May (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan MAY)
Jump to navigation Jump to search
MAY
Juga dikenali sebagai
M.A.Y
Berasal dariIpoh, Perak, Malaysia
GenreRock, Heavy metal, Glam metal
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1985- sekarang
Syarikat rakaman
1988 - 1990: Warnada
1991: Antares Muzik
1992 - 1994: Suria Records
1995 - 1998: BMG Music
2003 - 2008: Nova Music
AhliMus - vokal
Man - drum
Abu - gitar
Yus - bass
Bekas ahliYantzen - vokal
Oney - vokal

Kumpulan May ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia[1] semenjak pertengahan dekad 1980-an. Kumpulan ini membawakan lagu-lagu berbahasa Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1985 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar). M.A.Y. mula menyertai pertandingan Battle of Rock peringkat negeri Perak pada tahun 1986 di mana mereka muncul sebagai juara. Kemudian kumpulan M.A.Y.menyertai pertandingan Battle of Rock Malaysia pada tahun yang sama. Dalam pertandingan Battle of Rock Malaysia 86 anjuran Lokman Junit dan Dewi Suhana Studio, Johor Bharu tersebut, kumpulan M.A.Y. muncul sebagai juara. Manakala penyanyi utama kumpulan M.A.Y., Mus telah muncul sebagai vokalis terbaik.

Selepas kejayaan pada pertandingan Battle of Rock 1986, kumpulan M.A.Y. telah muncul dalam satu album bersama empat lagi kumpulan rock dari siri pertandingan Battle of Rock. Album yang berjudul Juara-Juara Rock 1 tersebut menampilkan kumpulan M.A.Y., Burnmarks (Johor), D'Febians (Johor), Scandals (Kuala Lumpur) & Metalian (Selangor). Album yang diterbitkan pada Januari 1987 itu menampilkan 2 lagu dari setiap kumpulan. Selepas kejayaan album Juara-juara Rock 1, pihak syarikat rakaman Warnada telah menerbitkan album Juara-Juara Rock 2 pada bulan Mei 1987 dengan konsep yang sama. Album Juara-juara Rock 3 pula diterbitkan pada Disember 1987. Antara lagu-lagu popular dari album Juara-Juara Rock adalah Derita Bangsa, Sketsa Sebuah Cinta dan Bayangan Hidup.

M.A.Y muncul dengan album penuh pertama pada tahun 1988 selepas kejayaan album Juara-Juara Rock 1, 2 & 3 pada tahun 1987. Album pertama kumpulan M.A.Y diberi judul Dilema diterbitkan pada Februari 1988. Semua lagu dalam album Dilema dicipta dan diolah sendiri oleh anggota kumpulan M.A.Y. Album tersebut diterbitkan oleh Raymond Lim di bawah penerbitan Syarikat Warnada. Antara lagu-lagu hits dari album tersebut adalah Sketsa Sebuah Cinta, Ku Dalam Dilema, Kau Masih Lena dan Tiada Lagi Engkau. Album Dilema berjaya dijual melebihi 25,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y menerima Cakera Emas. M.A.Y. juga banyak menerima undangan pertunjukan pentas selepas kejayaan album Dilema.

Album kedua kumpulan M.A.Y., Hakikat menyusul pada Januari 1989. Album Hakikat diterbitkan oleh Thomas Ham di bawah Syarikat Warnada. Lagu-lagu dalam album tersebut kebanyakannya dicipta oleh anggota M.A.Y. sendiri. Antara lagu-lagu hits dari album Hakikat adalah Sendiri, Cintamu Mekar Dihatiku, Dalam Kembara & Cintaku Sewangi Kasihku. Album Hakikat berjaya dijual melebihi 200,000 unit dan melayakkan kumpulan M.A.Y. dianugerahkan Cakera Platinum Kembar Empat. Album Hakikat juga berjaya memasuki pasaran Indonesia dan memasuki peringkat akhir Juara Lagu 89 dan menjuarai beberapa carta lagu popular seperti Pujaan 10 Nescafe. Kumpulan M.A.Y. juga terlibat dengan konsert berskala besar seperti Konsert Kotaraya. Album ketiga M.A.Y., Rahsia diterbitkan pada Ogos 1990. Album yang menampilkan irama heavy metal itu mengandungi lagu-lagu hits seperti Gadis Bertudung Putih, Diari Cinta Pertama & Terukir Janji. Album yang diterbitkan oleh Thomas Ham tersebut menampilkan lagu-lagu ciptaan komposer lain seperti J.S. Kevin. Rahsia berjaya dijual melebihi 100,000 unit dan melayakkan M.A.Y. menerima cakera platinum berkembar dua.

