Kampung Haji Abdullah Hukum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Haji Abdullah Hukum
Kampung
Latar menunjukkan sebahagian utara dari Kampung Haji Abdullah Hukum (diambil pada Ogos 2007), latar ini ditangkap dari anjung tinjau yang terletak di Stesen LRT Abdullah Hukum. Kelihatan di kanan gambar ialah kompleks membeli belah mewah The Gardens, Kuala Lumpur yang masih dalam pembinaan. Pada tahun 2008, banyak kawasan dalam kampung telah dibersihkan bagi memberi laluan kepada pembangunan pesat projek Mid Valley City.
Latar menunjukkan sebahagian utara dari Kampung Haji Abdullah Hukum (diambil pada Ogos 2007), latar ini ditangkap dari anjung tinjau yang terletak di Stesen LRT Abdullah Hukum. Kelihatan di kanan gambar ialah kompleks membeli belah mewah The Gardens, Kuala Lumpur yang masih dalam pembinaan. Pada tahun 2008, banyak kawasan dalam kampung telah dibersihkan bagi memberi laluan kepada pembangunan pesat projek Mid Valley City.
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kawasan pilihanrayaLembah Pantai
DidudukiAwal 1800-an
Dibersihkan2008
Kerajaan
 • Kerajaan tempatanDewan Bandaraya Kuala Lumpur
 • MayorAhmad Fuad Ismail
Zon waktuUTC+8 (MST)

Kampung Haji Abdullah Hukum adalah merupakan kawasan perkampungan bandar yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di selatan sepanjang Jalan Bangsar, diantara Stesen LRT Abdullah Hukum, Aliran Kelana Jaya dengan Sungai Klang. Kawasan pewrkampungan ini dikelilingi dengan kawasan komersial yang lain seperti Bangsar, Mid Valley Megamall, Universiti Malaya dan Kerinchi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Haji Abdullah Hukum asalanya merupakan penempatan awal masyarakat Melayu Bumiputera di Kuala Lumpur. Kampung ini mengikut sejarah telah wujud sejak 200 tahun yang lalu.

Kampung ini mendapat nama sempena Haji Abdullah Hukum, yang asalnya bernama Muhammad Rukun. Beliau tiba di Semenanjung Tanah Melayu ketika umurnya 15 tahun bersama ayahnya pada kurun ke-19. Beliau bekerja sebagai petani dan kontraktor binaan sebelum beliau membuka tanah perkampungan ini. Pembukaan tanah telah mendapat perkenan dari Raja Laut, iaitu Raja Muda Selangor.

Abdullah kemudian dipilih oleh Raja Laut untuk menjadi Mudir (Pengetua) di sebuah Masjid di Pudu. Beliau juga mendapat perkenan untuk memulakan taman jagaan botani di Bukit Nanas dan beliau juga membuka kampung di Sungai Putih (kini Jalan Bangsar). Selepas bersara, beliau kembali menetap di perkampungan di Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Abdullah Hukum

Stesen LRT Abdullah Hukum adalah merupakan stesen LRT bertingkat yang terletak bersebelahan dengan Perkampungan Melayu Haji Abdullah Hukum. Kawasan ini mempunyai sistem perhubungan yang cukup baik seperti banyaknya perkhidmatan bas, perkhidmatan rel dan mempunyai sistem jalan yang bertar berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

Pada tahun 2007, dilaporkan bahawa kampung yang berusia lebih 200 tahun ini akan mengalami transformasi pembangunan semula tanah perkampungan untuk tujuan pembangunan. Ini termasuk pembinaan kondominium, blok-blok pejabat, pusat membeli-belah dan hub transit intrabandar dibahagian sebelah barat Kuala Lumpur bagi pengangkutan transit aliran ringan dalam bandar.[1][2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan umum

Rujukan spesifik

  1. ^ Patchay (August 28, 2007). "EcoCity Mid Valley". Malaysia City(Wordpress Blog). Dicapai pada 2009-06-24.
  2. ^ Chong Jin Hun (August 28, 2007). "SP Setia closer to securing prime land". New Straits Times, Malaysia.
  3. ^ Christina Low (2007-07-31). "Goodbye to another urban kampung". The Star (Metro/Central section). Dicapai pada 2007-08-24.