Juvana (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kandungan berbentuk gosip tidak diterima di sini. Kandungan berbentuk ensiklopedia sahaja.
Baris 80: Baris 80:
==Kutipan==
==Kutipan==
==Kontroversi==
==Kontroversi==
Filem ini turut mencipta kontroversi. Antaranya pergaduhan melibatkan dua pelakon mereka<ref>http://www.gua.com.my/berita-artis/Sharnaaz_Ahmad_Syazwan_Zulkifli_Gaduh_Di_Lokasi_Juvana.html</ref>.
Filem ini turut mencipta kontroversi. Antaranya babak pergaduhan di dalam filem dan melibatkan dua pelakon mereka iaitu Syazwan Zulkiflie(Apek) dan Sharnazz Ahmad(Lan Todak).Pihak media iaitu GUA telah menemu ramah mereka dan dengar-dengar mereka telah bermasam muka sehingga tidak bertegur sapa sepanjang berada di set di mana masing-masing telah membawa haluan sendiri. Malah, ketika melakonkan satu babak pergaduhan, Sharnaaz dikatakan telah bergaduh ‘betul-betul’ dengan Syazwan sehingga mengundang kecederaan ke atas dirinya .Sama ada betul atau tidak perkara ini, GUA telah menemubual Sharnaaz dan juga Syazwan Zulkifli ketika majlis tayangan media filem tersebut di e@Curve bagi mengetahui mengenai kesahihan berita ini.

“Kami bukan bergaduh betul-betul. Kebetulan waktu itu babak bergaduh dalam tandas dan masing-masing penat kerana banyak shot yang kena ambil. Tidak dinafikan saya ada cederakan dia sehingga kakinya lebam dan bengkak terkena jubin.

Namun, Sharnaaz bersikap profesional dan kami sambung balik seperti biasa selepas itu. Memang benar kami tak bergaul dan duduk sekali ketika di set tapi saya rasa mungkin itu cara Sharnaaz. Walau bagaimanapun, kami semua tak rasa dia sombong,” ujar Syazwan atau lebih dikenali sebagai Apek dalam Juvana.

Ditanya mengenai isu pelakon-pelakon lain memulaukan Sharnaaz ketika di set penggambaran, Apek menafikan perkara tersebut. Malah, tidak bersetuju dengan dakwaan yang mengatakan Sharnaaz menjauhkan diri daripada mereka.

“Kami tak pulaukan dia, dan saya tidak rasa Sharnaaz sengaja menjauhkan diri daripada kami. Kami ada juga berborak ketika di set namun mungkin dia kurang mesra sebab dia mahu menjiwai watak ketika itu.”Menurut Sharnaaz pula,dia tidak ada masalah dengan pelakon-pelakon lain. Cuma memang sikapnya suka bersendiri di lokasi penggambaran kerana ingin menjiwai watak yang dipertanggungjawabkan.

“Saya tiada masalah dengan mereka. Memang cara saya bila berada di set, saya akan bersendirian kerana mahu menjiwai watak. Sebenarnya ketika babak bergaduh itu, yang marah dia sebenarnya ialah watak saya, Lantodak. Masing-masing dah penat waktu itu dan mujur stuntman tarik saya cepat-cepat sebab takut hal lebih teruk akan berlaku.

“Apapun, kami tiada masalah dan mereka semua sangat positif ketika berada di set. Saya rasa berpuas hati dan menjadi satu penghormatan buat saya kerana dapat berlakon buat pertama kalinya di bawah arahan Faisal Ishak dan bekerja buat kali kedua dengan Kabir Bhatia,” ujar Sharnaaz.


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 00:36, 28 April 2013

Juvana
Poster filem Juvana The Movie menampilkan watak-watak filem ini
PengarahFaisal Ishak
PenulisAlfie Palermo
Dihasilkan olehKabir Bhatia, Mira Mustaffa, Francis Foo
DibintangiJohan As'ari
Zahiril Adzim
Syazwan Zulkifli
Sharnaaz Ahmad
Syafie Naswip
Adlin Aman Ramlie
Disunting olehAdilan Azemi
Tarikh tayangan
24 Januari 2013
Masa tayangan
87 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Juvana merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 24 Januari 2013 di Malaysia. Filem ini merupakan kesinambungan siri Juvana yang pernah ditayangkan dalam televisyen, yang pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik ASK 2011. Filem ini turut mengekalkan barisan pelakon dari siri televisyennya, seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari dan beberapa muka baru seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak.

Plot

Cerita bermula selepas kejadian rusuhan pelajar di Sekolah Wira Bakti, dimana kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah itu di hantar ke sekolah baru, dimana mereka akan meneruskan sesi penahanan mereka di sekolah baru. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dihantar menaiki lori polis ke sekolah yang telah di tetapkan, iaitu Sekolah Indera Sakti. Turut disertakan sekali, Botak, pelajar yang telah dituduh mencetuskan huru-hara di Sekolah Wira Bakti.

