Ignazio Abate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ignazio Abate
Maklumat peribadi
Nama penuh Ignazio Abate
Tarikh lahir (1986-11-12) 12 November 1986 (umur 37)
Tempat lahir Sant'Agata de' Goti, Itali
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pertahanan kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 20
Kerjaya remaja
Rescaldina
1999–2004 Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003– Milan 157 (1)
2004–2005Napoli (pinjam) 29 (2)
2005–2006Piacenza (pinjam) 13 (0)
2006–2007Modena (pinjam) 38 (1)
2007–2008Empoli (pinjam) 24 (1)
2008–2009Torino (pinjam) 25 (1)
Pasukan kebangsaan
2004 Itali B18 3 (0)
2005 Itali B19 2 (1)
2005–2006 Itali B20 6 (0)
2006–2009 Itali B21 10 (1)
2008 Olimpik Itali 8 (1)
2011– Itali 22 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Mei 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 31 Mac 2015

Ignazio Abate (sebutan bahasa Itali: [iɲˈɲattsjo aˈbate]; lahir 12 November 1986) ialah pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi pertahanan kanan untuk Milan dalam Serie A.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Abate mula bermain bola sepak bersama Rescaldina, sebelum menyertai pasukan remaja Milan pada tahun 1999.[1] Semasa musim 2003–04, dia membuat penampilan profesional pertamanya, bermain dalam perlawanan Coppa Italia menentang Sampdoria pada 3 Disember. Dia juga membuat penampilan pertamanya dalam pertandingan Eropah ketika perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Celta Vigo pada 9 Disember. Dalam perlawanan itu, dia mencipta rekod sebagai pemain Milan termuda untuk bermain dalam Liga Juara-Juara, ketika berumur 17 tahun 27 hari.[2]

Pinjaman ke kelab lain (2004–2007)[sunting | sunting sumber]

Untuk musim 2004–05, dia dipinjamkan kepada Napoli yang beraksi dalam Serie C1. Dia membuat 29 penampilan dan menjaringkan 2 gol. Pada musim panas tahun 2005, dia dijadualkan akan dipinjamkan kepada Sampdoria pada musim berikutnya.[3] Walau bagaimanapun, sebelum bermula pertandingan, dia dipinjamkan kepada Piacenza dan membuat 13 penampilan untuk mereka. Dia kemudiannya dipinjamkan kepada Modena dimana dia membuat 38 penampilan.

Serie A (2007–2009)[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2007–08, Abate membuat penampilan sulungnya dalam Serie A selepas didapatkan oleh Empoli dalam perjanjian pemilikan bersama, untuk 900,000.[4][5] Pada tahun itu, dia menjaringkan gol pertamanya dalam Serie A dalam perlawanan menentang Genoa pada 27 April 2008.[6] Selepas Empoli tersingkir liga, Milan membelinya dengan harga €2 juta[7] dan menghantarnya ke Torino dalam satu lagi perjanjian pemilikan bersama, untuk 2 juta.[8][9] Dia beraksi dalam 25 perlawanan dan menjaringkan 1 gol.

Kembali ke Milan[sunting | sunting sumber]

Abate bermain untuk AC Milan menentang Arsenal.

Pada 24 Jun 2009, Milan mendapatkan semula Abate dengan harga 2.55 juta[10] dan kali ini dia dimasukkan ke dalam senarai pasukan untuk musim 2009–10. Dia membuat 36 penampilan dalam musim pertamanya kembali ke Milan. Kerana beraksi bagus, pada 11 Februari 2010 dia ditawarkan dan menandatangani kontrak lanjutan yang berkekalan sehingga tahun 2014.[11] Dia membuat 37 penampilan dalam musim keduannya. Pada musim berikutnya, Abate sekali lagi menjadi pemain pertahanan kanan utama dan membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan. Pada musim 2013-14, Abate menjaringkan gol pertamanya untuk Milan ketika mereka seri 3-3 dengan Bologna pada 25 September 2013.

Pada musim 2014-15, Abate menjadi kapten Milan buat pertama kali ketika kekalahan 2-0 kepada Palermo pada 2 November 2014. Abate membuat penampilan ke-200nya bersama Milan pada 9 Mei 2015 dimana mereka menang 2-1 ke atas AS Roma. Pada 11 Jun 2015, Milan mengumumkan bahawa Abate telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2019.[12]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Abate membuat penampilan senior pertamanya untuk Itali pada bulan November 2011 dalam perlawanan persahabatan menentang Poland.[13] Abate merupakan ahli skuad Itali ketika UEFA Euro 2012.[14][15]

Abate juga mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2013.[16] Abate menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman pada bulan November 2013 yang berakhir dengan keputusan seri 1–1.[17] Dia disenaraikan dalam skuad Itali untuk Piala Dunia FIFA 2014[18].

