyampai Buletin Utama di TV3. Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara TV terkenal, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2]

Hawa Rizwana merupakan anak kepada bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) sekitar 90-an, iaitu Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[3]

Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh itu dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wajah iras Neelofa, pelajar jadi penyampai berita TV9". The Malay Mail. 17 Julai 2017. Dicapai 1 Disember 2017. 
  2. ^ "Biodata Hawa Rizwana". Encik Shino. 4 Oktober 2017. Dicapai 1 Disember 2017. 
  3. ^ a b c Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]