Tengku Muhammad Fakhry Petra: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit |
||
Baris 82: | Baris 82: | ||
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.<ref>[https://www.bharian.com.my/node/12155/ Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis]</ref> |

=== Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan === |
|||
Pada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, [[Putrajaya]] peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, [[Ketua Polis Negara]], Ketua Pengarah [[HUSM]] [[Kubang Kerian]], Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk [[Param Cumaraswamy]]; [[Gobind Singh Deo]]; Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri. |
|||
Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke [[Singapura]] bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa]]. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.<ref>[https://m.malaysiakini.com/news/131209 Habeas corpus difail mohon bawa Sultan Kelantan keluar HUSM]</ref> |
|||
==Saman == |
==Saman == |
Semakan pada 19:26, 12 Oktober 2020
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia | |||||
Tengku Temenggong Kelantan | |||||
Tempoh | 30 Mac 1997 – 30 September 2010 | ||||
Didahului oleh | Tengku Zainal Mulok ibni Almarhum Sultan Ibrahim | ||||
Diikuti oleh | Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz | ||||
Keputeraan | Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Tengku Ismail Petra 7 April 1978 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | ||||
Pasangan | Manohara Odelia Pinot (k. 2008; c. 2009) | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | ||||
Bonda | Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid | ||||
Agama | Islam |
YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
YTM Tengku Mahkota |
YAM Tengku Maharani Putri
|
YBM Tengku Laksamana
|
YBM Tengku Temenggong
|
YM Tengku Sri Kelana D’Raja |
YBM Tengku Kaya Perkasa |
YM Tengku Keso’ma Mastika |
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan lsmail Petra (diputerakan pada 7 April 1978) merupakan putera ketiga kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Yang Amat Mulia merupakan bekas Tengku Temenggong Kelantan dan bekas suami kepada model Indonesia Manohara Odelia Pinot.
Kehidupan awal
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra diputerakan pada 7 April 1978. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan dan mendapatkan pendidikan menengah di United World College, Singapura. Kemudian Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra menyambung pelajaran di Hurt Wood House London di peringkat A Level. Seterusnya Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra melanjutkan pelajaran di University of Westminster dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kewangan.[1]
Keluarga
Adik-beradiknya terdiri daripada:
- Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra (Sultan Muhammad V)
- Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
- Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Kontroversi
Perkahwinan
Tengku Muhammad Fakhry Petra telah berkahwin dengan seorang model dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot pada 26 Ogos 2008. Manohara memakai gelaran Cik Puan Temenggong. Manohara bagaimanapun telah melarikan diri pada 31 Mei 2009 sewaktu mereka berada di Singapura dan mendakwa telah didera.
Pada 13 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu memerintahkan Manohara Odelio Pinot kembali taat kepada suami. Manohara juga hendaklah membayar semula hutang berjumlah RM 1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra. Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohd Yusof Awang dan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry melafazkan sumpah "Yamin Istizhar" (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Jan 2010. Manohara hendaklah kembali taat dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut. Manohara hendaklah juga membayar hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan (3 Januari 2010).
Tindakan Manohara melarikan diri ke Indonesia dan kenyataannya berbaur fitnah di media massa Jakarta. Sedangkan beliau dilayan baik oleh suaminya di Istana Mahkota, Kelantan. Peluang untuk membela diri tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Keistimewaan yang dinikmatinya tidak dapat dinikmati baik wanita Malaysia mahupun wanita Indonesia lain.
Manohara tidak hadir dalam perbicaraan itu walaupun telah diberitahu dan diberi peluang beberapa kali. Peguam Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November 2009. Andainya Manohara enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari, menurut perundangan Islam, beliau merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya. Wujud dokumen dan transaksi pemindahan wang RM1,112,250 dan bukan pemberian daripada suami kepada isteri.[2]
Saman
Pada 30 September 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.
Pada 18 Disember 2010 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh bapanya.[3] Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya Sultan Kelantan berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. Bapanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.
Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika berlaku sebarang perkara di luar jangka. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan sedang gering tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh keputusan pada 31 Disember 2010. Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi bertindak sebagai mewakili responden.[4]
Pada 27 Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan dalam senarai pewaris takhta Kelantan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.
Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry Petra dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.[5]
Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara kerana polis mengurungnya di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Ismail Omar. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan Sultan Ismail Petra untuk membawa Sultan Ismail ke Singapura.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar Malay Mail dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal manakala Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.[6]
Pada 17 Oktober 2014, di Mahkamah Tinggi, membatalkan saman dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.[7]
Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan
Pada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy; Gobind Singh Deo; Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.
Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[8]
Saman
Pada 30 September 2010, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah menerima surat pelucutan daripada majlis perajaan negeri Kelantan. Surat pelucutan itu dilakukan oleh Sultan Muhammad V, selaku Sultan Kelantan baharu yang juga kekandanya susulan kegeringan yang dihadapi Sultan Ismail Petra yang dirawat di Singapura.
