Perbincangan pengguna:Anumengelamun: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
→‎Koir: bahagian baru
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
→‎Koir: edit
Baris 127: Baris 127:
== Koir ==
== Koir ==


Hi, saya menggunakan handphone sekarang dan tidak ada masa untuk membaca apa yang telah anda revert. Jika anda betul2 membaca history rencana tersebut, anda nampak yang rencana itu bukan saja dibuat oleh saya dan juga sebagai penyumbang utama. Saya menukar untuk mengubah baik isi kandungan rencana2 yang telah saya tuliskan. Apabila saya pulang, saya akan semak apa yang anda revert akan tukar balik mengikut keperluan. Sepanjang 13 tahun saya menyumbang di wiki, awak lah orang yang pertama memanggil kerja saya sebagai vandalism. Dan awaklah orang yang paling kurang ajar dan revert kerja orang lain tanpa berfikir −[[Pengguna:LeQuattroStagioni|Jay]] ([[Perbincangan pengguna:LeQuattroStagioni|bincang]]) 09:31, 25 Disember 2019 (UTC)
Hi, saya menggunakan handphone sekarang dan tidak ada masa untuk membaca apa yang telah anda revert. Jika anda betul2 membaca history rencana tersebut, anda nampak yang rencana itu bukan saja dibuat oleh saya dan juga sebagai penyumbang utama. Saya menukar untuk mengubah baik isi kandungan rencana2 yang telah saya tuliskan. Apabila saya pulang, saya akan semak apa yang anda revert dan akan tukar balik mengikut keperluan. Sepanjang 13 tahun saya menyumbang di wiki, awak lah orang yang pertama memanggil kerja saya sebagai vandalism. Dan awaklah orang yang paling kurang ajar dan revert kerja orang lain tanpa berfikir −[[Pengguna:LeQuattroStagioni|Jay]] ([[Perbincangan pengguna:LeQuattroStagioni|bincang]]) 09:31, 25 Disember 2019 (UTC)

Semakan pada 09:34, 25 Disember 2019

Arkib perbincangan

Perbincangan yang dilakukan sebelumnya telah diarkibkan secara tahunan di bawah:

Nama Jerman

Tidakkah seharusnya Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) ditukarkan kepada nama Jermannya "Nacht der langen Messer" jika kita mahu selaraskan nama2 artikel kepada bahasa asal? Saya fikir lebih elok jika kita gunakan nama yang sudah dikenali umum oleh pembaca2 wiki ini, iaitu sama ada BM atau Inggeris mis. Iron Cross. Tak ada pembaca BM yang kenal atau akan mencari artikel tentang "Eisernes Kreuz". --Algazel (hubung) 21:52, 28 Mei 2019 (UTC)[balas]

Salam! Saya hargai maklum balas saudara.
Saya yakin tiada siapa akan baca atau cari topik berkaitan negara Jerman (atau dalam dunia penutur bahasa Jerman umumnya - yakni dalam Jerman ke Austria dan Switzerland) sambil mengehendaki adanya istilah bahasa Inggeris...ia tidak berasa autentik bagi saya (demikian juga untuk topik berkaitan dunia penutur bahasa Sepanyol, Perancis dan sebagainya). Lagipun, saya memilih nama Jerman sebagai temporary placeholder kerana tiada istilah sasar dipersetujui antara negara-negara Nusantara...tapi saya ada menambah tajuk atau nama dalam bahasa Inggeris sebaagi titik rujukan. Beginilah juga pendekatan saya berkaitan pemberian nama karya-karya cereka yang asalnya bukan dalam bahasa Inggeris tapi tiada tajuk terjemahan berbeza mengikut budi bicara penterjemah negara-negara dalam Nusantara.
[Namun, secara jujurnya dari sudut retrospektif: untuk rencana seperti "Blood Order/Blutorden", sepatutnya pemindahan kepada nama bahasa Melayu yang seragam antara media Indonesia dan Malaysia sekurang-kurangnya - patutnya lebih cocok...saya boleh memindahnya semula jika saudara mahu.]
--Anumengelamun (bincang) 08:10, 29 Mei 2019 (UTC)[balas]


