Neurotransmiter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Struktur sinaps biasa

Neurotransmiter , juga dikenali sebagai penghantar neuron atau penghantar impuls, merupakan sekumpulan bahan kimia dalaman yang menghantar isyarat merentasi sinaps dari satu neuron (sel otak) ke satu lagi neuron yang disasarkan.[1] Neurotransmiter dilepaskan daripada vesikel sinaptik dalam sinaps ke dalam celahan sinaps, di mana mereka diterima oleh saraf penerima pada sinaps lain. Pelbagai neurotransmitter disintesiskan daripada prekursor yang banyak dan ringkas seperti asid amino, yang mudah didapati daripada diet dan hanya memerlukan sejumlah kecil langkah biosintesis untuk menukar mereka. Neurotransmiter memainkan peranan utama dalam pembentukan kehidupan sehari-hari. Para saintis masih belum tahu dengan tepat berapa banyak neurotransmiter wujud, tetapi lebih daripada 100  jenis bahan kimia yang telah dikenal pasti.[2]

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Neurotransmiter disimpan dalam sinaps dalam bentuk vesikel sinaps, berkelompok di bawah membran sel dalam terminal akson yang terletak di sebelah presinaptik daripada sinaps. Neurotransmiter dilepaskan ke dalam dan disebarkan di seluruh rekahan sinaps, di mana mereka mengikat kepada penerima yang khusus dalam membran di sebelah postsinaptik daripada sinaps.[3]

Kebanyakan neurotransmiter dianggarkan seperti saiz sebuah asid amino tunggal, bagaimanapun, beberapa neurotransmitter mungkin sebesar saiz protein yang lebih besar atau berbentuk peptida. Neurotransmiter yang dibebaskan biasanya boleh didapati dalam rekahan sinaps dalam masa yang singkat sebelum dimetabolismakan oleh enzim, ditarik semula ke dalam neuron presynaptik melalui proses penyerapan kembali, atau terikat kepada reseptor postsinaptik. Walau bagaimanapun, pendedahan jangka pendek reseptor untuk sebuah penghantar neuro biasanya mencukupi untuk menyebabkan tindak balas postsinaptiik melalui transmisi sinaps.

Sebagai tindak balas kepada potensi tindakan ambang atau potensi elektrik bergred, sebuah penghantar neuro dilepaskan di terminal presinaptik. Pembebasan tahap "garis dasar" yang rendah juga berlaku tanpa stimulasi elektrik. Penghantar neuro yang dikeluarkan mungkin boleh bergerak merentasi sinaps untuk dikesan dan diikat dengan reseptor dalam neuron postsinaptik. Pengikatan neurotransmitter boleh mempengaruhi neuron yang postsynaptic sama ada melalui satu sinaps perencat atau sinaps perangsang. Neuron ini mungkin akan berhubung dengan banyak lagi neuron, dan jika jumlah pengaruh perangsang adalah lebih besar berbanding dengan pengaruh perencat, neuron berkemungkinan juga boleh "berapi". Akhirnya ia akan mewujudkan potensi tindakan yang baru di timbunan akson untuk melepaskan neurotransmiter dan menyampaikan maklumat itu kepada neuron jiran yang satu lagi. [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Neurotransmitter di Kamus Perubatan Dorland
  2. ^ Cherry, Kendra. "What is a Nuerotransmitter?". Dicapai pada 6 October 2014. 
  3. ^ Elias, L. J, & Saucier, D. M. (2005). Neuropsychology: Clinical and Experimental Foundations. Boston: Pearson
  4. ^ Robert Sapolsky (2005). "Biology and Human Behavior: The Neurological Origins of Individuality, 2nd edition". The Teaching Company. see pages 13 & 14 of Guide Book 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.