Kekurangan berat badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Underweight
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Julat kekurangan berat badan yang menurut indeks jisim badan adalah pada kawasan putih pada carta.
PengkhususanEndokrinologi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

  Seseorang yang kurang berat badan bermaksud orang tersebut mempunyai berat badan yang dianggap terlalu rendah untuk kekal sihat. Seseorang yang terlalu kurang berat badan tersebut adalah berada pada keadaan yang kurang zat makanan.

Kaedah penentuukuran[sunting | sunting sumber]

Kategori[1] Indeks jisim badan (BMI; kgm−2)
Kekurangan berat badan (teruk) < 16.0
Kekurangan berat badan (sederhana) 16.0 – 16.9
Kekurangan berat badan (ringan) 17.0 – 18.4
Berat badan normal 18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan 25.0 – 29.9
Obes ≥ 30.0

Indeks jisim badan, yang merupakan nisbah berat badan seseorang kepada ketinggian mereka, secara tradisinya digunakan untuk menilai kesihatan seseorang kerana ia berkaitan dengan berat badan: di bawah titik potong BMI 18.5, seseorang itu dianggap kurang berat badan.[2] Pengiraan ini dikira sama ada berat dengan unit kilogram dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian dengan unit meter, atau berat dengan unit paun darab dengan 703 kemudian dibahagikan dengan kuasa dua ketinggian dengan unit inci. Satu lagi cara mengukur kekurangan berat badan adalah melalui perbandingan dengan purata berat kohort orang yang mempunyai umur dan ketinggian yang sama: mereka yang sekurang-kurangnya 15% hingga 20% di bawah purata berat bagi kumpulan itu dianggap kekurangan berat badan.[3]

Peratusan lemak badan telah dicadangkan sebagai cara lain untuk menilai sama ada seseorang itu kekurangan berat badan. Tidak seperti indeks jisim badan yang merupakan kaedah ukuran proksi, peratusan lemak badan mengambil kira perbezaan komposisi antara tisu adiposa (sel lemak) dan tisu otot serta peranannya yang berbeza dalam badan.[4] American Council on Exercise mentakrifkan paras terendah jumlah lemak perlu sebelum seseorang itu menjadi kurang berat badan ialah 10–13% untuk perempuan dan 2–5% untuk lelaki.[5] Jumlah yang melebihi paras lemak badan terendah itu penting untuk menyokong fungsi pembiakan di tubuh badan perempuan.

Kadar kelaziman[sunting | sunting sumber]

Jika menggunakan indeks jisim badan sebagai ukuran kesihatan berkaitan berat badan berserta lampiran data pada tahun 2014, kadar kelaziman sejagat untuk kekurangan berat badan mengikut piawaian umur di kalangan perempuan ialah 9.7%, manakala di kalangan lelaki pula ialah 8.8. Nilai-nilai ini adalah lebih rendah daripada yang dilaporkan pada tahun 1975 iaitu 14.6% (perempuan) dan 13.8% (lelaki) menunjukkan pengurangan tahap kekurangan zat makanan di serata dunia. [6]

Punca[sunting | sunting sumber]

Seseorang itu mungkin kurang berat badan disebabkan oleh genetik,[7][8] penyerapan nutrien yang lemah, peningkatan kadar metabolisme atau perbelanjaan tenaga, kekurangan makanan (selalunya disebabkan oleh kemiskinan), ubat-ubatan yang menjejaskan selera makan, penyakit (fizikal atau mental) atau gangguan makan anoreksia nervosa.[9][10]

Kekurangan berat badan dikaitkan dengan keadaan perubatan tertentu, termasuk diabetes jenis 1,[11] hipertiroidisme,[12] kanser,[13] dan batuk kering.[14] Orang yang mengalami masalah gastrousus atau hati mungkin tidak dapat menyerap nutrien dengan secukupnya. Orang yang mengalami gangguan pemakanan tertentu juga boleh mengalami kekurangan berat badan disebabkan oleh satu atau lebih kekurangan nutrien atau senaman yang berlebihan, yang memburukkan lagi keadaan tubuh badan yang kurang nutrien.[15][16]

