Adam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Adam Shahz" dilencongkan di sini.
Adam Shahz
KelahiranNor Shah Azli bin Abdol Ghani
(1981-02-06) 6 Februari 1981 (umur 38)
Melaka, Malaysia
Nama lainAdam Shahz
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganFatin Afeefa (k. 2013; c. 2017)
Anak1

Nor Shah Azli bin Abdol Ghani atau lebih dikenali sebagai Adam Shahz (dikreditkan sebagai Adam Shahz; lahir 6 Febuari 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Ayam dalam siri drama Juvana yang bersiaran di TV3.[1]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adam Shahz dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi watak pesalah juvana bernama Ayam dalam siri drama Juvana yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.

Penampilan filem pertamanya ialah pada 2012 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, yang mana beliau melakonkan watak kecil sebagai lelaki misteri. Beliau mengulangi semula watak Ayam lakonannya dalam tiga siri filem Juvana yang ditayangkan pada 2013, 2015 dan 2016.

Beliau berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 2013 dan dikurniakan seorang anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Lelaki Misteri Syafiq Yusof Filem pertama; kemunculan khas
2013 Juvana Ayam Faisal Ishak
2014 Hantu Nan Sempit Cekeng Ahmad Idham
Cerita Hantu Malaysia Mansur Pierre Andre
2015 Romeo Kota Zack Aaron Aziz Kemunculan khas
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Ayam Faisal Ishak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017 Dorm Melati Wanfi Eyra Rahman
Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Renjer Kotap Bin Buang Bade Hj. Azmi
2018 Kalla: Hidup Atau Mati Inspektor Rosdi Wan Hasliza Wan Zainuddin
2019 Masterpicisan Filem dan drama yang belum dikeluarkan Akid Nam Ron Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Akademi Polis Sarjan Chong TV9
2011 Juvana Ayam TV3 Slot Aksi
Nilapura Waris TV3 Slot Aksi
Cinta Elysa Sani TV3 Slot Lestary
Kasih Alia Farid TV3 Slot Akasia
2012 Dendam Sarakit Ramdi TV3
2013 Rindu Ini Milik Dia Wong TVi
Duri Di Hati Rashid TV3 Slot Azalea
2016 Anak Ke-5 Mansur TV3 Slot Iris
Warden Stylo Remy TV2
Mr. Boss Miss Stalker Ezham TV3 Slot Dahlia
Pergilah Air Mata Iskandar TV1 Slot Widuri
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Saiful HyppTV
Cerita Ramadan Hazim TV2
Anak Bertuah 2 Lokman TV2
Encik Suami Mat Salih Celup Firas TV3 Slot Dahlia
Gerak Khas TV2 Episod: "Aplikasi"
2018 Kisah Yang Hilang Habib TV3 Slot Seramedi
Legasi Vat 69 Sarjan (B) Ahmad Bin Salleh TV1 Slot Bidadari
Mawar Murni Eddy TV3 Slot Samarinda
Mencari Qiblat Jiman TV3 Slot Zehra
Destinasi Ukhuwah Hasif TV1 Slot Kejora
2019 Syahadat Cinta Buyong TV2 Slot Galeri

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Sebelum Terlupa Idris TV3
2013 Maruah Hijrah TV2
2016 Kaki Kipas Shah TV9
Siti Oh Siti Atan TV1
Calon Menantu Kamil TV1
Playboy Kantoi Ben Danial HyppTV
2017 Biarkan Cinta Tersenyum Lagi Firdaus Astro Ria
Detik Berputar Rahman TV1
Roda Ceketeng Taib TV2
Cekelat Semanis Honey Shahrul Astro Citra
2018 Tahyatul Terakhir TV1
Jodoh Tak Salah Alamat Ijoy TV3
Vivi Si Perigi Arman NTV7

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Kembara 5 Dirinya sendiri TVi

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Juvana 2) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (20 Ogos 2018). Semangat membara Adam Shahz Harian Metro. Diperoleh pada 23 Ogos 2018.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]