Syafie Naswip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohd Shafie Naswip)
Jump to navigation Jump to search
Shafie Naswip
Shafie Naswip.jpg
KelahiranMohammad Syafie bin Naswip
(1992-08-02) 2 Ogos 1992 (umur 27)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini
Terkenal keranaMukhsin
Laman websyafienaswip.com

Mohd Shafie Naswip (dilahirkan pada 2 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip (Jawi: شافعي نسويڤ) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2007 menerusi filem Mukhsin dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada awal pembabitan lakonannya, Shafie hanya menemani adiknya saudaranya untuk menjalani uji bakat tetapi akhirnya beliau juga diuji bakat oleh Yasmin Ahmad bagi membawakan watak sebagai Mukhsin. Shafie turut menyertai rombongan filem Mukhsin ke Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Jepun pada 2006. Shafie menganggap Yasmin sebagai "Mak" dan kematiannya telah menyebabkan beliau terasa kehilangan yang sangat besar dalam hidupnya sehingga suatu ketika, beliau pernah terfikir untuk bersara.[2]

Shafie telah berlakon dalam beberapa buah filem dan drama TV. Antara lakonannya yang paling diingati dan dikritik positif adalah menerusi Talentime dan Songlap sehingga menyebabkan beliau meraih dua anugerah pembantu lelaki terbaik masing-masing dalam FFM ke-22 dan FFM ke-25. Beliau mencatatkan sejarah sebagai pelakon termuda memenangi anugerah lakonan di Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin untuk pelakon lelaki terbaik bagi watak Ilham di dalam drama Ilham Suci tulisan Nor Faznita Md Nor pada usia 16 tahun.

Pada tahun 2017, Shafie muncul dalam dua buah telefilem khas raya yang akan bersiaran di TV3 iaitu telefilem Ali pada 26 Jun manakala Surat Panjang Untuk Mak pada 28 Jun.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Shafie bersekolah di Sekolah Menengah Gombak Setia, Gombak, Selangor. Beliau terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan akur dengan kemampuan dirinya. Beliau hanya memilih filem berkualiti yang mempamerkan bakat lakonannya supaya tidak kelihatan stereotaip di kaca mata penonton. Kerana sudah terbiasa hidup dalam kedaifan, duit yang diterima hasil daripada lakonannya telah disimpannya dan separuhnya diberikan kepada ibu bapanya. Selain itu, beliau sering menggunakan motosikal untuk ke mana-mana.[3][4][5][6][7][8] Beliau menghidap gangguan bipolar.[9]

Beliau bertunang dengan pelakon Aishah Azman pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras.[10] Mereka mula menjalin hubungan cinta sejak 2018 dan memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka. Majlis itu dihadiri oleh seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.[11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2007 Mukhsin Mukhsin Yasmin Ahmad Filem pertama
2009 Talentime Hafiz
2011 Nur Kasih The Movie Jamal Kabir Bhatia
Songlap Ad Effendee/Fariza Azlina
2013 Juvana Jamal Faisal Ishak
2014 Rentap Rashdan Simon Long
2015 Gangsterock Kasi Sengat Ringgo Soffi Jikan
2016 Kampung Drift Johan Nevin Hiong
Bunga Bangsa Aman Filem pendek
2017 Jibam The Movie Kadir Che Mie
2018 Janji Amin Amin Filem pendek
Polis EVO 2 Sarjan Mat Dan Joel Soh, Andrew Chiew
2019 Kenderaan Berat Ikut Kiri Filem dan drama yang belum dikeluarkan Jefri Talib Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Keliwon Adam TV3 Episod: "Hantu Kopek"
2010 Jidin Fendi
Hero Komik TV2
2012 Ampunkan Dosaku TV3
Tanah Kubur (Musim 5) Mail Astro Oasis Episod: "Sebaik-baik Tanggang"
Projek Pop Daniel 8TV
Ms Cinta Rizal TV1
2013 Oh My English! Musim 2 Azlan Astro TVIQ
2014 Jangan Ambil Lembu Kami TV3
Kifarah: Amanah Azlan
Ana Aku Aiman Aiman TV2
Ride Fariq TV9
Seludup Astro Prima
2015 Setia Ku Di Sini Ezran TVi
Sirah: Tahlil Shahrul TV9
Wadi Wadi TV3
Tanah Kubur (Musim 14) Selamat Astro Oasis Episod: "Mak Kat Mana"
Bila Hati Telah Hitam Episod 11
Sayap Jibril
Kifarah Mistik: Silap Mata Hafiz TV3
2016 Dark Triptych Ali
2017 Sape Dari Itali[13] Zamani TV2
Cerita Ramadan Hazim
2018 Wira Kasih
Legasi 69 Komando ASP Zabri TV1
Cintaku Di Bumi Izmir Zafuan Hypp Sensasi
KOPI: Kopi Percik Firdaus Tonton Web drama
13 Khurafat: Minyak Dagu Jazlan Astro Prima
Mocha Kau Bahagia 2 Azlan TV3
Waliuddin 2 Ringgit Abdul Aziz TV2
2019 Syahadat Cinta Mohsin
Aurora Aisyah Eryman TV1
Kamar Kamariah Qhalif TV3
4 Penjuru Astro Citra
Aku, Dia & Pinky Promise dagger Azri TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2007 Dosa Semalam TV3
Ilham Suci Ilham
2008 Impian Azlan TV2
Manja TV3
Takbir Suci 2 Astro Ria
Kasih Tak Terucap TV2
Senyumlah Papa Qayyum
Ustaz Kecil ntv7
Soulful Finding
Demi Masa TV3
2009 Seluhur Nazar TV9
2010 Alahai Cicit Atok Astro Ria
Dunia Batinku Zainal TV3
2011 Bianglala Di Kaki Langit Fuad TV2
Melukut Kasih Di Kaki Santubung
2012 Kasih Bumi TV9
A Untuk Abah Fahmi TV2
Fatihah Untuk Abah Said TV3
Beruk Tok Ayah Syukor
Lelaki Aman TV2
Cikgu Saodah
Neraka Abah Kimi TV9
Tasbih Yang Terlerai Idrus
Anak Lorong Rayyan TV3
Muat Tak Muat
Aku Mahu Terbang Rezki
Ku Sujud Di Kakimu Ibu Astro Prima
2013 Budak Flat Jalan Bayan Reza TV9
Oh My Ganu! Azlan Astro TVIQ
Syair Untuk Bonda Astro Prima
Raya Pak Pak Pong Muaz TV3
Kasih Shafiqa
2014 Jangan Kafankan Dia Haziq Astro Prima
Dari Kerana Mata
Talkin Di Birai Katil Naufal TV1
Biskut-Biskut Cinta Anuar
Tempat Ketiga Abu
2015 Cinta Insaniah Bahar
Keris Hitam Bersepuh Emas Luqman
Sejadah Mekah Untuk Mak
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Fendi
Melur Vs Rajawali Azlan TVi
S Untuk Syawal Syawal TV3
Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Fakhrul TV9
Vila Untuk Ibu Acik TV AlHijrah
2016 DORM Rumi Astro Ria
Bujang Terlajak Senang Bujang TV9
Pondok Senja Hasbullah TV3
Reza, Arman dan Bill Arman
Dika Baran TV1
Cahaya Di Muara Epul TV AlHijrah
Janji Hati Khalid TV2
2017 Kung Fu Kaw Zack TV3
Kerongsang Atan TV9
Sakit Adam TV3
Usung Putih Ayie TV1
Kembalikan Syawalku Akil Astro Citra
Rendang Punya Pasal Muzafar TV2
Ali Ali TV3
Surat Panjang Untuk Mak Ehsan
Cinta Gred A Ameer Hamzah
Hajat Aizat Astro Citra
2018 Tiket Cinta Khai TV3
Kau, Aku, Hantu Raya Azlim TV2
3 Qul Nazrul
Cubaan Bahagia Sufi ntv7
Malaikat Pun Tak Tahu Lutfi TV1
2019 Sirna Ismi
Kuih Bakul Berkuah Rendang Izwan TV2
Haluan Hisyam
Impian Teristimewa Azman RTM
Tiga Titik Reshad
Lap Lip Suria Aliyas Mediacorp Suria
Hidayahmu Hajiku Rizul TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Aroma Masak Pengacara Hypp Inspirasi