Statistik[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga Sehingga 21 Mei 2015.[19]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
AC Milan 2003–04 Serie A 0 0 1 0 1 0 2 0
2009–10] 30 0 1 0 5 0 36 0
2010–11 29 0 2 0 6 0 37 0
2011–12 29 0 2 0 8 0 1 0 40 0
2012–13 27 0 2 0 4 0 33 0
2013–14 19 1 1 0 8 0 28 1
2014–15 23 0 2 0 25 0
Jumlah 157 1 11 0 32 0 1 0 201 1
Napoli (pinjam) 2004–05 Serie C1 33 2 0 0 33 2
Jumlah 33 2 0 0 33 2
Piacenz (pinjam) 2005–06 Serie B 13 0 0 0 13 0
Jumlah 13 0 0 0 13 0
Modena (pinjam) 2006–07 Serie B 38 1 3 0 41 1
Jumlah 38 1 3 0 41 1
Empoli (pinjam) 2007–08 Serie A 24 1 2 1 2 0 28 2
Jumlah 24 1 2 1 2 0 28 2
Torino (pinjam) 2008–09 Serie A 25 1 2 0 27 1
Jumlah 25 1 2 0 27 1
Jumlah karier 279 6 18 1 34 0 1 0 332 7

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 31 Mac 2015[20]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2011 1 0
2012 6 0
2013 10 1
2014 4 0
2015 1 0
Jumlah 22 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Milan[21]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seconda Squadra 2003/2004". acmilan.com (dalam bahasa Italian). Associazione Calcio Milan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-10-09. Dicapai pada 31 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Milan youngster set for record books". Football Italia. 28 September 2011. Dicapai pada 28 September 2011.
  3. ^ "Abate per la Samp". uefa.com (dalam bahasa Italian). Union of European Football Associations. 20 July 2005. Dicapai pada 6 February 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ AC Milan Spa 2007 Annual Report (Itali)
  5. ^ "Empoli raid Rossoneri for trio". uefa.com. Union of European Football Associations. 28 June 2007. Dicapai pada 6 February 2010.
  6. ^ "Genoa vs. Empoli – 27 April 2008". soccerway.com. 27 April 2008. Dicapai pada 2 February 2010.
  7. ^ Empoli FC SpA bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2008 (Itali), PDF purchased from Italian CCIAA
  8. ^ AC Milan Spa 2008 Annual Report (Itali)
  9. ^ "Torino sign Abate". worldsoccer.com. 24 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-29. Dicapai pada 2 February 2010.
  10. ^ "AC Milan Group 2009 Annual Report" (PDF). AC Milan (dalam bahasa Italian). ca. April 2010. Dicapai pada 13 June 2011. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Abate and Antonini commit to Milan". uefa.com. Union of European Football Associations. 11 February 2010. Dicapai pada 11 February 2010.
  12. ^ "Ignazio Abate signs new deal at AC Milan lasting until 2019". ESPN FC. 11 June 2015. Dicapai pada 12 July 2015.
  13. ^ "Balotelli e Pazzini rispondono alla chiamata: l'Italia vince in Polonia" (dalam bahasa Italian). FIGC. 11 November 2011. Dicapai pada 26 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Ranocchia and Destro miss Italy cut". uefa.com. Union of European Football Associations. 29 May 2012. Dicapai pada 5 September 2014.
  15. ^ "Una Spagna travolgente fa la storia" (dalam bahasa Italian). UEFA.com. 1 July 2012. Dicapai pada 26 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Inviata alla FIFA la lista per la Confederations Cup: c'è anche Barzagli" (dalam bahasa Italian). FIGC. 3 June 2013. Dicapai pada 26 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Riccardo Pratesi (15 November 2013). "Italia-Germania 1-1. Abate risponde a Hummels. Buon test per Prandelli" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 26 August 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Ben Smith (20 June 2014). "Italy–Costa Rica (0–1)". BBC. Dicapai pada 26 August 2015.
  19. ^ "Ignazio Abate". AC Milan. Dicapai pada 9 October 2014.
  20. ^ (Inggeris) Ignazio Profil Ignazio Abate di National-Football-Teams.com
  21. ^ "I. Abate - SW Profile". Soccerway. Dicapai pada 26 August 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]