Mohd Bakri Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri

Mohd Bakri Omar

PMN; SPTS (Perak); SSAP (Pahang); SJMK (Kelantan); SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak); DHMS (Kedah); PGDK (Sabah); JMN, KMN
Ketua Polis Negara Malaysia ke-7
Dalam jawatan
5 November 2003 – 11 September 2006
MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehNorian Mai
Digantikan olehMusa Hassan
Butiran peribadi
Lahir(1948-09-10)10 September 1948
Manjung, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia10 November 2014(2014-11-10) (umur 66)
Institut Kanser Negara, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar (10 September 1948 – 10 November 2014) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006.

Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada tahun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti.

Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memegang beberapa jawatan 'command post' yang penting, di antaranya:-

  • Ketua Polis Daerah Mersing (1972 - 1973)
  • Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang (1974 - 1977)
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya (1987 - 1988)
  • Timbalan Komandan Maktab Pegawai Kanan Polis, Kuala Kubu Bahru (1984 - 1986)
  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (1988 - 1990)
  • Pesuruhjaya Polis Sabah (1994)
  • Ketua Polis Kedah (1996 - 1997)
  • Ketua Polis Kuala Lumpur (1997-1998)
  • Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan (1998 - 1999)
  • Pengarah Pengurusan (1999 - 2002)
  • Timbalan Ketua Polis Negara (2002 - 2003)
  • Ketua Polis Negara (2003 - 2006)

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 10 November 2014 di Institut Kanser Negara akibat penyakit barah. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8:45 pagi waktu tempatan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas KPN, Tan Sri Mohd Bakri Omar Meninggal Dunia". mSTAR Online. 10 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-10. Dicapai pada 10 Mac 2018. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
6 November 200311 September 2006
Penyandang Kemudian
Tan Sri Norian Mai
Tan Sri Musa Hassan