Pada masa yang sama, Daim, pelajar yang telah dibebaskan, meneruskan pembelajarannya di sekolah yang baru. daim bakal menghadapi SPM tidak lama lagi, namkun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik hasil sokongan Pengetua. Pada masa yang sama, Daim turut dibelnggu masalah buli disekolah baru. Daim berjumpa kawan baru, iaitu Sara.

Botak terpaksa menerima keadaan di tempat baru, dengan berkawan rapat dengan Apek. dalam mereka cuba meengadaptasi tempat baru, mereka dipertemukan dengan ``kepala" kawasan itu, Lan Todak. Mereka cuba mengelak daripada melakukan kesilapan sama, dengan berbuat baik dengan setiap penghuni sekolah baru tersebut.

Daim yang kini telah dibebaskan, terpaksa melakukan dua kerja, iaitu sebagai pelajar, dan pekerja syarikat pembinaan, kepunyaan seorang tauke cina. Namun, kehidupan daim tidak semudah yang disangka. Kehadiran pelajar yang kurang berdisiplin mengganggu kehidupan Daim. Kehadiran Sara sedikit sebanyak mengubah kesengsaraan yang dialaminya.

Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibunya dan keluarganya sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang teerlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.

Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang meninginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Warden Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut merubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.

Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meniggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka bejumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan mereka dihantar ke hospital.

Di Sekolah Indera Sakti, Botak, sedikit demi sedikit berubah kearah kebaikan. Namun, perubahan tersebut tidak disenangi Apek, yang menginginkan beliau kembali seperti dulu. Namun, Botak atas sokongan Panjang dan Komeng, tetap ingin berubah. Ayam kini menjadi orang kanan Apek.

Ketika dihospital, Kicap terserempak dengan Daim, lalu menceritakan keadaan di sekolah baru itu. Keadaan yang kurang baik itu menyebabkan Daim mengambil keputusan untuk melawat mereka. MAsanya tiba, Daim dapat melawat sahabat-sahabatnya. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Lan Todak memimpin gerakan rusuhan di sekolah tersebut, sambil melaungkan nama Botak, berikutan sejarah beliau di Sekolah Wira Bakti. Para pelawat diletakkan dalam kawalan rapi, sementara Apek dan kawan-kawan pergi melihat keadaan yang berlaku. Mereka yang pernah melalui situasi seperti itu, telah membawa keluar para pelawat dari kawasan tersebut.

Apek yang pertama menemui Lan Todak. Berlaku pertarungan antara mereka sehinggalah Daim sampai untuk menyelamatkan Apek. Botak tiba untuk melakukan perhitungan denga Lan Todak. Botak cuba memberi nasihat, namun tidak diendahkan oleh Lan Todak. Berlakukan pergaduhan antara mereka sehingga mencederakan Botak. Belum sempat Lan Todak ingin menamatkan hidup Botak, Warden Tuan Ali tiba dan menangkap Lan Todak.

Mereka yang terlibat dihukum dan pelajar-pelajar Wira Bakti dikurangkan atas jasa mereka semasa situasi tersebut. Pada babak akhir, mereka ditegur oleh Warden Encik Raja (Bront Palarae)

Pelakon

Watak Sekolah Wira Bakti

Watak Sekolah Indera Sakti

Watak-Watak Lain

Pembikinan

Pelakon

Filem ini masih mengekalkan teraju utama dalam siri televisyennya, dengan beberapa muka baru dibawa masuk bagi memberi kesegaran dalam siri filem ini. Pelakon-pelakon baru tersebut ialah Sharnaaz Ahmad yang membawa watak Lan Todak, seorang pelatih di Sekolah Indera Sakti. Turut sama, pemenang Pelakon Pembantu FFM 22 Shafie Naswip sebagai Jamal, dan Adlin Aman Ramlie, yang pernah tercalon untuk dua kategori, iaitu Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM 21 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada festival yang sama, memegang watak sebagai Warden Tuan Ali, seorang bekas pelatih sekolah juvana, yang mengetahui perit-jerit sebagai seorang pelatih[1].

Filem ini turut menampilkan isteri kepada Zahiril Adzim, iaitu Shera Ayob, memegang watak sebagai Sara, rakan Daim di sekolah barunya. Ini merupakan gandingan kedua mereka selepas filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Bagi pengarah, Faizal Ishak, beliau tidak mempunyai banyak masalah dalam mencari keserasian pelakon-pelakon, kerana mereka telah lama beersama sejak siri televisyen lagi.

Pemilihan Sharnaaz Ahmad selaku pemegang watak Lan Todak meenerima pujian atas keberkesanan watak yang dijayakan. Aksi beliau sebagai seorang pelajar yang `psiko' diteerjemahkan dengan baik. Ini secara langsung mnggerakkan lagi peerjalanan cerita ini.

Pengambaran

Filem ini mengambil lokasi sebuah pusat PLKN di Rawang selama 17 hari. Teknik sinematografi yang dilakukan berjaya memberikan rasa sebuah pesat pesalah juvana yang begitu kelam. Aksi-aksi peertarungan mengambil masa dua hari bagi menghasilkan sebuah aksi yang terbaik[2].

Kutipan

Kontroversi

Filem ini turut mencipta kontroversi. Antaranya pergaduhan melibatkan dua pelakon mereka[3].

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar