Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar | |
|---|---|
![]() Tan Sri Khalid Abu Bakar | |
| Ketua Polis Negara Malaysia ke-10 | |
| Dalam jawatan 17 Mei 2013 – 4 September 2017 | |
| Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Muhammad V |
| Didahului oleh | Ismail Omar |
| Digantikan oleh | Mohamad Fuzi Harun |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 5 September 1957 Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Saudara | Wanna Ali (Menantu) |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
| Pekerjaan | Pegawai polis |
Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar (lahir 5 September 1957) ialah bekas Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-10. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak dan bersara wajib secara pilihan. Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin menjadi timbalannya.[1]
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Hussin Bin Haji Ismail yang bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.
Penglibatan awal
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Khalid yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976.[1]
Ketua dalam PDRM
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Khalid pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.[1]
Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.[1]
Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.[1]
Pada 17 Mei 2014, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah antara 243 orang yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Dato' Seri'.[2][3]
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Tindakan terhadap Mualaf Ridzuan
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Julai 2014, Hakim Lee Swee Seng di Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Tan Sri Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara (KPN) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya. Permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah. Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September 2014.[perlu rujukan]
Peguam Indira ialah M Kula Segaran (ahli Parlimen Ipoh Barat (DAP)). Jabatan Peguam Negara mewakili Khalid selaku pegawai polis tertinggi negara. Kes ini merupakan menjadi mercu tanda kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.
Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira. Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009. Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam. Namun pada Julai 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu lalu memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut Perlembagaan Malaysia. Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.
Khalid selaku KPN enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan daripada kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Beliau mengatakan bahawa polis tersepit antara dua sistem mahkamah.[4]
Selepas bersara
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Berhad pada 5 September 2017.[5] Walaubagaimapun, beliau telah metelakkan jawatan setahun kemudian tanpa sebab dinyatakan.[6] Beliau kini memegang jawatan sebagai pengerusi syarikat filem Multimedia Entertainment.[7]
Filmografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Catatan |
|---|---|---|
| 2021 | Rumah Madu Ku Berhantu | |
| 2022 | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | |
| Rasuk | ||
| Biko | ||
| 2023 | War on Terror: KL Anarki | |
| 2024 | Legasi Bomba: The Movie | Pos-produski |
| Perisik | ||
| Takluk: Inspirasi Lahat Datu |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Penghargaan Malaysia
[sunting | sunting sumber]
Malaysia
Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (2014)[8]
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2012)[9]
Johan Mangku Negara (JMN) (2009)[10]
Penerima Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Penerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) (2014)[11]
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong X
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV
Polis Diraja Malaysia
Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) (2011)[12]
Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP)
Pahlawan Pasukan Polis (PPP)
Pingat Keanugerahan Polis
Kedah
Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) – Dato' Paduka (2012)[13]
Kelantan
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) – Dato' (2011)[14]
Malacca
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) – Datuk Wira (2013)[15]
Negeri Sembilan
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) – Dato' Seri (2013)[16]
Pahang
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2010)
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (2006)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2004)[17]
Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP)
Perak
Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) – Dato' Seri Panglima (2014)[18]
Perlis
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) – Dato' Seri (2014)[19]
Sabah
Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2013)
Selangor
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) – Dato' Setia (2011)[20]
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2008)[21][22]
Foreign honours
[sunting | sunting sumber]
Brunei
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Kelas Pertama (DPKT) – Dato Paduka Seri (2016)[23]
Singapore
Darjah Utama Bakti Cemerlang (DUBC) (2014)[24]
Thailand
Knight Grand Cross of the Order of the Crown of Thailand (GCCT) (2014)[25]
Indonesia
Bintang Bhayangkara Utama Kelas Pertama (2018)[26]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 Khalid Ketua Polis NegaraBH Online. Diarkibkan 2013-05-15 di Wayback Machine
- ↑ "Azlan Man dianugerahkan SPMP membawa gelaran Dato' Seri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-18.
- ↑ "Azlan Man MB Perlis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-18.
- ↑ "Ketua polis ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-25. Dicapai pada 2014-07-25.
- ↑ BERNAMA (2017-09-05). "Khalid dilantik Pengerusi Prasarana". Harian Metro. Dicapai pada 2024-03-28.
- ↑ "Bekas KPN kini 'menganggur' lepas letak jawatan Prasarana". Malaysiakini. 2018-07-26. Dicapai pada 2024-03-28.
- ↑ "About Us | Multimedia Group". www.multimedia.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-28.
- ↑ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.
- ↑ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.
- ↑ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2018-09-30.
- ↑ Sofea Susan Albert Kassim (4 September 2014). "Ops Daulat: 131 Terima PKN". mStar. Dicapai pada 3 May 2025.
- ↑ "256 Terima Pingat Dari Agong". www.rmp.gov.my.
- ↑ "Sultan Kelantan Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Kedah". www.mstar.com.my. 14 January 2012.
- ↑ "Armed Forces chief leads Kelantan honours list". The Star. 12 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2018. Dicapai pada 26 October 2018.
- ↑ "Star-studded awards ceremony". The Star (Malaysia). 14 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 August 2018. Dicapai pada 15 May 2019.
- ↑ "Tuanku Muhriz to give medals in conjunction with 65th birthday". The Star (Malaysia). 14 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2017. Dicapai pada 15 May 2019.
- ↑ "Sultan of Pahang's 74th birthday honours list". The Star. 26 October 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2018. Dicapai pada 25 September 2018.
- ↑ "Raja Nazrin: Take heed of roles to garner support". Ivan Loh. The Star (Malaysia). 20 April 2014. Dicapai pada 15 May 2019.
- ↑ "Menteri Besar heads Perlis honours' list". Astro Awani. 17 May 2014. Dicapai pada 18 December 2020.
- ↑ "SSIS 2011". awards.selangor.gov.my.
- ↑ "DPMS 2008". awards.selangor.gov.my.
- ↑ "Selangor Sultan awards 20 Datukship". The Star (Malaysia). 11 December 2008. Dicapai pada 15 May 2019.
- ↑ "Malaysian police chief receives royal honour from Sultan of Brunei". The Borneo Post.
- ↑ Reporters, F. M. T. (2017-02-03). "Singapura kurnia pingat bakti pada Khalid". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-06.
- ↑ ประกาศสำนักนายกรัฐมนตรี เรื่อง พระราชทานเครื่องราชอิสริยาภรณ์ให้แก่ชาวต่างประเทศ [จำนวน ๕ ราย ๑. อิค ตันศรี อิสมาอิล บิน ฮัจญี โอมาร์ (Ig Tan Sri Ismail Bin Haji Omar) ฯลฯ] (PDF) (dalam bahasa Thai). Dicapai pada 14 October 2024.
- ↑ Aini, Nur (2018-02-14). "Polri Anugerahkan Bintang Bhayangkara Utama Kepada Kepolisian Negara Sahabat". NTMC POLRI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-14.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Dato' Setia–Sultan Sharafuddin Idris Shah
- Penerima Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari
- Penerima Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz
- Penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka
- Penerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor
- Penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang
- Penerima Johan Mangku Negara
- Penerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1957
- Orang hidup
- Orang dari Negeri Sembilan
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Pegawai polis Malaysia
- Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Ketua Polis Negara Malaysia
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Duta khas Perdana Menteri Malaysia
