Amsterdam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: frr:Amsterdam
Cheong Kok Chun (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 113: Baris 113:


== Ekonomi ==
== Ekonomi ==
[[Image:ZuidasAmsterdamtheNetherlands.jpg|500px|centre|thumb|Pusat kewangan di Amsterdam]]
=== Pelancongan ===
=== Pelancongan ===
{{Main|Pelancongan di Amsterdam}}
{{Main|Pelancongan di Amsterdam}}

Semakan pada 14:17, 20 Ogos 2010

Amsterdam
Majlis perbandaran / Bandaraya
Dari kiri ke kanan dan atas ke bawah: Rijksmuseum Amsterdam, Patung di Vondelpark, Keizersgracht, Zuiderkerk, Istana Diraja (Amsterdam), Rumah ING
Dari kiri ke kanan dan atas ke bawah: Rijksmuseum Amsterdam, Patung di Vondelpark, Keizersgracht, Zuiderkerk, Istana Diraja (Amsterdam), Rumah ING
Bendera Amsterdam
Jata Amsterdam
Nama panggilan: Mokum, Venice of The North
Cogan kata: Heldhaftig, Vastberaden, Barmhartig
(Berwira, Bertekad, Belas kasihan)
Lokasi Amsterdam
Lokasi Amsterdam
NegaraBelanda
ProvinsiHolland Utara
Boroughs15
Pentadbiran
 • JenisMajlis perbandaran
 • Datuk bandarJob Cohen[1] (PvdA)
 • AldermenLodewijk Asscher
Carolien Gehrels
Tjeerd Herrema
Maarten van Poelgeest
Marijke Vos
 • SecretaryErik Gerritsen
Keluasan
 • Majlis perbandaran / Bandaraya219 km2 (85 batu persegi)
 • Tanah166 km2 (64 batu persegi)
 • Air53 km2 (20 batu persegi)
 • Bandar
1,003 km2 (387 batu persegi)
 • Metro
1,815 km2 (701 batu persegi)
Aras2 m (7 ft)
Penduduk
 (1 January 2007)[5][6]
 • Majlis perbandaran / Bandaraya751,757
 • Kepadatan4,459/km2 (11,550/batu persegi)
 • Bandar
1,364,422
 • Metro
2,158,372
 • Demonym
Amsterdammer
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
1011 – 1109
Kod kawasan020
Laman sesawangwww.amsterdam.nl

Amsterdam, (Mengenai audio iniaudio ) ibu negara Belanda, terletak di perairan Teluk IJ dan sungai Amstel. Dijumpai pada akhir abad ke-12 sebagai satu perkampungan nelayan di muara sungai Amstel, dewasa ini ia menjadi bandar terbesar di negara berkenaan dan ia menjadi pusat kewangan dan kebudayaan. Pada 2005, jumlah penduduk bandar raya ini adalah 742,951[7]; populasi keluasan lebih kurang 1.5 juta.

Amsterdam mempunyai salah satu pusat bersejarah terbesar di dalam Eropah, tetapi kebanyakkannya bertarikh daripada abad ke-17, the Tahun Keemasan bagi Belanda, yang merupakan titik fokusnya. Pasa masa ini, satu siri sepusat, semibulatan terusan telah dibina di sekeliling pusat bandar raya lama, yang masih dikekalkan susun atur dan wajahnya. Banyak rumah cantik dan pangapuri diletakkan di sepanjang terusan, kebanyakan orang tinggal di dalamnya, yang lainnya menjadi pejabat dan beberapa bahagian menjadi bangunan-bangunan awam. Beberapa daripada rumah batu-bata tersebut semakin tenggelam disbabkan mereka dibina di atas kepingan kayu untuk menghadapi dan menatasi tanah-tanih yang berpaya.

Walaupun Amsterdam merupakan ibu kota Belanda, ia bukannya ibu kota negara atau negeri dalam wilayah di mana ia terletak, Belanda Utara (Haarlem), bukan juga kerusi dalam kerajaan Belanda atau (iaitu The Hague).