Ya @Anumengelamun:, saya faham niat anda tapi kita menulis ensiklopedia ini untuk para pembaca bukan untuk kita.
Apapun, saya telah menurunkan pendapat/alasan saya di Kedai Kopi. Niat saya berbuat demikian bukan untuk menghebohkan isu ini tapi agar dapat kata sepakat daripada penyunting2 lain. Pada hemat saya isu ini penting diputuskan kerana ia akan menjejaskan keseragaman tajuk artikel. Banyak artikel (mungkin beribu) sudah ditulis dengan cara yang saya sarankan di KK, yakni cara lama. FYI manuskrip buku Lord Jim yang anda pindahkan telah mula2 dilakar dengan nama 'Tuan Jim' oleh Conrad. Lihat Google books ;) Itu sebab saya menterjemah artikel berkaitan dengannya di sini.
--Algazel (hubung) 12:52, 29 Mei 2019 (UTC)[balas]
Izinkan saya menjawab hujahan @Algazel: satu demi satu:
1. "untuk para pembaca bukan untuk kita" - para pembaca yang memakai "bahasa Melayu" (termasuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia) jelasnya, bukan? Perbezaan tajuk terjemahan antara rantau-rantau yang berkongsi bahasa sama memang biasa dalam bahasa luar sekalipun - lihat bagaimana penutur bahasa Sepanyol menerjemah tajuk filem Airplane! (1980) - jadi tentunya kita perlu titik tumpuan dan rujukan yang sama agar ciri sejagat laman ini lebih berfungsi.
2. Tajuk draf atau tajuk asal sesebuah karya tidak begitu diutamakan berbanding tajuk rasmi karya jika melihat gaya pemberian tajuk dalam laman Wikipedia Bahasa Inggeris - sebagai contoh, komik asal kepada filem Kingsman: The Secret Service diberi nama The Secret Serivce sebelum munculnya filem itu pada tahun 2014.
--Anumengelamun (bincang) 00:52, 31 Mei 2019 (UTC)[balas]

Kekeliruan istilah

Assalualaikum, Anumengelamun! Saya ada sedikit kekeliruan berkenaan penggunaan istilah yang saya ingin rujuk kepada kamu, yakni berkenaan istilah "jambatan angkat".

Dalam WBI, istilah "jambatan angkat" (rujuk en:Drawbridge) merujuk kepada jambatan kuno yang biasanya dibina di hadapan istana atau pintu gerbang, manakala "jambatan angkat" moden seperti sebuah jambatan di Terengganu yang kini heboh diperkatakan, mengikut istilah yang digunakan dalam WBI (rujuk en:Bascule bridge) dipanggil sebagai "jambatan imbang" menurut laman sesawang PPRM (rujuk ini).

Maka, berikutan isu jambatan Terengganu yang saya katakan tadi, saya ingin mencipta rencana Bascule Bridge di WBM, cuma saya tidak pasti manakah tajuk yang lebih sesuai ("jambatan angkat" atau "jambatan imbang") memandangkan istilah "jambatan angkat" nampaknya lebih banyak digunakan. Itu sahaja untuk sekarang. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 10:31, 17 Jun 2019 (UTC)[balas]

Bantu saya

Bolehkah awak bantu saya membirukan pautan merah dalam templat {{Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi}}. Saya sudahpun membirukan separuh daripada pautan merah dalam templat tersebut.-Fandi89 (bincang) 12:19, 26 Jun 2019 (UTC)[balas]

Saya selalunya akan terdorong buat suntingan pada topik yang baharu dapat perhatian daripada bacaan rencana menarik mahupun tontonan berita...jadi manalah tahu, kalau ada tertera, mungkin saya akan segera buat. --Anumengelamun 01:35, 27 Jun 2019 (UTC)[balas]
Tambahan - satu lagi, @Fandi89: - saya nampak saudara masih lagi seperti terjemah bulat-bulat sesetengah rencana (sedikit, tapi tetap ada) tanpa sunting terlebih dahulu agar ia dibaca elok. Janganlah buat macam ini...ia tampak terasa malas. Nak karang buatlah macam tulis untuk majalah yang ada orang nak baca... --Anumengelamun 08:57, 27 Jun 2019 (UTC)[balas]

Sambungan "Kekeliruan istilah"

Assalamualaikum, Anumengelamun! Kamu boleh anggap ruang perbincangan ini sebagai sambungan daripada ruang perbincangan "Kekeliruan istilah" pada bulan lepas. Saya ada beberapa isu berkenaan kekeliruan istilah, termasuk yang berkaitan dengan masalah jambatan yang saya katakan pada bulan lepas.

