Mustapa Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Sri
Mustapa bin Mohamed
SJMK (Kel); SPMP (Pls), SSAP, SIMP (Pah); DPMS (Sel)
Mustapa Mohamed in CNBC-supply chains - World Economic Forum on East Asia 2012 crop.jpg
Dato' Sri Mustapa semasa Forum Ekonomi Dunia Asia Timur 2012
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P30 Jeli, Kelantan
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehMohd Apandi Mohamad
Majoriti5,269 (PRU-13) 6,647 (PRU-14)
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehPerlembagaan baharu
Digantikan olehMohd Apandi Mohamad
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Air Lanas
Memegang jawatan
2013
Didahului olehAbdullah Ya'kub
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Didahului olehAbdullah Ya'kub
Digantikan olehAbdullah Ya'kub
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
Perdana MenteriDato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehDarell Leiking
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
2008–2009
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehNoh Omar
Kawasan pilihan rayaJeli
Butiran peribadi
Lahir (1950-09-25) 25 September 1950 (umur 68)
Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO (1978-2018)
Pakatan Harapan Logo.svg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.svg.png PH-PPBM (2018-kini)
PekerjaanAhli Parlimen

Dato' Sri Mustapa Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa merupakan Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Air Lanas, Kelantan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang merupakan komponen Pakatan Harapan.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada tahun 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bachok pada tahun 1963.

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Sultan Ismail Kota Bharu pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti of Melbourne di Australia dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Kelas Pertama. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana pada tahun 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hasil perkongsian hidup bersama Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah sejak 29 tahun lalu, beliau telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan membaca ataupun berjoging.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohammad Jiwa pada 1963. Pada tahun 1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail, Jalan Telipot, Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di Universiti Melbourne, Australia pada 1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Universiti Boston, Amerika Syarikat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974. Beliau kemudian dilantik sebagai Pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982 sebelum dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada tahun 1984.

Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Kewangan Kedua. Jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pula bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Y.B. Dato' Sri Mustapa dalam UMNO bermula pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Beliau pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi Parlimen Jeli pada pilihan raya tahun 1995. Berikutan kejayaan tersebut, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan pada bulan Mei 1995 sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada bulan September 1998.

Y.B. Dato' Sri Mustapa yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO pada tahun 2000 sebelum diberikan tugas sebagai Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta Pengerusi Barisan Nasional Kelantan dari tahun 2000 hingga 2004.

Selain mengetuai Persatuan Humphreys Fellows Malaysia, Dato' Sri Mustapa juga merupakan Presiden Pertubuhan Untuk Peningkatan Perusahaan, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) di Malaysia, Persatuan Francais Malaysia dan PROMUDA serta Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 27 Mac 2004. Pada 2018, 18 September, beliau mengumumkan untuk keluar dari Parti UMNO dan bergerak secara bebas buat masa kini. [1]

Beliau telah menyertai BERSATU pada 26 Oktober 2018. Borang permohonan diserahkan kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil disaksikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di Lobi Galeri BERSATU di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.[2]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mustapa Mohamed bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jeli , negeri Kelantan. Mustapa Bin Mohamed telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17168.

Calon lawan ialah Mohd Afandi bin Mohamad dari PAS, mendapat 12,732 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 84.1 %. Undi rosak sebanyak 474.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2008
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2009

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darjah Kebesaran Diraja[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • My-KEL Order of the Life of the Crown of Kelantan 2006.svg Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (SJMK); Membawa gelaran Dato'
  •  Pahang
    • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP); Membawa gelaran Dato' Sri
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Grand Knight - SIMP.svg Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP); Membawa gelaran Dato' Indera
  •  Perlis
    • MY-PERL Order of the Crown of Perlis - Knight Grand Commander - SPMP.svg Darjah Sri Paduka Mahkota Perlis (SPMP); Membawa gelaran Dato' Seri
  •  Selangor
    • MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Commander - DPMS.svg Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS); Membawa gelaran Dato'

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[3][4][5]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 P30 Jeli, Kelantan. Mustapa Mohamed (UMNO) 13,301 51.10% Zianon Abdin Ali (S46) 12,729 48.90% 26,962 572 81.20%
1999 Mustapa Mohamed (UMNO) 14,830 48.43% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,523 50.69% 31,152 693 81.93%
2004 Mustapa Mohamed (UMNO) 16,960 63.84% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 9,607 36.16% 26,961 7,353 82.38%
2008 Mustapa Mohamed (UMNO) 17,168 57.07% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 12,732 42.33% 30,555 4,436 84.18%
2013 Mustapa Mohamed (UMNO) 21,223 56.95% Mohd Apandi Mohamad (PAS) 15,954 42.81% 37,688 5,269 87.19%
2018 Mustapa Mohamed (UMNO) 21,665 45.64% Azran Deraman (PPBM) 2,078 4.38% 39,161 6,647 82.50%
Mohamad Hamid (PAS) 15,018 31.64%
Dewan Undangan Negeri Kelantan[3][4][5]
Tahun Perlembagaan Pembangkang Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 N37 Air Lanas, P30 Jeli. Mustapa Mohamed (UMNO) 5,118 53.75% Abdullah Ya'kub (PAS) 4,319 45.36% 9,522 2,866 83.92%
2013 Mustapa Mohamed (UMNO) 6,605 49.42% Abdullah Ya'kub (PAS) 6,558 49.07% 13,365 47 89.10%
2018 Mustapa Mohamed (UMNO) 7,243 40.89% Aminuddin Yaacob (PPBM) 608 3.43% 14,908 359 84.19%
Abdullah Ya'kub (PAS) 6,884 38.87%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tok Pa keluar dari UMNO
  2. ^ Tok Pa sertai BERSATU
  3. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 27 May 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  5. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi
2006-2008
Penyandang Kemudian
Datuk Dr Shafie Mohd Salleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Penyandang Terdahulu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Noh Omar
Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
2009-2018
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin Darell Leiking