Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1957

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kabinet Malaysia 1957 atau lebih tepat sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Ogos 1957. Satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur menjelang Tanah Melayu mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kabinet baru ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk disahkan. Semua nama ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan), Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian) dan Encik Sardon Jubir (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom).

Portfolio Menteri
Ketua Menteri
Menteri Luar Negeri
Tunku Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri
Menteri Pertahanan
Tun Abdul Razak
Menteri Kewangan Tun Kol Sir Henry Han Shik Lee
Menteri Mutlak (Tidak Berjawatan)
Wakil ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Duta Besar Malaysia ke Washington DC
Ismail Abdul Rahman
Menteri Dalam Negeri dan Keadilan Sulaiman bin Abdul Rahman
Menteri Perniagaan dan Perusahaan Tan Siew Sin
Menteri Kesihatan V.T. Sambanthan
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Mohamad Khir Johari
Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat Ong Yoke Lin
Menteri Pengangkutan Abdul Rahman bin Taib
Menteri Hasil-Hasil Bumi Bahaman Samsudin
Menteri Pertanian Abdul Aziz Ishak
Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom Sardon Jubir

Satu pengisytiharan dibuat bahawa sekiranya Tunku Abdul Rahman bersara/ berhenti dari politik, Dato Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO akan menjadi pengganti serta-merta.[1]


Semua menteri di atas merupakan pemimpin Perikatan UMNO-MCA dan MIC yang memenangi Pilihan raya umum 1955 kecuali Kolonel H.S Lee . Kolonel H.S Lee dulantik sebagai Menteri Kewangan. Selepas Pilihan raya umum 1959, jemaah menteri dipilih dari kalangan mereka yang memenangi pilihan raya sahaja.

Mesyuarat Menteri Kabinet pertama[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Menteri Kabinet yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 10 September 1957 di bangunan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Tanah Melayu telah memangku jawatan itu sebelum merdeka lagi. Sebelum itu dijawat oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Inilah kali pertama anak peribumi ambilalih pucuk pimpinan kerajaan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.