Sejarah

Pusat sejarah

Amsterdam telah dijumpai sebagai satu perkampungan nelayan dalam abad ke-13. Mengikut kepada legenda, Amsterdam telah dijumpai oleh dua nelayan Frisian, yang telah mendarat di pesisir Amstel dalam sebuah in bot dengan anjing mereka. Pengempangan sungai Amstel memberikan namanya (dalam bahasa Belanda: Amstelredam "Empangan dalam Dam Amstel", menjadi Amsterdam dalam laluan masa). Ia telah diberi hak kebandaran dalam tahun 1300 atau 1301. Semenjak daripada abad ke-14 dan seterusnya, Amsterdam makmur, sebahagian besar terdiri daripada asas perdagangan dengan bandar-bandar di Liga Hanseatic .

Abad ke-16 telah menyaksikan satu pemberontakan oleh orang Belanda terhadap Philip II dari Sepanyol dan waris-warisnya, menjadikan lebih buruk lalu terjadinya Perang Lapan Puluh Tahun yang mana sangat penting hingga membawa kepada kemerdekaan Belanda. Republik Belanda telah dikenali sebagai sikapnya yang relatif kepada toleransi agama dan orang Yahudi daripada Sepanyol dan Portugal, peniaga-peniaga berjaya dari Antwerp (pelarian-pelarian ekonomi dan agama daripada bahagian negara-negara yang masih lagi dikuasai oleh Sepanyol), Huguenots dari Perancis (dianiyai kerana agama mereka) mendapat keselamatan di Amsterdam. Ia merupakan pendatang-pendatang kaya dan dari Flanders yang menetapkan nada (dialek Brabantnya menjadi asas kepada tulisan Belanda piawai) dan menjadikan belanda satu kuasa pedagang laut.

Medan Dam pada akhir abad ke-17: dilukis oleh Gerrit Adriaensz. Berckheyde (Gemäldegalerie, Dresden)

Abad ke 17 dianggap “Zaman Keemasan” bagi Amsterdam. Pada awal abad ke 17 Amsterdam menjadi salah satu bandar yang terkaya di dunia. Kapal-kapal berlayar dari Amsterdam ke Laut Baltic, Amerika Utara, Afrika, sekarangnya Indonesia dan Brazil, dan menjadikan asas rangkaian dagangan sedunia. Pedagang-pedagang Amsterdam memiliki saham yang besar dalam VOC dan WIC. Syarikat-syarikat ini mengumpul kekayaan di luar negeri yang kemudiannya menjadi asas bagi tanah-tanah jajahan Belanda. Pada masa itu Amsterdam adalah pusat penting laluan pengangkutan seterusnya bagi barang-barang dagangan di Eropah dan ia menjadi pusat kewangan dunia yang penting. Bursa saham Amsterdam adalah bursa yang pertama yang berdagang secara berterusan.

Sungai Amstel pada malam hari
Lukisan oleh Koppelaar

Pada abad ke 18 dan awal abad ke 19 Amsterdam mengalami kemerosotan ekonomi akibat peperangan dengan England dan Perancis. Di masa peperangan Napoleon kekayaan Amsterdam berada diparas yang terendah. Walaubagaimanapun, dengan penubuhan Kingdom of the Netherlands pada 1815, keadaan beransur pulih. Di Amsterdam perkembangan-perkembangan baru dimulakan oleh perancang-perancang bandar seperti Samuel Sarphati yang mendapat ilham dari Paris.

Amsterdam boleh dianggap mengalami Zaman Keemasan yang kedua pada akhir abad ke 19. Muzium-muzium baru, stesen keretapi dan Concertgebouw dibina. Pada masa ini Revolusi Industri sudah sampai ke Amsterdam. Terusan Amsterdam-Rhine digali untuk membuat hubungan terus dengan Rhine dan Terusan Laut Utara untuk memberi pelabuhan itu hubungan lebih dekat dengan Laut Utara. Kedua-dua projek itu telah meningkatkan kommunikasi dengan tinggi sekali dengan Eropah dan seluruh dunia. Joseph Conrad memberi keterangan ringkas mengenai Amsterdam dari pandangan dari laut dalam The Mirror of the Sea (1906).