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007
Festival Filem Malaysia ke–20
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Mukhsin Menang
Anugerah Skrin ke–11
Pelakon Lelaki Terbaik Ilham Suci Menang
2009
Festival Filem Malaysia ke–22
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Talentime Menang
Anugerah Skrin ke–13
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Dicalonkan
2011
Anugerah My Kids Awards
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik N/A Dicalonkan
Anugerah Sri Angkasa
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Melukut Kasih Di Kaki Sanutubung Menang
2012
Anugerah Blokbuster Pertama
Anugerah Hero Baru Terhebat Nur Kasih The Movie Dicalonkan
Anugerah Skrin ke–16
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Songlap Menang
Festival Filem Malaysia ke–25
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur
Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
2013
Anugerah Melodi ke–3
Artis Dinamik N/A Dicalonkan
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Dicalonkan
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3
Aktor Pilihan Wadi Dicalonkan
Pasangan Pilihan (bersama Ardell Aryana) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–29
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (5 Februari 2018). "Syafie lambat diberi watak matang". Berita Harian. Dicapai 30 Jun 2018. 
  2. ^ Ilya Adreena (25 Julai 2018). "9 Years On: Malaysians Share Why They Love The Late Yasmin Ahmad So Much". Rojak Daily. Dicapai 1 Ogos 2018. 
  3. ^ Lakonan Dalam Songlap Dapat Pujian Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2012.
  4. ^ Bukan Masa Fikir Pasangan Hidup - Syafie Naswip mStar Online (29 Jun 2017). Dicapai pada 1 Julai 2017.
  5. ^ Syafie beli rumah untuk ibu Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  6. ^ Syafie Naswip hadiahkan rumah banglo untuk ibu Sinar Harian. Dicapai pada 25 Jun 2017.
  7. ^ Buat Apa Nak Malu? - Syafie Naswip mStar Online (17 Jun 2017). Dicapai pada 25 Jun 2017.
  8. ^ Saya tak marah cuma tegur Media Hiburan. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  9. ^ Farhana Ab Rahman (3 November 2016). "Syafie Naswip sembunyi penyakit bipolar?". Berita Harian. Dicapai 30 Jun 2017. 
  10. ^ "Syafie, Aishah tunang 7 April". Sinar Harian. 26 Mac 2019. Dicapai 14 April 2019. 
  11. ^ Nor Eryani Yusop (7 April 2019). "Syafie Naswip, Aishah Azman selamat bertunang". Kosmo!. Dicapai 14 April 2019. 
  12. ^ Feride Hikmet Atak (7 April 2019). "Syafie, Aishah nikah tahun ini". Berita Harian. Dicapai 14 April 2019. 
  13. ^ Ariffuddin Ishak (21 Mac 2017). "Syafie Naswip sukar lakonkan watak lelaki dewasa". mStar Online. Dicapai 19 Januari 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]