Hefny Sahad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hefny Sahad
Kelahiran Mohamed Hefny bin Sahad
(1987-08-20) 20 Ogos 1987 (umur 30)
Maran, Pahang, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lain Hefny
Pekerjaan Pengacara, pelakon, model
Tahun aktif 2012–kini
Terkenal kerana Naib Juara On Air

Mohamed Hefny Sahad atau lebih terkenal sebagai Hefny Sahad (lahir 20 Ogos 1987) merupakan seorang pengacara televisyen, model dan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan naib juara pertandingan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Mohamed Hefny bin Sahad pada 20 Ogos 1987 di Maran, Pahang dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hefny memulakan kerjaya awalnya dengan bekerja di beberapa syarikat insurans dan bank tempatan.[2]

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hafizul Kamal dan CK Faizal, di mana beliau merupakan naib juara.[3]

Pada 2013, beliau berpasangan bersama Hafizul dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin.[4] Hefny membuat penampilan layar kaca pertamanya menerusi drama Benci Vs Cinta yang dibintangi oleh Nora Danish dan pelakon Indonesia, Randy Pangalila.

Hefny muncul dalam pementasan teater Pak Pandir Yo!.[5] Beliau digandingkan bersama pelakon Amyra Rosli mengacarakan rancangan Muzik-Muzik di TV3 selama satu musim.

Bermula 9 Mac 2018, Hefny bersama Dayah Bakar dan pengacara lain, mengacarakan rancangan bual bicara terbaru terbitan TV3, Borak Kopitiam. Hefny membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Operasi X arahan Zulkifli M. Osman.[6]

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson dan Cristina Suzanne dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Farid.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hefny dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nad Zainal.[2] Beliau yang kini hangat dilamun cinta dengan pelakon, Uqasha Senrose.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah
2018 Operasi X Zulkifli M. Osman

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Benci Vs Cinta Hefny Astro Ria
Jodoh Astro Ria
2014 Syurga Tanpa Cinta TV1
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Haris TV3
2015 M.A.I.D Haikal Astro Ria
2016 Awak Sangat Nakal Habib Astro Ria
2017 Di Sebalik Wajah Fared HyppTV
2018 Nafas Farid ntv7

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2012 On Air Naib Juara
2013 Propaganza Musim 2 Pengacara
Fear Factor Malaysia Peserta (bersama Hafizul Kamal)
Festival Filem Malaysia ke-25 Pengacara bersama (Nurul Elfira Loy)
Diari AF2013 Pengacara
2015 - 2016 H-Live Pengacara
2016 Pernah Makan Tak? Pengacara
Pop TV Pengacara bersama (Nana Mahazan)
2017 Muzik-Muzik Musim 32 Pengacara bersama (Amyra Rosli)
2018 Borak Kopitiam
Salam Dunia

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2015 Pak Pandir Yo!

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (10 Februari 2018). Semusim yang cukup manis - Hefny Sahad Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  2. ^ a b c Biodata Hefny Sahad Azhan.co (26 Januari 2017). Dicapai pada 5 Mei 2017.
  3. ^ MohdnAl Qayum Aziz (26 April 2012). Persaingan hebat 20 peserta ‘On Air’ bermula 23 Mei depan mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  4. ^ Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Budiey. Sensasi Selebriti (28 September 2012). Dicapai pada 29 September 2012.
  5. ^ Nadia Azam (20 September 2015). Teater tari Pak Pandir Yo! bawa kelainan Malaysiakini. Dicapai pada 21 September 2015.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (2 April 2018). Hefny mahu jadi hero Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  7. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). Kisah beri keinsafan Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  8. ^ Nurfarhana Mohamad (15 Januari 2018). Cukup cerita saya dengan Uqasha Senrose: Hefny Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (26 Oktober 2017). Hefny akui serius dengan Uqasha Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]