  • Pertama sekali, isu laman jambatan. Setelah saya lakukan pemeriksaan, nampaknya kita sudah ada laman Jambatan imbang dalam WBM. Cuma, memandangkan frasa "jambatan angkat" dikatakan lebih banyak digunakan, patutkah saya tukarkan tajuk halaman kepada "jambatan angkat" ataupun sudah memadai untuk membina sebuah laman lencongan ke laman tersebut?
  • Kedua, saya ingin menyentuh tentang istilah-istilah saintifik yang digunakan dalam tajuk laman. Bagi isu ini, saya ingin tumpukan fokus kamu ke laman-laman berkaitan unsur logam, khususnya belerang dan timah sari. Saya berasa janggal akan nama tajuk laman yang digunakan, kerana perkataan itu jarang digunakan berbandingkan perkataan "sulfur" dan "zink" masing-masing yang lebih umum digunakan. Oleh itu, saya rasa lebih elok untuk menukarkan tajuk laman, seperti apa yang kamu kata di laman perbincangan saya, yakni tajuk laman sepatutnya menggunakan istilah yang lebih kerap digunakan. Maka, bolehkah kamu berikan keizinan kepada saya untuk menukarkan tajuk laman-laman tersebut?
  • Tambahan pula, mungkin kamu izinkan saya untuk menukarkan tajuk laman Galian Mangan kepada tajuk yang mungkin lebih sesuai. Lagipun, "galian" merujuk kepada mineral, sedangkan mangan ialah sebuah unsur logam.
  • Sebuah lagi isu yang berlegar dalam minda saya ialah nama sebatian kimia, seperti karbon dioksida dan hidrogen peroksida. Saya mempunyai masalah apabila terdapat dua nama bagi unsur yang sama, iaitu nama saintifik seperti "stanum" dan nama umum seperti "timah". Oleh itu, saya tidak pasti sama ada saya ingin namakan sebuah tajuk laman dengan "stanum oksida" ataupun "timah oksida". Harap kamu berikan pandangan tentang perkara ini.
  • Seperkara lagi, saya ingin mencipta laman baharu, yakni en:Complement system dalam WBM. Cuma, saya tidak pasti sama ada tajuknya perlu dinamakan sebagai "sistem komplemen" atau "sistem pelengkap". Bagi saya, isu ini sedikit sukar kerana perkara ini melibatkan istilah perubatan yang jarang diperkatakan. Saya harap agar kamu boleh memberi pandangan bagi perkara ini.

Itu sahaja bagi masa kini. Mohon maaf sekiranya terlalu panjang bagi kamu, tetapi saya harap agar kamu dapat memberi pandangan tentang isu-isu di atas sekiranya ada masa dengan sebaik mungkin. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 12:45, 29 Julai 2019 (UTC)[balas]

Ke hadapan @PeaceSearcher: Salam! Izinkan saya mencuba menjawab sebanyak mana yang boleh...
  1. Saya rasa tak pernah saya dengar perkataan "belerang" dan "timah sari" dipakai dalam konteks saintifik... (saya sendiri belajar masa nak berakhirnya PPSMI) - kedua-dua perkataan ini tidak ada dalam senarai istilah Melayu dipakai. Bahan tin pun (sekurang-kurangnya di Malaysia) memang menggunakan kata padanan Barat saintifik - yakni "stanum".
  2. Pasal hal "mangan" tu, dipersilakan.
  3. Perihal "jambatan angkat vs. jambatan imbang" - saya fikir mungkin kita bisa lencongkan kepada laman lebih bertajuk istilah yang kerap digunakan dalam media Malaysia+Singapura+Indonesia.
  4. Perihal "sistem komplemen/pelengkap" - kalau ikutkan, ia dalam bidang sains, jadi mungkin perlu dimasukkan dalam "sistem komplemen"...tapi cuba cari penggunaan lain terlebih dahulu dalam media lain sebelum sah. Saya sendiri tidak pasti - mungkin boleh lanjutkan kepada Kedai Kopi.
Sekian sahaja! Harap-harap balasan saya ada memadai. Kalau ada apa-apa, hantarkan pesanan lagi. :-) --Anumengelamun; 15:20, 29 Julai 2019 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Baiklah kalau begitu. Saya rasa kebanyakan isu sudah selesai, tetapi biar saya ulaskan sedikit.
Saya rasa tak pernah saya dengar perkataan "belerang" dan "timah sari" dipakai dalam konteks saintifik - Ya, itu masalahnya, kalau pada masa sekarang pun, saya tidak pernah dengar perkataan ini digunakan dalam pembelajaran saya. Saya pun syak bahawa perkara ini sama dalam konteks umum (luar persekitaran dan alam saintifik). Itu sekadar pandangan saya. Seterusnya, dalam isu sebatian unsur, saya lihat dahulu platform-platform lain sebelum membuat keputusan. Perkara sama juga saya akan buat untuk perihal nama unsur buat sekarang.
Berkenaan perihal "sistem komplemen/pelengkap", saya telah membuat semakan ringkas dan nampaknya sistem komplemen banyak digunakan (itupun dalam persekitaran Indonesia, saya hanya dapat satu hasil daripada persekitaran Malaysia yang menggunakan perkataan "komplemen" (Lihat artikel ini)), oleh itu, saya rasa isu itu sudah selesai dan saya teruskan dengan "sistem komplemen" buat sekarang. Lagipun, saya tidak nampak istilah "pelengkap" digunakan dan saya takut penggunaan itu boleh bercanggah dengan bidang lain.
Mungkin itu sahaja bagi sekarang. Terima kasih kerana memberi pendapat! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 00:10, 30 Julai 2019 (UTC)[balas]

