Kuah sate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuah Sate merupakan satu bahan cicahan atau sos kepada sate yang akan dimakan. Ia digunakan sebagai satu bahan penambah selera. Kuah Sate atau kuah kacang, diperbuat dari bahan-bahan seperti rempah ratus, kacang tanah, santan, cili kering, minyak masak dan sedikit belacan. Gula merah juga boleh ditambahkan ke dalam kuah sate untuk meningkatkan warna dan rasa kuah sate. Kacang tanah akan ditumbuk halus atau kasar mengikut selera.