Perbezaan antara semakan "PostScript"

Jump to navigation Jump to search
1 bait ditambah ,  11 tahun lalu
Bagaimanapun, kos pelaksanaan PostScript sangat tinggi. Komputer mengoutput kod PostScript yang kemudian ditafsirkan oleh pencetak menjadi imej raster pada [[Peleraian imej|peleraian]] tabii pencetak. Ini memerlukan [[mikropemproses]] yang berprestasi tinggi serta [[ingatan komputer]] yang mencukupi. LaserWriter menggunakan [[Motorola 68000]] 12 MHz yang menyebabkannya lebih cepat berbanding dengan mana-mana komputer [[Macintosh]] yang disambungkannya. Sewaktu enjin pencetak laser berharga melebihi seribu [[dolar Amerika Syarikat]], kos tambahan untuk menyediakan PostScript kelihatan memadai, akan tetapi apabila harga mekanisme pencetak turun, kos melaksanakan PostScript menjadi semakin mahal secara perbandingan.
 
Sebagai suatu standard ''[[de facto]]'' seketika untuk mengedarkan dokumen elektronik bertujuan penerbitan, PostScript kemudian beransur-ansur diambil alih oleh [[Format Dokumen Mudah Alih]] ([[PDF]]), salah satu keturunan sendiri. Menjelang [[2001]], tidak terdapat banyak model pencetak lagi yang datang dengan sokongan untuk PostScript, sebahagian besar diakibatkan oleh persaingan yang semakin meningkat daripada [[pencetak pancut dakwat]] bukan PostScript yang jauh lebih murah, serta juga kemunculan kaedah-kaedah berasaskan perisian baharu yang sesuai untuk mana-mana pencetak mencipta imej PostScript pada komputer (PDF membekalkah salah satu kaedah tersebut). Bagaimanapun, penggunaan pencetak laser PostScript masih dapat mengurangkan dengan ketara beban kerja [[unit pemprosesan pusat]] (CPU) untukdengan ketara semasa mencetak dokumen menerusi perpindahan kerja mencipta imej PostScript daripada komputer kepada pencetak. Oleh itu, PostScript masih merupakan satu pilihan untuk kebanyakan model "atasan".
 
== Bahasa ==

Menu pandu arah