Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan
TENGKU FAIZ PETRA.JPG
Pemangku Raja Kelantan
Pemerintahan 8 Disember 2016 - kini
Pelantikan 8 Disember 2016
Tengku Mahkota Kelantan
Pemerintahan 18 Oktober 2010 - kini
Pelantikan 18 Oktober 2010
Tengku Bendahara Kelantan
Pemerintahan 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010
Pelantikan 30 Mac 1989
Keputeraan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Tengku Ismail Petra
(1974-06-20) 20 Jun 1974 (umur 44)
Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nama penuh
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Ayahanda Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Bonda Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
Agama Islam
Tandatangan Tandatangan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Kerabat Diraja Kelantan
Lambang peribadi Sultan Kelantan.png

KDYMM Sultan Muhammad V, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 20 Jun 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Baginda kini menyandang jawatan Pemangku Raja Kelantan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Baginda telah diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Jun 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, baginda berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan baginda. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mac 1989, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-30 keputeraan al-Sultan Kelantan. Pada 18 Oktober 2010, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Pada 8 Disember 2016, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan yang ke-17 pada 5 Julai 2009.

Terasul, gelaran dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Faiz Petra
Coat of arms of Kelantan.svg
Gaya panggilan Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 20 Jun 1974 - 30 Mac 1979: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
  • 18 Oktober 2010 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 8 Disember 2016 - kini : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan

Gelaran penuh baginda ialah: Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah), Pemangku Raja Kelantan

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[2][3]

Penghargaan Kelantan[sunting | sunting sumber]

  • MY-KEL Royal Family Order - Star of Yunus - DK.svg Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus (DK, 30 March 2003).
  • MY-KEL Order of the Crown of Kelantan - Star of Muhammad.svg Knight Grand Commander of the Order of the Crown of Kelantan or Star of Muhammad (SPMK).

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]