Tak perlu

Kepada Anumengelamun, tak perlulah saudara nak salin dan tampal teks bahasa Indonesia di sini. Ini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Indonesia. Faham-fahamlah sikit. Terima kasih.-2001:E68:4424:5225:6923:9B95:69BA:81E6 06:06, 24 September 2019 (UTC)[balas]

Kamu langsung tidak periksakah saya ada tulis dalam sejarah rencana kadangkalanya: "Penulisan semula akan bersambung"? Saya memang nak buat begitu...bersabar sikit boleh tak? --Anumengelamun (bincang) 07:10, 24 September 2019 (UTC)[balas]
Sudahkan rencana yg anda cipta atau "salin-dan-tampal" dari laman id.wiki sebelum membuat rencana baharu. Terdapat jumlah rencana yg agak menonjol yg telah anda cipta tetapi masih dalam bahasa Indonesia. Zamwan (bincang) 00:17, 20 Oktober 2019 (UTC)[balas]
Saya memang sengaja membiarkan kata-kata nama khas dan petikan bait dalam "pengembalian dan penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia" agar kandungan entri lebih jelas diketahui dalam konteks tertentu (takkan nak "Malaysia modenkan" penulisan HAMKA kalau dalam konteks bidang pemikiran dan sastera, misalnya?), tapi saya akan periksa dan baiki kandungan yang lebih merangkumi hal umum jika ada yang terlalu keIndonesiaan.
Saudara juga boleh tolong sekali, ini usaha sama semua penyunting. Saya bukannya ada kelapangan sepanjang masa dapat menghadap komputer riba atau PC (alat paling senang menyunting)... - Anumengelamun
Tolong jangan menyusahkan saya dan pengguna lain. Kita bukan hendak mengejar jumlah rencana. Zamwan (bincang) 12:34, 20 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Tajuk rencana

Sila gunakan nama tajuk di dalam bahasa Melayu. Rencana seperti University of Canterbury harus ditulis sebagai Universiti Canterbury. Terima kasih. Zamwan (bincang) 00:01, 20 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Saya memang mahu sunting dan kembangkan dengan lebih lanjut (hal entri "Universiti Canterbury"), saudara bersabar dan berbaik sangkalah sikit. Saya masa hantarkan entri terbaru saya tu rasa nak mengantuk tidur. Saudara setakat nak maklumkan benda ini tak payahlah menyusahkan kita berdua begini. Saudara boleh sahaja pindahkan juga laman entri berkenaan tanpa menunggu saya... (ಠ_ಠ) Anumengelamun (bincang) 06:43, 20 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Benda yg senang dibuat, tolong jangan menyusahkan pengguna lain. Zamwan (bincang) 12:33, 20 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Hasil pengembalian dan penyejagatan

Apa maksud awak "hasil pengembalian dan penyejagatan", kami tak fahamlah?