Pada 18 Disember 2010 Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman terhadap kekandanya itu, Setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Mufti Kelantan, kerajaan Kelantan dan empat lagi kerabat diraja. Alasannya ialah Tengku Fakhry dilantik sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh bapanya.[9] Menurut Perlembagaan Negeri Kelantan, hanya Sultan Kelantan berhak melucutkan jawatan kerabat diraja dan mengubah kedudukan ahli di dalam majlis perajaan negeri Kelantan. Bapanya melantik Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 2001.
Tengku Mahkota merupakan pewaris utama takhta Kelantan tetapi kedaulatan pemerintahannya perlu disahkan oleh Majlis Perajaan. Tengku Bendahara merupakan pewaris kedua juga berhak mewarisi tahkta jika berlaku sebarang perkara di luar jangka. Tengku Mahkota Kelantan dipilih oleh majlis berdasarkan Artikel 22A Perlembagaan Kelantan semasa sultan sedang gering tenat dan tidak berupaya menghadiri hal ehwal kerajaan negeri. Biasanya perlantikan dan pelucutan adalah prerogatif diraja yang tidak boleh dibicarakan.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan tarikh keputusan pada 31 Disember 2010. Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi bertindak sebagai mewakili responden.[10]
Pada 27 Februari 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mengembalikan kedudukan dalam senarai pewaris takhta Kelantan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara memutuskan Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dan tidak ada sebab Mahkamah Rayuan campur tangan dalam kes itu.
Abdul Wahab memerintahkan pemohon membayar kos RM25,000 kepada responden termasuk Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam Datuk S.Ambiga yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry Petra dan peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi pihak Sultan Kelantan.[11]
Pada 9 Disember 2011, di Mahkamah Tinggi, Tengku Muhammad Fakhry Petra memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Polis Negara kerana polis mengurungnya di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan secara tidak sah pada 2009.Writ saman itu difaikan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur oleh peguamnya Datuk Harpal Singh. Tuntutan saman sebanyak RM50 juta lagi dalam bentuk ganti rugi teladan dan teruk. Ketua Polis Negara ialah Tan Sri Ismail Omar. Pada 2009, ketika itu beliau mengambil kereta Bentley Brooklands atas permintaan Sultan Ismail Petra untuk membawa Sultan Ismail ke Singapura.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 18 Januari 2011 untuk pengurusan saman terhadap akhbar Malay Mail dan menuntut RM50 juta kerana rencana mengaitkannya dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed pada 1 Mei 2010. Peguam dilantik ialah AS Dhaliwal manakala Peguam Koh Chee Hong mewakili kesemua defendan.[12]
Pada 17 Oktober 2014, di Mahkamah Tinggi, membatalkan saman dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah. Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A Dadi yang mewakili defendan, memberitahu mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.[13]
Habeas corpus mohon bawa Sultan Kelantan
Pada 7 Mei 2010, di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas, Putrajaya peguam tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq memfailkan writ habeas corpus untuk membebaskan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Putera ke-3, Tengku Muhammad Fakhry mahu membawa Sultan Kelantan dari hospital. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah HUSM Kubang Kerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.Turut hadir ialah peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy; Gobind Singh Deo; Datuk Mohd Haaziq Pillay. Kes ini pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.
Tengku Muhammad Fakhry tiga kali gagal membawa ayahandanya Sultan Ismail Petra ke Singapura bagi rawatan susulan. Malah, pesawat khas dilarang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pengkalan Chepa. Peguam gagal menemui Sultan Ismail kerana kawalan keselamatan yang ketat. Hanya lima orang dibenarkan mengunjungi Sultan Kelantan dan nama Tengku Muhammad Fakhry tiada dalam senarai.[14]
Panggilan dan gelaran
Gelaran hormat bagi Tengku Muhammad Fakhry Petra | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
- 7 April 1978 - 30 Mac 1979 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Tengku Ismail Petra
- 30 Mac 1979 - 30 Mac 1997 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
- 30 Mac 1997 - 30 September 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Temenggong Kelantan
- 30 September 2010 - 28 September 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
- 28 September 2019 - kini : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Keturunan
Keturunan Tengku Muhammad Fakhry Petra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Penghargaan
Penghargaan Kelantan
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK).
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (SPMK).
Rujukan
- ^ The Royal Ark, Butiran Tengku Muhammad Fakhry Petra
- ^ Manohara Diperintah Kembali Taat Dan Bayar Hutang Lebih RM1 Juta
- ^ Tengku Fakhry saman pemangku Sultan K'tan
- ^ Dari Krisis Rumah Tangga ke Krisis Perebutan Takhta
- ^ Gugur pewaris takhta Mahkamah tolak Tengku Fakhry
- ^ Tengku Muhammad Fakhry saman IGP, tiga lain RM100 juta
- ^ Mahkamah Tinggi batalkan saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
- ^ Habeas corpus difail mohon bawa Sultan Kelantan keluar HUSM

- ^ Royal Ark