Daerah Kulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kulaijaya)
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Kulaijaya, Johor.svg

Daerah
Johor Darul Ta'zim
Kulai 古来
كولاي
Pejabat daerah Kulai
Pegawai daerah Haji Abdul 'Alim bin Abd Shukor
Kawasan
 - Jumlah 75,122 hect km²
Populasi
 - Anggaran 2000
 - Kepadatan /km²
Universiti Teknologi Malaysia, sebuah universiti nasional yang terletak di daerah Kulai.

Daerah Kulai adalah salah satu daripada dua daerah baru yang diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Daerah baru ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kulai ditadbir oleh Pejabat Daerah Kulai. Ia terbentuk hasil daripada naik taraf sub-daerah Kulai kepada satu daerah penuh dan diwartakan pada 29 Mac 2007 dan dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan pada 21 Jun 2008 oleh Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail Sultan Johor pada ketika itu.

Pada 28 Ogos 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah menitahkan Kerajaan Johor untuk menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya iaitu Kulai dengan serta-merta[1].

Pihak berkuasa tempatan di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Kulai.

Kerusi Parlimen P163 KULAI adalah kerusi parlimen yang mengandungi peratus penduduk Cina tertinggi di Johor (69%).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan daerah Kulai dan ibu daerahnya, Bandar Kulai

Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jalan besar Kulai iaitu Laluan Persekutuan Jkr-ft1.png menempatkan banyak rumah kedai. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Daerah Kulai mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Daerah ini masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Daerah ini turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai. Daerah Kulai juga berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai pusat beli-belah yang terdapat di dalam daerah tersebut. Antaranya ialah Johor Premium Outlets, IOI Mall, Giant, MYDIN, SuperCowboy, TJ Mart, AEON Kulaijaya, dan Pasar Raya Econsave. Johor Premium Outlets merupakan premium outlet yang pertama dibina di Asia Tenggara dan disitu terdapat pelbagai barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Adidas, Nike, Amani dan lain-lain lagi. Pada tahun 2013, kawasan ini akan membina satu taman tema air brtaraf anatarabangsa dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang. IOI Mall merupakan pusat beli-belah pertama yang dibina di dalam daerah ini yang terletak di Bandar Putra. AEON Kulaijaya yang terletak di Indahpura telah siap dibina dan dibuka pada 27 November 2013.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  • Hutan Rekreasi Gunung Pulai
  • Zoo Saleng (Telah ditutup operasinya pada tahun 2012)
  • Hutan Bandar Putra Kulai
  • Palm Villa Golf & Country Resort
  • Orchid Golf & Country Resort
  • Pusat Akuarium Nanyang, Ayer Bemban
  • Kompleks Membeli-belah IOI Mall
  • AEON Mall Kulaijaya

Bandar, perumahan, dan kampung[sunting | sunting sumber]

Hutan Bandar Putra, kawasan rekreasi terbaru di Kulai.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Kulai
  2. Mukim Senai
  3. Mukim Sedenak
  4. Mukim Bukit Batu

Pekan[sunting | sunting sumber]

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Kampung[sunting | sunting sumber]

Petempatan FELDA[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

1°40′N 103°36′E / 1.667°U 103.600°T / 1.667; 103.600

  1. [1]