Sebelum Peperangan Dunia I, Amsterdam mula berkembang dan kawasan-kawasan di pinggiran bandar dibina. Semasa perang, Belanda tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kekurangan makanan dan bahan api telah menimbulkan kekecohan dimana beberapa orang telah terbunuh.

Jerman menyerang Belanda pada 10 Mei 1940, dan menguasainya selepas 5 hari bertempur. Jerman menubuhkan sebuah kerajaan sivil Nazi di Amsterdam yang berkerjasama dalam penganiayaan orang-orang Yahudi. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil dari penduduk Amsterdam yang menolong orang-orang Yahudi tetapi mereka turut teraniaya akibat dari itu. Dianggarkan antara 103,000 sehingga 105,000 orang Yahudi dari Belanda telah dihantar ke kem tahanan, diantaranya mungkin yang paling terkenal adalah seorang budak perempuan German, Anne Frank. Hanya 5,000 orang-orang Yahudi Belanda terselamat selepas perang. Pada bulan-bulan diakhir perang, talian kommunikasi terputus dengan tempat-tempat lain di Belanda dan makanan dan bahan api menjadi kurang. Banyak penduduk terpaksa pergi ke kawasan luar bandar untuk mendapatkan makanan. Ada yang terpaksa memakan anjing, kucing dan ubi sugar beet mentah untuk hidup. Kebanyakan pokok di Amsterdam ditebang untuk bahan api dan semua papan-papan diambil dari rumah-rumah orang Yahudi yang dihantar ke kem tahanan.

Geografi dan iklim

Amsterdam mengalami cuaca suhu sederhana, dengan pola cuaca banyak dipengaruhi oleh kedudukan Amsterdam dengan Lautan Atlantis di barat dan angin timur utama. Musim sejuk adalah sederhana dan purata melepasi tahap beku, walaupun fros adalah biasa semasa tempoh angin timur atau timur laut yang bertiup dari arah benua. Musim panas selesa panas dan jarang panas. Bagaimanapun, walaupun hari hujan adalah biasa, Amsterdam tidak mepunyai cuaca lembab keterlaluan dan purata kurang dari 760 mm (30 inci) hujan setahun. Jumlah hujan kelihatan lebih banyak berbanding yang sebenarnya kerana ia meleret sebagai renyai yang berpanjangan atau hujan rintik. Cuaca lembab dan mendung adalah biasa terutamanya pada musim yang lebih sejuk.

Ekonomi

Pusat kewangan di Amsterdam

Pelancongan

Amterdam terkenal dengan muzium-muzium yang cemerlang termasuk Muzium Rijks, Muzium Van Gogh, Muzium Stedelijk, Muzium Rembrandt House, Rumah Anne Frank dan orkestra simfoni yang masyur di dunia, Concertgebouworkest yang bertempat di Concertgebouw. Turut menjadi tarikan pelancong adalah kawasan lampu merah, de Wallen dan “kedai-kedai kopi” yang menjual kanabis.

Demografi

Demografi evolusi Amsterdam di antara 1300 dan 1999

1300 1400 1500 1600 1650 1796 1830 1849 1879 1899 1925 1999

1,000 3,000 12,000 60,000 140,000 200,600 202,400 224,000 317,000 510,900 714,200 727,100

Pengangkutan

Pengangkutan awam di Amsterdam yang dikendalikan oleh Gemeentelijk Vervoerbedrijf, Connexxion, dan Nederlandse Spoorwegen, mengandungi:

  • hubungan keretapi dalam negeri dan antarabangsa
  • 3 landasan metro and 1 landasan rail ringan yang membentuk metro Amsterdam
  • 16 landasan tram
  • 1 landasan tram ekspres (IJtram)
  • 55 laluan bas tempatan
  • laluan bas luar daerah
  • beberapa feri untuk pejalan kaki dan penunggang basikal melintasi IJ (percuma)
  • 1 feri ekspres, Fast Flying Ferry, menuju Velsen-Zuid di pantai Laut Utara a Fast

Landasan bawah tanah, Landasan Utara/Selatan (Noord/Zuidlijn) sedang dibina dan dianggarkan siap pada 2012. Sila lihat Gemeentelijk Vervoerbedrijf, Amsterdam metro, Amsterdam Centraal).

