Amyra Rosli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Amyra Rosli
Kelahiran Nur Amira Izzati binti Rosli
(1991-08-24) 24 Ogos 1991 (umur 25)
Taman Melawati, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pendidikan Diploma Seni Teater
Pusat pendidikan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Pekerjaan Pelakon, duta, model, penyanyi, pengacara
Tahun aktif 2009, 2012 - kini
Terkenal kerana Cik Bunga Encik Sombong
Tersuka Tanpa Sengaja
Ketinggian 158cm
Pasangan Amar Baharin (berkahwin 2016)
Ibu bapa Rosli Ahmad (bapa)
Noor Zaridah Ahmad (ibu)

Nur Amira Izzati binti Rosli[1] (dilahirkan pada 24 Ogos 1991) atau lebih dikenali sebagai Amyra Rosli merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya televisyen sepenuh masa pada 2012 menerusi drama Jodoh. Amyra melangkah ke peranan utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan telah berlakon dalam Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta memegang watak utama dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi novel dengan judul sama karya sasterawan Indonesia Hamka.

Sebagai jurucakap produk, Amyra menjadi duta kepada produk kecantikan AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim Baskin-Robbins. Sebagai pelakon, Amyra telah menerima anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Baru Wanita Popular dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 bagi kategori Pelakon Drama Wanita Pilihan. Sebagai pengacara, beliau pernah mengacarakan rancangan khas seperti Bintang RTM 2016, Anugerah DFKL 2016 dan Anugerah Industri Muzik ke-22.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amyra dilahirkan sebagai Nurul Amirah Izzati binti Rosli pada 24 Ogos 1991 di Taman Melawati, Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Noor Zaridah Ahmad (bekas Pengurus A&R di Warner Music Malaysia) dan Rosli Ahmad. Amyra berkahwin dengan pelakon bersamanya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016.[2] Sebelum ini, Amyra pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Dazrin Kamarudin namun putus akibat perbezaan pendapat. Selain itu, beliau juga memiliki wajah seiras pelakon wanita Indonesia, Nia Ramadhani.[3] Beliau pernah menetap di London bersama semua ahli keluarganya dan bersekolah di The Camden School of Girl di London selama 6 tahun dan kembali ke Malaysia setelah urusan kerja bapanya selesai. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2009: Kemunculan televisyen sulung[sunting | sunting sumber]

Kemunculan sulung Amyra di televisyen ialah pada 2009 menerusi program mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Kata Hampir Sama Makna terbitan TV Pendidikan bersama Amirul Hakim Ahmad dan Ahmad Fitri Nordin.[4]

2012–2014: Kejayaan komersial awal[sunting | sunting sumber]

Amyra kembali ke pentas lakonan pada 2012 selepas 3 tahun kerana menyambung pelajarannya di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Lakonan pertamanya di layar kaca ialah menerusi drama Jodoh yang dibintangi oleh tunangnya ketika itu, pelakon Dazrin Kamarudin. Pada 2013, beliau diberikan watak pembantu dalam siri drama Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel Warkah Cinta Berbau Syurga dan bersiaran di TV AlHijrah. Drama arahan Mior Hashim Manap ini dibintangi oleh Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Jadual lakonannya padat sepanjang 2014, drama pertamanya bagi tahun itu ialah Kalimah Jiwa yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Azalea, drama 20 episod arahan Mohd Fadli ini turut dibintangi oleh Nazim Othman, Bella Dally, Amar Baharin dan Raja Ilya. Drama inilah yang menyaksikan gandingan pertama Amyra bersama Amar.

Amyra kemudiannya diberikan peranan utama sebagai Maya dalam siri drama Kristal Maya bersama Shahz Jaszle dan bersiaran di TV3, drama yang turut dibintangi oleh Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar Baharin ini mengisahkan seorang wanita bernama Maya bekerja di sebuah syarikat iaitu Syarikat Kristal, di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shahz Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif. Seterusnya, beliau menyertai barisan pelakon utama siri televisyen pendidikan Oh My English! bagi musim ketiga terbitan Red Communications dan bersiaran di Astro TVIQ, Amyra memegang watak sebagai Puteri. Beliau berlakon bersama Nazim Othman dan Emma Maembong dalam siri Astana Cinta Aleesa yang bersiaran di TV9 dan seterusnya bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama Suamiku Encik Sotong di Astro Ria. Amyra kemudiannya menjadi tetamu jemputan untuk kumpulan virus di pentas Maharaja Lawak Mega 2014.

2015–kini: Tersuka Tanpa Sengaja dan peningkatan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, Amyra telah dicalonkan di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi kategori Artis Wanita Meletop, bagaimanapun beliau tewas di tangan Ayda Jebat. Pada tahun yang sama, beliau memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 menerusi kategori Pelakon Drama Wanita Pilihan, menewaskan Fasha Sandha, Risteena Munim, Ayda Jebat dan Nelydia Senrose. Beliau juga dilantik sebagai jurucakap AuraWhite Skincare bersama Ayda.

Beliau kembali ke layar kaca menerusi siri drama Bidadari yang bersiaran di Slot Lestary TV3, ia turut dibintangi oleh Nonny Nadirah dan Shahz Jaszle. Pada Oktober, Amyra terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama yang diterbitkan pada 1938, karya sasterawan Indonesia, Hamka. Teater yang dipentaskan di Istana Budaya ini turut dibintangi oleh Amar Baharin dan Saharul Ridzwan, setelah itu, beliau bersama Amar, Emma Maembong dan Hafreez Mikhail membintangi drama waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama.