Terdapat tanggapan umum bahawa individu sihat yang kekurangan berat badan boleh 'makan apa yang mereka mahu' dan kemudian membakar tenaga dari makanan tersebut sama ada melalui tahap keaktifan fizikal atau metabolisme tubuh badan yang tinggi. Walau bagaimanapun, telah ditunjukkan bahawa individu dengan BMI < 18.5 makan kira-kira 12% kurang kalori berbanding individu dengan BMI biasa (21.5 hingga 25) dan mereka kurang aktif secara fizikal (mengikut akselerometri).[17]

Masalah[sunting | sunting sumber]

Kekurangan berat badan mungkin merupakan simptom sekunder kepada sesuatu keadaan yang lebih tersembunyi. Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan mungkin memerlukan diagnosis perubatan profesional dari seorang pakar perubatan.[18]

Kurang berat badan juga boleh menjadi simptom primer sehingga menjadi punca kepada lain-lain keadaan perubatan. Individu yang berat badan mereka sangat rendah mungkin mempunyai daya tahan fizikal dan sistem imun yang lemah, sehingga mereka menjadi mudah dijangkiti penyakit lain. Menurut Robert E. Black dari Sekolah Kesihatan Awam Johns Hopkins (JHSPH), "Keadaan kekurangan berat badan ... dan kekurangan mikronutrien juga menyebabkan penurunan daya pertahanan perumah imun dan bukan imun, dan perlu dikelaskan sebagai punca kematian yang tersembunyi jika diikuti oleh penyakit berjangkit yang merupakan punca berkaitan terminal".[19] Orang yang kekurangan gizi menimbulkan kebimbangan khusus, kerana bukan sahaja melibatkan pengambilan kalori kasar tidak mencukupi, tetapi turut melibatkan kekurangan dari segi pengambilan dan penyerapan nutrien penting lain, terutamanya asid amino penting dan mikronutrien seperti vitamin dan mineral.

Golongan perempuan yang kekurangan berat badan teruk akibat gangguan pemakanan atau akibat senaman berat yang berlebihan boleh mengakibatkan amenorea (ketiadaan haid),[20] ketidaksuburan atau komplikasi semasa kehamilan jika pertambahan berat badan semasa mengandung terlalu rendah.

Kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan anemia dan keguguran rambut.

Kekurangan berat badan adalah faktor risiko osteoporosis yang sudah mantap kajiannya,[21] yang melibatkan bukan sahaja orang tua bahkan turut melibatkan golongan muda. Hal ini dapat dilihat pada individu yang mengalami kekurangan tenaga relatif sewaktu sukan, yang dahulunya dikenali sebagai triad atlet wanita: apabila makan tidak teratur atau senaman yang berlebihan menyebabkan amenorea, perubahan hormon semasa ovulasi membawa kepada kehilangan kepadatan mineral tulang.[22][23] Selepas ini, ketumpatan mineral tulang yang rendah ini menyebabkan keretakan spontan yang pertama yang selalunya tidak dapat dipulihkan.

Walaupun kekurangan berat badan telah dilapor meningkatkan kematian pada kadar yang setanding dengan yang dilihat pada orang yang mengalami obesiti,[24] kesannya adalah kurang drastik apabila dihadkan kepada mereka bukan perokok serta tanpa sejarah penyakit,[25] dan hal ini menunjukkan bahawa merokok dan penyakit berkaitan penurunan berat badan adalah punca utama kepada kesan yang diperhatikan tersebut.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Diet[sunting | sunting sumber]

Individu yang kurang berat badan mungkin dinasihatkan untuk menambah berat badan dengan meningkatkan pengambilan kalori. Hal ini boleh dilakukan dengan memakan sejumlah makanan yang cukup padat dengan kalori.[26][27][28] Berat badan juga boleh ditingkatkan melalui pengambilan suplemen pemakanan cecair.[29]

Senaman[sunting | sunting sumber]

Satu lagi cara untuk orang yang kurang berat badan menambah berat badan adalah dengan bersenam, kerana hipertrofi otot meningkatkan jisim badan. Senaman angkat berat adalah berkesan dalam membantu meningkatkan tona otot serta membantu penambahan berat badan.[30] Angkat berat juga telah ditunjukkan untuk meningkatkan ketumpatan mineral tulang[31] yang lebih berkemungkinan berlaku pada orang yang kekurangan berat badan.[32]

Senaman bersifat katabolik yang mengakibatkan pengurangan jisim pada waktu singkat. Walau bagaimanapun, semasa pemulihan, pampasan lampau anabolik menyebabkan otot berkembang, yang mengakibatkan peningkatan keseluruhan dari segi jisim. Hal ini boleh berlaku melalui peningkatan protein otot, atau melalui penyimpanan glikogen yang dipertingkatkan dalam otot. Senaman juga boleh membantu merangsang selera makan seseorang yang tidak gemar makan.

