Ahmad Fauzee: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembaharuan.
Menambah rujukan.
Baris 22: Baris 22:
Beliau dilahirkan di Jalan Raja Alang, [[Kampung Baru]], [[Kuala Lumpur]] dan pernah menuntut pelajaran di [[Kolej Melayu Kuala Kangsar]] (MCKK). Beliau dilihat gemar menjayakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dari Malaysia di samping aktif dalam bidang nyanyian.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_22.htm Penghargaan kepada Warner Music] ''[[Utusan Malaysia]]'' (29 November 2009). Dicapai pada 29 Jun 2010.</ref>
Beliau dilahirkan di Jalan Raja Alang, [[Kampung Baru]], [[Kuala Lumpur]] dan pernah menuntut pelajaran di [[Kolej Melayu Kuala Kangsar]] (MCKK). Beliau dilihat gemar menjayakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dari Malaysia di samping aktif dalam bidang nyanyian.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_22.htm Penghargaan kepada Warner Music] ''[[Utusan Malaysia]]'' (29 November 2009). Dicapai pada 29 Jun 2010.</ref>


Beliau merupakan seorang peminat [[P. Ramlee]] dan pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada. Beliau juga pernah merakamkan album dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya pada tahun 1985. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan terutamanya daripada pihak [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM) untuk program [[Mekar Sejambak]]. Beliau telah berkahwin dengan Ayu Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Zidane dan Ahmad Zicran.<ref>{{cite news |title=Ahmad Fauzee bikin filem lagi |author=Khadijah Ibrahim |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |newspaper=Utusan Online |date=15 Ogos 2007 |accessdate=21 November 2012}}</ref>
Beliau merupakan seorang peminat [[P. Ramlee]] dan pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada. Beliau juga pernah merakamkan album dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya pada tahun 1985.<ref>Dennis Chua (20 Januari 2017). [https://www.nst.com.my/news/2017/01/205793/day-ahmad-was-forced-sing The day Ahmad was forced to sing] ''[[New Straits Times]]''. Dicapai pada 29 Jun 2017.</ref> Beliau terpaksa berhenti kerja kerana banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan terutamanya daripada pihak [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM) untuk program [[Mekar Sejambak]]. Beliau telah berkahwin dengan Ayu Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Zidane dan Ahmad Zicran.<ref>{{cite news |title=Ahmad Fauzee bikin filem lagi |author=Khadijah Ibrahim |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |newspaper=Utusan Online |date=15 Ogos 2007 |accessdate=21 November 2012}}</ref>


==Diskografi==
==Diskografi==

Semakan pada 14:12, 29 Jun 2018

Ahmad Fauzee
Latar belakang
Nama lahirAhmad Fauzee bin Abdul Samad
Kelahiran1952 (umur 71–72)
Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengarah filem
InstrumenVokal
Tahun aktif1980-an - kini
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Azlina Aziz

Ahmad Fauzee (dilahirkan sebagai Ahmad Fauzee bin Abdul Samad; Januari 1952) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengarah filem yang berasal dari Malaysia. Beliau pernah menghasilkan 12 buah album dan juga dua album duet bersama Azlina Aziz yang memuatkan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh Aziz Jaafar dan Normadiah.

Beliau juga pernah membintangi filem Red Haired Tumbler di Malaya hasil arahan Eddie Pak. Selain itu, beliau juga pernah mengarah filem buat pertama kalinya menerusi filem Kolej 56 yang dikeluarkan pada tahun 1989 di mana lakonan beliau menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-8. . Beliau pernah membikin semula filem Panggilan Pulau yang merupakan lakonan asal P. Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Yusof Latif dan ramai lagi.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan pernah menuntut pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Beliau dilihat gemar menjayakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dari Malaysia di samping aktif dalam bidang nyanyian.[1]

Beliau merupakan seorang peminat P. Ramlee dan pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada. Beliau juga pernah merakamkan album dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya pada tahun 1985.[2] Beliau terpaksa berhenti kerja kerana banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan terutamanya daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program Mekar Sejambak. Beliau telah berkahwin dengan Ayu Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Zidane dan Ahmad Zicran.[3]

Diskografi

Album studio

Album duet

Album runut bunyi

  • Kolej 56 (1989)
  • Panggilan Pulau (1994)
  • Jimi Asmara (1995)

Filemografi

Tahun Tajuk Watak Peranan Saluran TV
1989 Kolej 56 Rosman
1994 Red Haired Tumbler di Malaya Deen Mohd
1994 Panggilan Pulau Zulkifli Filem ini merupakan pembikinan semula hasil daripada filem Panggilan Pulau
2015 Gerak Khas (Musim 15) (Episod: "Agenda Rahsia") Samsuddin/Sam Beliau memegang watak sebagai Sam, seorang ketua kumpulan elit yang melakukan agenda jahat dengan menyebarkan fitnah di media sosial TV2
2016 Dia Semanis Honey Tan Sri Aminuddin Astro Ria
2017 Hero Seorang Cinderella Tengku Ismadi Astro Ria

Rujukan

  1. ^ Penghargaan kepada Warner Music Utusan Malaysia (29 November 2009). Dicapai pada 29 Jun 2010.
  2. ^ Dennis Chua (20 Januari 2017). The day Ahmad was forced to sing New Straits Times. Dicapai pada 29 Jun 2017.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (15 Ogos 2007). "Ahmad Fauzee bikin filem lagi". Utusan Online. Dicapai pada 21 November 2012.

Pautan luar