Jodoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jodoh
Genre
  • Romantik
  • Komedi
  • Drama
PenciptaWan Hasliza Wan Zainuddin (Cerita & Lakon Layar)
PengarahSyed Khairul Fariz Syed Khairuldin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifWan Hasliza Wan Zainuddin
Sharifah Fatimahtuzzaharaa Syed Taha
PenerbitJamaludin Karim
PenyuntingMohd Hafiz Yusuf
Ain Ab Rahman
Tempoh siaran44–45 minit (60 minit termasuk iklan)
Syarikat penerbitan
KL Motion Picture Company
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal4 Februari 2013

Jodoh merupakan drama bersiri komedi romantik Malaysia 2013, yang disiarkan pada 4 Februari 2013. Drama bersiri ini telah diterbitkan oleh KL Motion Picture Company, dan diarahkan oleh Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin serta ditulis Wan Hasliza Wan Zainuddin.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengenai seorang jejaka bernama Azlan Iskandar (Dazrin Kamarudin) yang menyertai sebuah rancangan realiti mencari isteri yang dinamakan ‘Jodoh’. Azlan yang seorang usahawan hartanah sedang dikejar oleh Olly (Scha Alyahya), seorang arkitek muda yang dipaksa oleh bosnya, Dato Azumi untuk memaksa Azlan menjual beberapa ekar tanah.

Apabila salah seorang daripada peserta wanita rancangan tersebut terpaksa menarik diri, Olly yang kebetulan berada di set Jodoh, dipaksa masuk menggantikan peserta tersebut oleh Nora, penerbit ‘Jodoh’. Nora berjanji kepada Olly dan Azlan yang Olly akan disingkirkan pada eliminasi yang pertama. Akan tetapi, apabila Nora mendapat tahu yang Olly mempunyai ramai peminat , Nora memaksa Azlan agar tidak menyingkir Olly.

Olly dengan tidak relanya meneruskan perjalanan. Setiap minggu gadis-gadis tersebut terpaksa melalui beberapa cabaran yang agak lucu seperti cabaran menulis lagu, kuiz kepandaian, cabaran buat lawak, cabaran kebersihan, cabaran memasak.

Ringkasan episod[sunting | sunting sumber]

Episod 1[sunting | sunting sumber]

Azlan merupakan seorang lelaki bujang yang menyertai sebuah rancangan realiti mencari isteri yang dinamakan ‘Jodoh’. Pada masa yang sama, Azlan juga seorang usahawan hartanah. Olly dihantar untuk merunding penjualan tanah yang dimiliki oleh mereka tetapi Azlan menghiraukan Olly. Olly mengikut Azlan ke set Jodoh dan apabila salah satu peserta wanita, Diana Surtika, terpaksa menarik diri, Olly yang secara kebetulan berada disitu dipaksa oleh penerbit Jodoh Nora untuk menggantinya.

Episod 2[sunting | sunting sumber]

Olly tidak bersetuju untuk menyertai Jodoh. Tetapi setelah memberitahu bosnya, Dato Azumie, Olly bersetuju untuk mengganti Diana Surtika dengan syarat beliau dieliminasi dulu dan Azlan menjual tanah kenapa syarikatnya. Akan tetapi Nora, pernerbit menerima kejutan besar apabila penonton-penonton rata-rata menyukai Olly menyebabkan ratings cerita Jodoh naik mendadak.

Episod 3[sunting | sunting sumber]

Azlan dipaksa oleh Nora untuk tidak menyingkirkan Olly pada eliminasi pertama. Dengan tidak relanya, Azlan menyingkir Balqis dan tidak menyingkirkan Olly dan ini membuat Olly sangat marah tetapi setelah diberitahu yang beliau akan dibayar RM3000 setiap episod, bakal tunang Olly, Dani menggalakkan Olly untuk meneruskan perjuangan memikat Azlan.

Episod 4[sunting | sunting sumber]

Cabaran pertama dan semua gadis-gadis dikehendaki menyanyi lagu cinta yang dicipta sendiri kepada Azlan. Olly telah mereka sebuah lagu yang dinamakan lagu ‘Tapak Kasut di atas Jamban’ yang beliau percaya akan membuat penonton tidak menyukainya dan membuatnya tersingkir. Di eliminasi Azlan akhirnya menyingkirkan Olly. Akan tetapi Bob membuat pengumuman terkejut.

Episod 5[sunting | sunting sumber]

Selebriti Masterchef Che Lah datang untuk membantu Azlan dalam cabaran seterusnya dan semua gadis-gadis harus memasuki masakan dengan pisang! Pada masa yang sama, Olly mendapat tahu yang beliau di buang kerja setelah beliau tidak disingkirkan oleh Azlan. Sedih dengan kejadian tersebut, Olly menyebabkan kebakaran kecil semasa beliau menyiapkan hidangan.

Episod 6[sunting | sunting sumber]

Olly mula dianggap sebagai cabaran apabila dia masih lagi tidak disingkirkan oleh Azlan. Di cabaran ketiga, semua gadis-gadis diuji dengan tahap kepandaian mereka dengan kuiz pengetahuan am. Olly yang merancang untuk tidak menjawab soalan dengan baik dengan harapan beliau tersingkir akhirnya beria dan rancak menjawab soalan apabila semua peserta wanita lain lambat menjawab soalan. Olly memenangi temujanji dengan Azlan tetapi Hani, Irda dan Jamie telah meletak julap dalam minuman Olly dengan niat untuk merosakkan temu janji Olly.

Episod 7[sunting | sunting sumber]

Sekembalinya Olly daripada hospital, Olly mendapat tahu Comel disingkir dan beliau masih lagi bertanding. Di cabaran seterusnya, semua gadis-gadis dikehendaki menunjukkan kebolehan mereka membuat lawak dan mencuit hati Azlan sekaligus membuat Azlan ketawa. Apabila Hani mengutuk Katya dalam lawaknya, Azlan sedar yang mungkin gadis yang disukainya Katya tidak disukai ramai. Oleh yang demikian, Azlan memilih Olly sebagai pemenang cabaran semata-mata untuk mendapatkan informasi dalam.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Susan Lankester sebagai Nora
  • Chee Cheong Hoe sebagai Mr. Chee
  • Hefny Sahad sebagai Bob (Hos)
  • Hafiz Nafiah sebagai Put
  • Khairil Ridzuan sebagai Dani

Bintang baru[sunting | sunting sumber]

  • Reen Rahim sebagai Katya
  • Janna Nick sebagai Ella
  • Amyra Rosli sebagai Anna
  • Siti Hajar Oshin sebagai Dina
  • Lady 'N.Strike' sebagai Irda
  • Hana Mohamed sebagai Hani
  • Syazliana Shuhaimi sebagai Comel
  • Qaiesya sebagai Jamie
  • Ardell Aryana sebagai Balqis

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

  • Lagu: "Fatamorgana"
  • Komposer: Audi Mok
  • Penyanyi: Tysha Tiar


  • Lagu: "Waktu Ku"
  • Komposer: Mill
  • Penyanyi: Mill

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sinopsis Drama Jodoh Lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamarudin". Budiey. 16 Mac 2013.