Selepas album ketiga, Rahsia, M.A.Y. meninggalkan Syarikat Rakaman Warnada dan menyertai syarikat rakaman yang baru, Syarikat Muzik Antares. M.A.Y. menghasilkan album keempat berjudul Strategi bersama Music Antares pada tahun 1991. Album Strategi diterbitkan oleh M.A.Y. dan Adeeb Abdullah selaku penerbit eksekutif, manakala Nan (Saturnine) bertindak sebagai penolong penerbit. Lagu-lagu dari album Strategi antaranya Abadi, Empat Sudut Berdiri & Sendiri Untuk Kemana. Album Strategi kurang mendapat sambutan seperti album Hakikat & Rahsia.

Kumpulan M.A.Y berpecah selepas kegagalan album keempat mereka tersebut. Mus menubuhkan kumpulan Strangers bersama Nan (ex-Saturnine - guitar), Bad (ex-Handy Black - Bass) & Black (ex-Wings - drum). Kumpulan Strangers sempat menghasilkan sebuah album bertajuk Strangers pada tahun 1992. Lagu-lagu dari album Stangers seperti Satu Pengertian, Mahligai Impian & Bukit Sunyi. Album terbitan Warnada itu merupakan album pertama & terakhir Strangers sebelum berpecah.

Manakala anggota kumpulan M.A.Y. yang lain berjaya mendapatkan bekas vokalis Rusty Blades, saudara J Yantzen sebagai vokalis baru M.A.Y.

Bersama Yantzen, kumpulan M.A.Y. menghasilkan album Zeit Geist pada tahun 1992. Album terbitan syarikat rakaman SRC dengan Allahyarham Samad Mean (ex-guitarist Lefthanded) bertindak sebagai penerbit album itu menampilkan irama heavy metal. Album tersebut mengembalikan era kegemilangan kumpulan M.A.Y. Album tersebut mendapat sambutan hebat dan berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Kumpulan M.A.Y. juga kembali mendapat undangan mengadakan konsert live di tapak pesta, ekspo & konsert bergerak.

Berikutan kejayaan album Zeit Geist, kumpulan M.A.Y. yang masih mengekalkan Yantzen sebagai penyanyi utama, muncul dengan album ke-6 mereka, Wira Cyborg pada tahun 1994. Album Wira Cyborg masih mengekalkan Samad Mean selaku penerbit dan diterbitkan oleh Syarikat Suria Record. Lagu-lagu popular dari album Wira Cyborg adalah Suci & Hasrat Cinta & Tuhan.

Album Wira Cyborg turut mendapat sambutan baik dari peminat. Album tersebut berjaya dijual melebihi 100,000 unit. Selepas album Wira Cyborg, kumpulan M.A.Y. sempat merakamkan semula lagu-lagu popular mereka dari album terdahulu disamping lagu-lagu baru. Album yang diberi judul Layar dipasarkan oleh Suria Rekod pada tahun 1995, walaupun kumpulan M.A.Y. telah berhijrah ke Syarikat BMG pada ketika itu. Album Layar diterbitkan oleh saudara Samad Mean. Album Layar mengandungi lima lagu hits M.A.Y. yang dirakamkan semula dan dinyayikan oleh Yantzen dan lima lagu baru yang belum dirakamkan seperti Layar, Membantah Kata, Dimana Harga Dirimu, Jauh Rasanya dan Arca Kehidupan.

