Hubungan Kazakhstan–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Kazakhstan)

Hubungan Malaysia - Kazakhstan semakin penting selepas Kazakhstan merdeka dari Soviet Union pada 1989 . Pemimpin kedua-dua negara saling berkunjung. Pada 5 dan 6 Jun 2011, Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Kazakhstan sebagai membalas lawatan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006.

Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan ialah Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kazakhstan mempunyai 16 juta penduduk , merdeka dari Soviet Union 20 tahun lalu.Pada 2010, Kazakhstan penting di Asia Tengah kerana eksport Malaysia ke Kazakhstan sekitar AS$106 juta (RM319 juta). Import dari Kazakhstan sebanyak AS$760,000 (RM2.28juta). Apabila terbentuk Kesatuan Kastam di antara Kazakhstan, Belarus dan Rusia membabitkan lebih 180 juta penduduk, peluang ekonomi boleh diteroka.

Sebagai negara majoriti Islam dan terletak di Laluan Sutera , Kazakhstan adalah negara ke-9 terbesar dunia . Luas negara itu 2.9 juta km persegi. [1]

Pada 2011, Lebih 2,000 pelajar Kazakhstan menuntut di Universiti Malaysia Petronas di Tronoh dan lain-lain.Syarikat petroleum Malaysia ,Petronas akan membangunkan sektor minyak dan gas di Kazakhstan.


Tahun 2010, lebih 9,000 pelancong Kazakh mengunjungi Malaysia.Penerbangan dua kali seminggu menggunakan Air Astana dari Kuala Lumpur ke Almaty dan sebaliknya diadakan.

Kerjasama negara Islam[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan Kazakhstan turut meanggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Lantaran itu Malaysia komited untuk berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan teknikal kepada Kazakhstan. Pada Jun 2011, Astana menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 pada 8 Jun 2011 .Sejak penubuhannya pada 2005, forum itu menjadi platform untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan bisnes di kalangan usahawan Muslim dan syarikat-syarikat di dalam OIC.[2] WIEF turut disertai oleh Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh; Perdana Menteri Bahrain, Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa; Perdana Menteri Tajikistan, Oqil Oqilov; Naib Presiden Indonesia, Prof Dr Boediono dan Presiden Islamic Development Bank, Dr. Ahmed Mohamed Ali Al Madani.[3]

Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia, Tun Musa Hitam menganggap WIEF dapat memupuk perkongsian rentas sempadan yang kukuh antara anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) dan negara-negara lain di dunia, khususnya negara-negara Islam yang lain. [4]

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah WIEF ke-6 pada Jun 2010.

Rundingan dua hala[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun 2011,rombongan Perdana Menteri Malaysia bersama isteri , Datin Seri Rosmah Mansor menemui Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev di Presidential Palace di Astana. Rombongan disertai oleh Mustapa Mohamed , Shahrizat Abdul Jalil,Kong Cho Ha dan Shaziman Abu Mansor, , Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi .Menteri Komunikasi dan Penerangan Kazakhstan , Askar Kuanyshevich Zhumagaliev mengiringi mereka.

Rundingan dua hala diadakan dengan Perdana Menteri Kazakhstan ,Karim Massimov.

Hubungan kekeluargaan[sunting | sunting sumber]

Akhbar online Malaysiakini pada 7 Jun 2011 melaporkan anak perempuan PM bertunang dengan warga Kazakhstan kerana mereka pernah belajar bersama di Amerika Syarikat.Majlis pertunangan antara Nooryana Najwa Mohamad Najib dengan Daniyar Nazarbayev diadakan pada 18 Jun 2011 di Putrajaya . Turut hadir ialah Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat (AS), sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]