Abdul Rahim bin Mohd. Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999.

Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989. Beliau meletakkan jawatan Ketua Polis Negara pada 7 Januari 1999 kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.

Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Oktober 2011, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali ke-2 di Setiawangsa , beliau menyamakan gelombang hak asasi manusia dengan komunisme dan satu agama baru.Hak asasi manusia ini akan mengemukakan pandangan liberal dan akhirnya mempersoalkan institusi raja.[1] Lantas, akhbar Cina seperti Sin Chew mempertikaikan kenyataan beliau dan mengungkit semula peranan beliau ketika 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.Sebenarnya Pembebasan hamba abdi oleh Abraham Lincoln dan kempen anti-aparteid oleh Nelson Mandela adalah berasaskan hak asasi manusia.[2]

Rahim mendedahkan bahawa sebahagian aktivis Melayu berhaluan kiri (sebelum Malaysia 1957) menjadi 'musang berbulu ayam'. Matlamat mereka mahu menjadikan Malaysia sebuah republik.Dalam majlis itu Abdul Rahim menerima 'Anugerah Tertinggi Perkasa'. Dua penerima sebelum ini ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tun Ibrahim Ismail.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
16 Januari 19947 Januari 1999
Penyandang Kemudian
Tun Mohd Hanif Omar
Tan Sri Norian Mai