Kirk Douglas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kirk Douglas
Kirk douglas photo signed.JPG
Kirk Douglas, c. 1955
KelahiranIssur Danielovitch
(1916-12-09) 9 Disember 1916 (umur 102)
Amsterdam, New York
KediamanLos Angeles, California
Nama lainIzzy Demsky
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah, pengarang
Tahun aktif1946–kini
Parti politikDemokratik
PasanganDiana Douglas (k. 1943; c. 1951)
Anne Buydens (k. 1954)
AnakMichael (b. 1944)
Joel (b. 1947)
Peter (b. 1955)
Eric (1958–2004)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan United States of America
PerkhidmatanEmblem of the United States Navy.png United States Navy
Tahun perkhidmatan1941-44
PangkatUS-O2 insignia.svg LTJG[1]
Tandatangan
KirkDouglas.png

Kirk Douglas (lahir Issur Danielovitch, 9 Disember 1916) merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan pengarang Amerika Syarikat. Belia merupakan salah seorang pelakon dari Era Keemasan Hollywood yang masih hidup. Beliau muncul pertama kali menerusi filem The Strange Love of Martha Ivers (1946) berganding bersama Barbara Stanwyck. Douglas kemudiannya membina nama menerusi filem-filem pecah panggung sepanjang tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau telah muncul dalam lebih daripada 90 buah filem.

Beliau mula mendapat perhatian menerusi filem Champion (1949), yang melayakkan beliau tercalon buat pertama kali dalam Anugerah Akademi menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Selain itu, antara filem terawal beliau termasuklah Young Man with a Horn (1950), bergandingan bersama Lauren Bacall dan Doris Day; Ace in the Hole bersama Jan Sterling (1951); dan Detective Story (1951). Beliau kemudiannya memperoleh pencalonan kedua Oscar menerusi The Bad and the Beautiful (1952) dan pencalonan ketiga menerusi Lust for Life (1956).

Pada tahun 1955, Douglas membina Bryna Productions dan menerbitkan filem seperti Paths of Glory (1957) dan Spartacus (1960). Menerusi kedua-dua buah filem tersebut, Douglas membintangi dan bergandingan dengan seorang pengarah yang tidak dikenali, Stanley Kubrick. Douglas kemudiannya menerbitkan dan membintangi Lonely Are the Brave (1962) dan Seven Days in May (1964). Pada tahun 1963, beliau membintangi pementasan Broadway, One Flew Over the Cuckoo's Nest, sebuah cerita yang dibelinya, yang mana kemudian memberikan kepada anaknya Michael Douglas bagi menghasilkan sebuah filem yang memenangi Oscar pada tahun 1975.

Sebagai seorang pengarang, Douglas pernah menulis sepuluh buah novel dan memoir. Beliau disenaraikan di tempat ke-17 sebagai lagenda skrin lelaki terhebat perfileman Hollywood klasik oleh Institut Filem Amerika Syarikat. Beliau pernah terselamat dari nahas helikopter pada tahun 1991 dan menderita strok pada tahun 1996. Beliau kini tinggal bersama isteri keduanya, Anne Buydens ( 64 tahun), seorang penerbit. Beliau telah berusia 100 tahun pada tahun 2016.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Douglas, Kirk, LTJG". www.navy.togetherweserved.com. Dicapai January 10, 2018. 
  2. ^ Bradshaw, Peter (December 9, 2016). "Kirk Douglas at 100: a one-man Hollywood Mount Rushmore". The Guardian. Dicapai December 17, 2016. 

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]