Ardell Aryana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ardell Aryana
KelahiranNurul Hidayah binti Mohd Amin
(1990-04-13) 13 April 1990 (umur 29)
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
KediamanSeri Kembangan, Selangor
Nama lainArdel
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Cambridge
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013–kini
EjenProkuya Studios (2015–kini)
Ketinggian5 ft 0 in (1.52 m)
PasanganNadzmi Adhwa (k. 2019)

Nurul Hidayah binti Mohd Amin (lahir 13 April 1990) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Jawi: ارديلل اريان) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2013, beliau terkenal dengan peranan televisyen seperti Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015) dan Anakku Diva (2016). Peranan filem beliau termasuk Dorm Melati (2017) dan Surf This Love (2018).

Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin pada 13 April 1990 di Kuala Selangor, Selangor.[2] Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik, dan anak perempuan tunggal; Ibu bapanya bercerai ketika Ardell masih kecil.[3] Ardell merupakan lulusan dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Cambridge.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja.[4] Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.[3]

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu.[5] Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.[6][7][8]

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.[9][10][11] Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.

Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[12][13][14] Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[15][16]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 2017, Ardell secara rasminya memakai hijab sepenuhnya.[17] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang normal, bukan sebagai pengkid.[18]

Pada lewat Jun 2018, Ardell disahkan menghidap kanser tahap 3.[19] Pada Disember 2018, Ardell dalam status terbaharu di akaun Instagram miliknya mendakwa dua kereta termasuk keretanya telah dipecah pada bahagian cermin semasa mengunjungi taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Taiping, Perak.[20][21]

Pada 1 September 2019, Ardell sah menjadi isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa dan selamat diijab kabulkan di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. Mereka berdua mulai rapat selepas bertemu dalam drama bersiri Namaku Bedah pada tahun 2015.[22][23][24][25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 CCTV Marianaa Daven R. Filem pertama
2017 Dorm Melati Raihana Eyra Rahman
Kolestrol vs Cinta
2018 Surf This Love: Gelora Juara Lia Waan Hafiz
2019 XX-Ray 3 Adel Aziz M. Osman

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Jodoh Musim 1 Balqis Astro Ria
AKU Juliana
Ku Kejar Bintang
Duri Di Hati TV3 Slot Azalea
2014 Baby Ana Milik Siapa? Qaisara
Jiwa
Kifarah: "Seri Muka" Misya
2015 Asam Pedas Untuk Dia Farhana
Jangan Lafazkan Janji Julia TV1
Dia... Isteri Luar Biasa Nora TV3 Slot Akasia
Wadi Widya Slot Zehra
2016 Anakku Diva Amanda Slot Dahlia
Aku Bukan Bimbo Astro Ria
2017 Namaku Bedah Ustazah Umairah TV9
2018 Cinta Hati Batu TV3
Tak Ada Cinta Sepertimu Intan Astro Ria
Klik! Pengantin Musim Salju Layla Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Dodol Dodol Cinta Nurul Ain TV2
2017 Titik Terakhir Dilla Astro Prima & Astro Maya HD
2019 Jodoh Wassap TV3
Khutbah Terakhir TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Lari Peserta TV9
2016 Extreme Road Trip Pengacara Astro Bella, Astro Mustika HD & Astro Maya HD Beliau mengacara bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad
2019 Naura Shares Tetamu jemputan Naura Beliau menceritakan pengalaman ketika terlantar sakit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ardini Sophia Sina (26 Julai 2015). Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro. Diperoleh pada 28 Julai 2015.
  2. ^ Nor Eryani Yusup (26 Februari 2018). Laluan berduri Ardell Aryana Kosmo!. Diperoleh pada 28 Julai 2018.
  3. ^ a b Norhidayyu Zainal (22 Julai 2015). Luahan pilu Ardell Aryana Sinar Harian. Diperoleh pada 28 Julai 2015.
  4. ^ Garret Dawum (10 Julai 2015). Kerja untuk keluarga Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Disember 2015. "Ardell Aryana mahu buktikan kepada semua dia mampu berjaya dengan bakat yang ada".
  5. ^ Mohd. Haikal Isa (3 Ogos 2015). Mengejar komitmen kerja Kosmo! Online. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
  6. ^ Ardell tahan kesakitan demi Extreme Road Trip Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Oktober 2016). Ardell Aryana Anggap Tuduhan 'Pengkid' Isu Lama mStar Online. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  8. ^ Ardell Aryana giat cipta nama Sinar Harian (4 Oktober 2016). Dicapai pada 1 Disember 2016.
  9. ^ Kenangan CCTV yang sukar dilupakan oleh Ardell Aryana Agenda Daily (4 Ogos 2015). Diperoleh pada 1 September 2015.
  10. ^ Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro (26 Julai 2015). Diperoleh pada 1 Ogos 2015.
  11. ^ CCTV uji Ardel Aryana Utusan Online (2 Ogos 2015). Dicapai pada 5 Ogos 2015.
  12. ^ Arina Azlan (4 Oktober 2016). Ardell bukan pengkid Kosmo!. Dicapai pada 10 Oktober 2016.
  13. ^ Haslina Kamaludin (28 Mei 2016). Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  14. ^ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
  15. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). Elak kecaman netizen Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  16. ^ Amirul Haswendy Ashari (11 Disember 2018). Ardell kembali berlakon Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  17. ^ Ardell Aryana kini bertudung Berita Harian (14 Disember 2017). Dicapai pada 15 Disember 2017.
  18. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (30 September 2016). Ardell normal, bukan pengkid Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  19. ^ Ardell Aryana sakit kanser tahap 3 Astro Awani (28 Jun 2018). Diperoleh pada 13 Julai 2018.
  20. ^ MAPS siasat dakwaan Ardell Aryana, cermin kereta pecah Utusan Malaysia (26 Disember 2018). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  21. ^ MAPS jawab aduan Ardell Aryana Sinar Harian (26 Disember 2018). Dicapai pada 19 Mac 2019.
  22. ^ Syanty Octavia Amry (1 September 2019). Nadzmi Adhwa jodoh Ardell Aryana Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2019.
  23. ^ Arina Azlan (1 September 2019). Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana selamat bernikah Kosmo!. Dicapai pada 3 September 2019.
  24. ^ Zaidi Mohamad (1 September 2019). Nadzmi, Ardell bernikah Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2019.
  25. ^ Teman tapi mesra paling sweet! - Ardell Aryana gigil Nadzmi Adhwa sarung cincin Astro Awani (2 September 2019). Dicapai pada 3 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]