Kampung Tok Akob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Tok Akob
Kampong Tok Akob
Kampung Tok Akob is located in Bumi
Kampung Tok Akob
Kampung Tok Akob (Bumi)
Koordinat: 6°10′50″N 100°36′22″E / 6.18068°N 100.6061°E / 6.18068; 100.6061Koordinat: 6°10′50″N 100°36′22″E / 6.18068°N 100.6061°E / 6.18068; 100.6061[1]
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
MukimTekai
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriPedu
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Padang Terap
Aras
74 m (243 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
06300 Kuala Nerang
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanK

Kampung Tok Akob (Jawi: كامڤوڠ توق اكوب; juga dieja sebagai Kampong Tok Akob) merujuk kepada sebuah kampung di barat Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Tekai dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Tok Akob ialah 06300 Kuala Nerang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Tok Akob telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Tok Akob telah wujud sejak tahun 1930-an. Kampung Tok Akob turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 31 dan garisan timuran 63 (rujukan grid RG3163, dengan nama Kg. Tok Akob).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Tok Akob pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°11′N 100°36′E / 6.183°N 100.600°E / 6.183; 100.600.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Tok Akob secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Tekai, iaitu mukim di barat Daerah Padang Terap, berhampiran dengan sempadan Daerah Pokok Sena.[3] Kampung Tok Akob diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bentuk muka bumi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan Kampung Tok Akob ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 74 meter (242.8 ka).[1] Di bahagian barat Kampung Tok Akob, bentuk muka buminya merupakan kawasan berbukit-bukau. Bukit Besar yang mempunyai titik tertinggi 173 meter (567.6 ka) di aras permukaan laut merupakan bentuk muka bumi jenis bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 4.7 kilometer (2.9 bt) ke arah barat dari Kampung Tok Akob. Anak sungai kepada Charok Tandop Besar (atau Caruk Tandop Besar) yang bercamtum di Sungai Tekai di Kampung Kubang Bemban turut melalui Kampung Tok Akob, dengan pergerakan ke arah timur laut.[1][3]

Petempatan sekitar[sunting | sunting sumber]

Kampung Tok Akob terletak berhampiran dengan petempatan yang lain seperti:[1][3]

Pekan yang berhampiran dengan Kampung Tok Akob ialah Naka, 8.26 kilometer (5.1 bt) ke tenggara dari Kampung Tok Akob.[3]

Meteorologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di sekitar kawasan Kampung Tok Akob ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Tok Akob untuk jangka tahun 1990 sehingga 2010 ialah 27 °C (80.6 °F). Dalam rekod, bulan yang paling panas dalam tahun 1990–2010 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.0 °C (82.4 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.0 °C (78.8 °F).[4][5] Purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,120 milimeter (83.5 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 335.8 milimeter (13.2 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari dengan 50.8 milimeter (2.0 in).[4][6]

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Pada peta FMT Survey, terdapat lebih kurang tiga buah bangunan rumah dalam kawasan Kampung Tok Akob, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak. Bahagian timur dan barat Kampung Tok Akob merupakan belukar pada tahun 1930. Kegiatan ekonomi penduduk setempat bergantung kepada sektor pertanian sahaja. Di bahagian utara dan selatan kampung telah dijadikan sebagai kawasan bercucuk tanam sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di sepanjang anak sungai Charok Tandop Besar. Tanaman kelapa sawit dan getah juga diusahakan oleh penduduk setempat, di bahagian utara kampung.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Tok Akob, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[7] Menutut pemerhatian NASA pada tahun 2000, kawasan perkampungan Kampung Tok Akob dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Kampung Tok Akob, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 193. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  3. ^ a b c d e f g Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  4. ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
  5. ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.