Pada 2016, Amyra menerima pencalonan di Anugerah Melodi 2016 anjuran TV3, Hot FM dan Harian Metro bagi kategori Personaliti Drama Melodi, bagaimanapun, beliau tewas di tangan pelakon drama Playboy Itu Suami Aku, Fattah Amin, pada masa yang sama, beliau memenangi Anugerah Telenovela 2016 bagi kategori Pelakon Wanita Baharu Paling Popular. Kemudiannya, Amyra membintangi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel karya Allahyarham Usman Awang, lakonan Zul Ariffin dan Siti Saleha, beliau turut berlakon dalam drama keagamaan Sayap Jibril lakonan Zahiril Adzim yang bersiaran di Astro Oasis, beliau memegang watak sebagai Salbiah dalam episod ke-10 drama ini, "Susu". Selepas menjayakan Sayap Jibril, Amyra bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Redza Rosli dalam satu lagi drama adaptasi novel, Seindah Takdir Cinta di Slot Akasia TV3, beliau melakonkan watak sebagai Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman (lakonan Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Beliau kemudiannya memegang watak Seroja Irdina dalam drama Isteri Tuan Ihsan bersama Aaron Aziz yang bersiaran di Astro Ria.

Pada tahun 2017, Amyra menjadi pengacara terbaru bagi program terkenal iaitu Muzik - Muzik yang ke 32. Beliau bakal mengacara bersama Hefny Saad dan Zooey. Selepas disahkan hamil 7 minggu,[5][6] Amyra mengambil keputusan berehat daripada sebarang aktiviti seperti lakonan dan pengacaraan tv dan lebih menumpukan soal kesihatan kandungan beliau.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2011 Supermak TV3
2012 Jodoh Astro Ria
2013 Warkah Cinta
Ku Cinta Kau Seorang TV3
Kalimah Jiwa TV3
2014 Kristal Maya Maya TV3
Oh My English! Puteri Astro TVIQ
Astana Cinta Aleesa TV9
Suamiku Encik Sotong Erika Sofea Astro Ria
2015 Bidadari TV3
Dhia Sofea Dhia TV3
Cik Bunga Dan Encik Sombong Astro Ria
Tersuka Tanpa Sengaja Katerina Astro Prima
2016 Uda & Dara
Sayap Jibril Episod 10 : Susu Salbiah Astro Oasis
Seindah Takdir Cinta Mia Karmila TV3
Isteri Tuan Ihsan Seroja Irdina Astro Ria
2017 Jadikan Aku Yang Kedua Nuha Saqeena Astro Oasis

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2013 Cinta Kun Fayakun TV AlHijrah
2014 30 Hari Cinta[8] TV1
Mr. Istikharah Aishah TV3
Sayang Saranghae
Baju Raya Yaya Mimi TV3
2015 Ibu Mummy Mama[9] Nana TV1
Sayang Saranghae Aryanna TV1
Annyeong Aidilfitri Aryanna TV1
Sawan
Pengantin 3 Jam Dhia Astro Ria
2016 Janji Sandora

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 sebagai Artis Jemputan untuk Kumpulan Virus
2016 Bintang RTM 2016
Drama Festival KL 2016
2017 Muzik - Muzik 32 sebagai pengacara mengacara bersama Hefny Saad & Zooey

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2014 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Klip video[sunting | sunting sumber]

  • Hanya Lagu (Alif Aziz)
  • Ada Saja (feat. Waris & Juzzthin)
  • Selamat Pagi (Sezairi Sezali)

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2015 AuraWhite Skincare Sebagai jurucakap bersama Ayda Jebat
2016 Baskin-Robbins

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah dan pencalonan Kategori Keputusan Tewas kepada
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan Ayda Jebat
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Artis Baru Meletop Dicalonkan
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Drama Wanita Pilihan Menang
2016 Anugerah Melodi 2016 Personaliti Drama Melodi Dicalonkan Fattah Amin
Anugerah Telenovela 2016 Pelakon Baharu Wanita Paling Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Profil Amyra Rosli
  2. ^ Kemalia Othman (11 November 2016). Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri mStar. Dicapai pada 11 November 2016.
  3. ^ Amyra Rosli Akui Kini Solo, Tiada Ikatan Dengan Mana Mana Lelaki Rotikaya. 21 Ogos 2014.
  4. ^ BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 - KATA HAMPIR SAMA MAKNA MBM EduWeb TV.
  5. ^ mStar ( 15 March 2017 ). Amyra Rosli Hamil Tujuh Minggu - Berita Hiburan. Dicapai 11 April 2017.
  6. ^ Sinar Harian. Amyra Rosli hamil tujuh minggu - Hiburan. Dicapai 11 April 2017
  7. ^ Utusan Online. Amyra kena rehat- Amar Baharin - Hiburan.
  8. ^ Budiey (6 Februari 2014). Telemovie 30 Hari Cinta Temukan Amyra Rosli & Dazrin Kamarudin Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 April 2014.
  9. ^ Budiey (10 Mei 2015). Drama Ibu Mummy Mama Lakonan Amyra Rosli Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]