Pendidikan

Amsterdam mempunyai 2 universiti: Universiti Amsterdam (Universiteit van Amsterdam), dan Universiti Vrije(Vrije Universiteit). Institut-institut pengajian tinggi yang lain adalah termasuk akademi seni, De Rietveldacademie, Hogeschool van Amsterdam, Hogeschool voor Economische Studies Amsterdam dan Amsterdamse Hogeschool voor de Kunsten. International Institute of Social History adalah salah satu dari institut-institut dokumentar dan penyelidikan mengenai sejarah sosial terutamanya sejarah pergerakan buruh yang terbesar di dunia. Di Amsterdam juga terdapat taman botani yang tertua di dunia, Hortus Botanicus, yang diasaskan pada tahun 1638, di mana terdapat banyak spesimen yang tua dan jarang didapati seperti pokok kopi yang menjadi induk kepada seluruh pembiakan kopi di Amerika Tengah dan Selatan.

Java Island, di 't IJ, dikenali kerana senibinanya yang moden.

Budaya

Sukan

Amsterdam adalah bandar kepada Ajax, sebuah pasukan bola sepak dalam Liga Bola Sepak Belanda. Pasukan ini bertapak di stadium moden Amsterdam ArenA, yang terletak di tenggara bandar itu. Turut menggunakan stadium tersebut adalah satu pasukan bola sepak Amerika, Amsterdam Admirals.

Dalam 1928, Amsterdam menghoskan Sukan Olympiad ke IX. Stadium Olympic yang dibina untuk sukan tersebut telah di baikpulih dengan sepenuhnya dan kini digunakan untuk acara-acara budaya dan sukan.

Amsterdam juga menempatkan gelanggang ais skating, Jaap Eden baan, yang terkenal. Amstel Tijgers bertanding di arena ini dalam liga utama hoki ais Belanda. Di acara lumba skating pecut (speed skating) banyak kejohanan antarabangsa telah ditandingkan di laluan 400 meter gelanggang ais ini.

Bandar ini juga mempunyai sebuah pasukan besbol, Amsterdam Pirates, yang bertanding di Liga Utama Belanda, tiga pasukan hoki, Amsterdam, Pinoké dan Hurley, dan sebuah pasukan bola keranjang, Amsterdam Astronauts, yang bertanding dalam divisyen utama Belanda dan menggunakan dewan sukan, Sporthallen Zuid, yang berdekatan dengan Studium Olympic.

Semenjak 1999 Amsterdam menghargai ahli-ahli sukannya yang cemerlang pada Amsterdam Sports Awards. Peninju Raymond Joval dan pemain hoki tengah padang Carole Thate adalah yang pertama untuk menerima anugerah tersebut pada 1999.

Rujukan

  1. ^ "WorldMayor.com - Job Cohen, Mayor of Amsterdam 2006". Dicapai pada 2007-04-19.
  2. ^ "Kerncijfers voor Amsterdam en de stadsdelen". www.os.amsterdam.nl. Research and Statistics Service, City of Amsterdam. 2006-01-01. Dicapai pada 2007-04-04. External link in |work= (bantuan)
  3. ^ "Area, population density, dwelling density and average dwelling occupation". www.os.amsterdam.nl. Research and Statistics Service, City of Amsterdam. 2006-01-01. Dicapai pada 2008-08-13. External link in |work= (bantuan)
  4. ^ "Actueel Hoogtestand Nederland" (dalam bahasa Dutch). Dicapai pada 2008-05-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CBS tidak disediakan
  6. ^ "Randstadmonitor 2006". www.regio-randstad.nl. Regio Randstad. 2008. Dicapai pada 2008-04-04. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); External link in |work= (bantuan)
  7. ^ Statistik Amsterdam dalam bahasa belanda

Pautan luar

Kerajaan

Lain-lain

Koordinat: 52°22′16″N 4°53′49″E / 52.371°N 4.897°E / 52.371; 4.897

Didahului oleh
Florence
Ibu negara kebudayaan Eropah
1987
Diikuti oleh:
Berlin Barat

Templat:Province North Holland