Perangsang selera makan[sunting | sunting sumber]

Beberapa jenis ubatan tertentu boleh meningkatkan selera makan sama ada secara langsung mahupun sampingan. Ubat antimurung seperti mirtazapina atau amitriptilina, dan ubat antipsikotik terutamanya kloropromazina dan haloperidol, termasuk juga tetrahidrokanabinol (terdapat pada ganja), semuanya meningkatkan selera makan sebagai secara sampingan. Di beberapa negara atau wilayah yang diluluskan, ganja perubatan mungkin diberi untuk merawat kehilangan selera makan yang teruk, seperti yang disebabkan oleh kanser, AIDS atau tahap kebimbangan berterusan yang teruk. Ubat atau suplemen lain yang boleh meningkatkan selera makan termasuk antihistamin (seperti difenhidramina, prometazina atau siproheptadina).[33]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The SuRF Report 2 (PDF). The Surveillance of Risk Factors Report Series (SuRF). World Health Organization. 2005. m/s. 22.
  2. ^ "Assessing Your Weight and Health Risk". National Heart, Lung and Blood Institute. Dicapai pada 23 September 2012.
  3. ^ Mahan, L. Kathleen (2000). Krause's Food, Nutrition & Diet Therapy, 10th Ed. Philadelphia: W.B. Saunders Co.
  4. ^ Pasco, Julie A.; Holloway, Kara L.; Dobbins, Amelia G.; Kotowicz, Mark A.; Williams, Lana J.; Brennan, Sharon L. (23 Jun 2014). "Body mass index and measures of body fat for defining obesity and underweight: a cross-sectional, population-based study". BMC Obesity. 1: 9. doi:10.1186/2052-9538-1-9. PMC 4511447. PMID 26217501.
  5. ^ "ACE Fit - Body Fat Percentage Calculator". Dicapai pada 28 Februari 2020.
  6. ^ NCD Risk Factor Collaboration (NCD-RisC) (April 2016). "Trends in adult body-mass index in 200 countries from 1975 to 2014: a pooled analysis of 1698 population-based measurement studies with 19·2 million participants". Lancet. 387 (10026): 1377–96. doi:10.1016/S0140-6736(16)30054-X. PMID 27115820.
  7. ^ "Body Shape 'Is Down to Genes'". Indian Express. Dicapai pada Oktober 23, 2010.
  8. ^ "'Skinny Gene' Exists". Science Daily. September 5, 2007. Dicapai pada Oktober 23, 2010.
  9. ^ "What are Eating Disorders?". NIMH. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2015. Dicapai pada 24 Mei 2015.
  10. ^ "Anorexia nervosa: current status and future directions". Annual Review of Medicine. 61 (1): 425–435. 2010. doi:10.1146/annurev.med.050208.200745. PMID 19719398.
  11. ^ "Unexplained Weight Loss - Reasons, Symptoms & Causes". Dicapai pada 2017-11-28.
  12. ^ Milas, Kresimira. "Hyperthyroidism Symptoms - Signs and symptoms caused by excessive amounts of thyroid hormones". Endocrine Web. Dicapai pada 24 September 2012.
  13. ^ "Signs and Symptoms of Cancer". American Cancer Society. Dicapai pada 24 September 2012.
  14. ^ Hira, S. K.; H. L. Dupont; D. N. Lanjewar; Y. N. Dholakia (1998). "Severe weight loss: the predominant clinical presentation of tuberculosis in patients with HIV infection in India". National Medical Journal of India. 11 (6): 256–58. PMID 10083790.
  15. ^ "Characteristics of avoidant/restrictive food intake disorder in children and adolescents: a "new disorder" in DSM-5". The Journal of Adolescent Health. 55 (1): 49–52. July 2014. doi:10.1016/j.jadohealth.2013.11.013. PMID 24506978. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  16. ^ "Cognitive-behavioral therapy and nutritional counseling in the treatment of bulimia nervosa and binge eating" (PDF). Eating Behaviors. 1 (1): 3–21. September 2000. CiteSeerX 10.1.1.578.4563. doi:10.1016/S1471-0153(00)00008-8. PMID 15001063.
