AK-47

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Avtomat Kalashnikova model 1947 g.

Senjata api AK-47 (untuk Avtomat Kalashnikova model 1947 g.) adalah raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Russia Izhmash.atau dikenali sebagai [IZH], dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin. Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan 7.62 x 39 mm M43, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal penyerang (assault rifle) pertama.

Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG 42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing, berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di USSR sebagai perekabentuk teknikal.

AK-47 juga mempunyai reputasi lagenda sebagai tahan lasak, boleh diharap, dan mudah baikpulih di lapangan ( field maintenance ). Disebabkan rekod ini dan kas penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Russia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya dikebanyakan Negara Ketiga.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Gambarajah menunjukan rekabentuk AKM. Termasuk arahan untuk memecat senjata untuk pemulihan.

Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan ( selector lever ) kekanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pengunci ( cocking lever ) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.

Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik. Tuil pilihan melindungi bolt dan pemegang pengunci ( cocking handle ) apabila ia berada dalam keadaan "selamat", oleh itu raifal AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan ditutup. Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan keatas, is melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pengunci ( cocking handle ), dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.

Tuil pilihan menghasilkan bunyi KA-CHUNK! yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan kepada kedudukan yang lain..

Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan pengunci, dan tuil pilihan melindungi bukaan dibelakang pemegang pengunci cocking handle agar dapat menghalang pasir dan habuk dari masuk. Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata antarabangsa mungkin mempunyai tanda "0" pada kedudukan ini.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Sila Lihat[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.