* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Thomas Berthold (lahir 12 November 1964) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman. Beliau kini bekerja sebaga pundit dan penganalisis untuk beberapa stesen TV.
Berthold telah beraksi sebanyak 332 perlawanan Bundesliga dan menjaringkan 22 gol. Beliau memulakan kariernya di Eintracht Frankfurt pada tahun 1982 dan kekal hingga 1987. Dari tahun 1987 hingga 1991, beliau beraksi di Itali untuk kelab Hellas Verona (1987–1989) dan Roma (1989–1991). Beliau kembali ke Jerman selepas ditandatangani oleh Bayern Munich (1991–1993) dan seterusnya beliau berpindah ke Stuttgart (1993–2000). Musim terakhir Berthold dalam kariernya ialah bersama kelab Turki, Adanaspor sebelum beraksi pada perlawanan terakhirnya pada 15 Januari 2001.
Antara tahun 1985 dan 1994, Berthold telah melakukan 62 penampilan antarabangsa buat pasukan kebangsaan Jerman atau Jerman Barat serta menjaringkan satu gol. Beliau mewakili Jerman Barat ke pertandingan Euro 1988 dan Piala Dunia 1990. Namun, beliau tidak termasuk ke dalam pasukan Jerman yang melangkah ke perlawanan akhir UEFA Euro 1992. Beliau melakukan persaraan antarabangsa selepas beraksi pada kejohanan Piala Dunia 1994.