  17. ^ Hu, S.; Zhang X.; Stamatiou M.; Hambly C.; Huang Y.; Ma J.; Li Y.; Speakman J.R. (2022). "Higher than predicted resting energy expenditure and lower physical activity in healthy underweight Chinese adults". Cell Metabolism. 34 (10): 1413–1415. doi:10.1016/j.cmet.2022.05.012. PMID 35839758 Check |pmid= value (bantuan).
  18. ^ "Weight loss - unintentional: MedlinePlus Medical Encyclopedia". medlineplus.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-18.
  19. ^ Black, Robert E.; Morris, Saul S.; Bryce, Jennifer (28 Jun 2003), "Where and Why are 10 Million Children Dying Every Year?", The Lancet, 361 (9376): 2226–34, doi:10.1016/S0140-6736(03)13779-8, PMID 12842379
  20. ^ "MJH Life Sciences™ | Informing Healthcare Professionals •". 10 Ogos 2022.
  21. ^ Gjesdal; Halse, JI; Eide, GE; Brun, JG; Tell, GS (2008). "Impact of lean mass and fat mass on bone mineral density: the Hordaland Health Study". Maturitas. 59 (2): 191–200. doi:10.1016/j.maturitas.2007.11.002. PMID 18221845.
  22. ^ Nattiv; Agostini, R; Drinkwater, B; Yeager, KK (1994). "The female athlete triad. The inter-relatedness of disordered eating, amenorrhea, and osteoporosis". Clinics in Sports Medicine. 13 (2): 405–18. doi:10.1016/S0278-5919(20)30338-0. PMID 8013041.
  23. ^ Wilson; Wolman, RL (1994). "Osteoporosis and fracture complications in an amenorrhoeic athlete". British Journal of Rheumatology. 33 (5): 480–1. doi:10.1093/rheumatology/33.5.480. PMID 8173855.
  24. ^ Waaler HT. (1984). "Height, weight and mortality. The Norwegian experience". Acta Med Scand Suppl. 215 (679): 1–56. doi:10.1111/j.0954-6820.1984.tb12901.x. PMID 6585126.
  25. ^ Body Weight and Mortality:What is the optimum weight for a longer life?.
  26. ^ Zeratsky, Katherine (23 Ogos 2011). "Underweight? See how to add pounds healthfully". Nutrition and healthy eating. Meio Clinic. Dicapai pada 19 Mac 2012.
  27. ^ "13 Tips for Gaining Weight Safely". VeryWellFit. Dicapai pada Ogos 10, 2023.
  28. ^ "Achieving Healthy Weight Gain". Health Central. Dicapai pada Oktober 23, 2010.
  29. ^ "Healthy Weight Gain". Children's Hospital Boston, Center for Young Women's Health. Dicapai pada Oktober 23, 2010.
  30. ^ "Men's Health". Men's Health. Dicapai pada Oktober 23, 2010.
  31. ^ Gleeson, Peggy; Elizabeth J. Protas; Adrian D. Leblanc; Victor S. Schneider; Harlan J. Evans (Februari 1990). "Effects of weight lifting on bone mineral density in premenopausal women". Journal of Bone and Mineral Research. 5 (2): 153–158. doi:10.1002/jbmr.5650050208. PMID 2316403.
  32. ^ Coin, A.; G. Sergi; P. Benincà; L. Lupoli; G. Cinti; L. Ferrara; G. Benedetti; G. Tomasi; C. Pisent (2000). "Bone Mineral Density and Body Composition in Underweight and Normal Elderly Subjects". Osteoporosis International. 11 (12): 1043–1050. doi:10.1007/s001980070026. PMID 11256896.
  33. ^ Homnick, Douglas N. (2005). "Long-term trial of cyproheptadine as an appetite stimulant in cystic fibrosis". Pediatric Pulmonology. 40 (3): 251–256. doi:10.1002/ppul.20265. PMID 16015665.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]