"Kami"? Boleh kalian(?) perkenalkan diri kalian? Kalau nak berawanama beginipun, janganlah buat orang risau mahu terperanjat... (ó_ò)" [Nak berbincang di laman Discord pun boleh juga...]
"Pengembalian" di sini bermaksud mengambil semula kandungan daripada laman bahasa baku Indonesia biasanya sebagai asas atau bahan untuk pengembangan lanjut - hal ini memandangkan bahasa Indonesia antara baku Melayu diterima DBP melalui persetujuan MABBIM. Langkah tersebut membawa kepada tindakan seterusnya iaitu "penyejagatan", di sini bermaksud mengolah peristilahan semua perkataan yang dilihat hanya terbatas pemahamannya kepada warga sesebuah negara (misalnya Malaysia atau Indonesia) agar lebih difahami banyak pembaca di rantau-rantau lain (dalam kes ini: seperti Singapura, Brunei serta sebahagian rantau Indonesia di mana Bahasa Melayu masih kekal utuh seperti di Riau, Sumatera dan Kalimantan)...di laman ini, kami memang pertimbangkan banyak kandungan difahami sejagat. Inipun "Wikipedia Bahasa Melayu", bukannya "Wikipedia Bahasa Malaysia", "Wikipedia Bahasa Brunei" dan sebagainya...
- Anumengelamun (bincang) 15:37, 29 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Saya fikir tajuk di Indonesia sendiri tidak diperlukan kerana ini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Indonesia. Mungkin tajuk rencana ini boleh ditukar kepada tajuk semula, Harry Potter dengan Batu Hikmat. Hanamanteo (bincang) 04:42, 21 November 2019 (UTC)[balas]

Habis, laman ini pun bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia". Pembaca di Singapura dan Brunei juga memerlukan sumber ini; bahkan ada kawasan-kawasan dalam Indonesia sendiri mempunyai penduduk yang dikira ber"bahasa Melayu" (meskipun dengan takrifan sedikit berbeza) seperti di Riau dan Sumatera. Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengiktiraf Bahasa Indonesia sebagai baku bahasa Melayu setaraf Bahasa Malaysia melalui inisiatif MABBIMnya...
Kita jangan libatkan politik nasionalisme yang memecahbelahkan negara-negara sebahasa di sini. --Anumengelamun (bincang) 14:09, 21 November 2019 (UTC)[balas]
Jangan lupa, Kalimantan juga menggunakan bahasa Melayu.
Apabila anda rasa tajuk yang digunakan dalam satu rencana salah, mestinya bukan gunakan cara salin tampal, anda harus menggunakan butang pindah bagi memindahkan suatu rencana. Apabila anda masih tidak boleh memindahkan rencana kerana laman lencongan telahpun wujud, anda boleh memohon kepada mana-mana penyelia. Hanamanteo (bincang) 08:10, 22 November 2019 (UTC)[balas]

Hentikanlah

Kepada Anumengelamun yang dikasihi, hentikanlah menggunakan teks bahasa Indonesia di wikipedia bahasa Melayu. Sebelum ini tak pernah berlaku kes seperti ini. Jika tidak, kami akan panggil mana-mana penyelia untuk mengambil tindakan ke atas anda.

Siapa "kami" yang menulis berawanama ini? Saya hanya mengikut pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka di mana bahawasanya Bahasa Indonesia dianggap setara dengan bahasa Malaysia sebagai piawai-piawai bahasa Melayu diiktiraf MABBIM. Kata nama khas dipakai di Indonesia juga sudah lama lazim dipakai oleh pihak media Malaysia.
Kalian mahu berbincang, silakan kita lakukan secara ramah ke laman Discord WBM. Usahlah kamu mahu hantarkan surat layang begini. Jika "kalian" memandai-mandai bawakan politik nasionalis (ini "Wikipedia Bahasa Melayu"- bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia", bahasa-bahasa Norway dan Arab pun ada tapak versi berasingan mereka yang tersendiri) ke tapak ini dengan ugutan kosong sekali lagi, saya akan hubungi rakan seperjuangan saya atas percubaaan kalian menganiaya.
--Anumengelamun (bincang) 04:49, 4 Disember 2019 (UTC)[balas]

Koir

Hi, saya menggunakan handphone sekarang dan tidak ada masa untuk membaca apa yang telah anda revert. Jika anda betul2 membaca history rencana tersebut, anda nampak yang rencana itu bukan saja dibuat oleh saya dan juga sebagai penyumbang utama. Saya menukar untuk mengubah baik isi kandungan rencana2 yang telah saya tuliskan. Apabila saya pulang, saya akan semak apa yang anda revert dan akan tukar balik mengikut keperluan. Sepanjang 13 tahun saya menyumbang di wiki, awak lah orang yang pertama memanggil kerja saya sebagai vandalism. Dan awaklah orang yang paling kurang ajar dan revert kerja orang lain tanpa berfikir −Jay (bincang) 09:31, 25 Disember 2019 (UTC)[balas]