Pada tahun 1995 kumpulan M.A.Y. telah menghasilkan album studio ke tujuh mereka, Ideologi bersama Syarikat Rakaman BMG Music. Album yang diterbitkan oleh Samad Mean itu masih mengekalkan rentak hard rock di sulami dengan lagu slow rock. Antara lagu-lagu menarik dalam album Ideologi adalah Janji, Ikhlas, Trajis Impi dan Cinta Yang Tersia. Album Ideologi tidak mendapat sambutan sehebat album Zeit Geist dan Wira Cyborg walaupun dari segi kualiti lagu lebih baik dari album terdahulu.

Selepas album Ideologi, Yantzen telah mengundurkan diri dari kumpulan M.A.Y. Kumpulan M.A.Y. terpaksa menguji penyanyi baru untuk mengggantikan tempat Yantzen. Akhirnya bekas penyanyi kumpulan Lipanbara, Oney dipilih sebagai penyanyi utama M.A.Y.

Bersama Oney, kumpulan M.A.Y telah menghasilkan sebuah album baru, Penaklukan pada tahun 1996. Album yang diterbitkan oleh saudara Salman Shariff itu mengandungi lagu hit Jemu. Pada tahun 1997 kumpulan M.A.Y. bersama Oney merakamkan semula lagu-lagu 60-an yang diberi nafas rock disamping 2 lagu baru.

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah.

Tiga vokalis May, Yantzen (kiri), Mus dan Oney

Anggota asal[sunting | sunting sumber]

(1985 - sekarang)
  1. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1960) - Drum
  2. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) - Gitar
  3. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, lahir 1962) - Bass

Bekas vokalis[sunting | sunting sumber]

  1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) - Vokal (1985 - 1991), (2002 - 2019)
  2. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade (1992 - 1996)
  3. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipan Bara (1997 - 2002)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1988 Dilema
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1988
  • Label : Warnada Records
Melebihi 75,000 Unit
1989 Hakikat
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1989
  • Label : Warnada Records
Melebihi 200,000 Unit
1990 Rahsia
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1990
  • Label : Warnada Records
Melebihi 150,000 Unit
1991 Strategi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1991
  • Label : Anteras Records
Melebihi 50,000 Unit
1992 Ziet Geist
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1992
  • Label : SRC
Melebihi 100,000 Unit
1994 Wira Cyborg
  • Album studio
  • Dikeluarkan :
  • Label : SRC
Melebihi 100,000 Unit
1995 Layar
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : SRC
Melebihi 60,000 Unit
Ideologi
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG
Melebihi 30,000 Unit
1997 Penaklukan
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG
Melebihi 100,000 Unit
Keras
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG
Melebihi 30,000 Unit
2003 Sinar
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2003
  • Label : NOVA Music
Melebihi 50,000 Unit
2004 Otai Jamm!
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2004
  • Label :
Melibihi 15,000 Unit
2006 Otai Jamm 2
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2006
  • Label :
Mencapai 15,000 Unit
2008 Rock Klasik
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2008
  • Label :
2011 25th Anniversary
  • Album studio
  • Dikeluarkan : 2011
  • Label :

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Live[sunting | sunting sumber]

Live & Unplugged at Planet Hollywood (2005)[sunting | sunting sumber]

01 - Sendat & Ketat
02 - Jiwa Karat
03 - Pelayaran
04 - Penghuni Kota
05 - Grafiti
06 - Dari Kaca Mata
07 - Mai Pen Rai
08 - Sinar
09 - Gadis Bertudung Putih
10 - Sketsa Sebuah Cinta
11 - Ku Dalam Dilema
12 - Sendiri
13 - Cintamu Mekar Dihati
14 - Wira Cyborg
15 - Meniti Suratan (Yantzen)
16 - Siapa Kau
17 - Hakikat Perjuangan

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1993 Penyu (Watak Utama)
2012 Man Sewel Datang KL (Penampilan Khas)

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Lagu (AJL) - MAY pernah menyertai peringkat akhir AJL sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1989 menerusi lagu Sendiri dan 2003 dengan lagu Sinar.
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) - MAY memenangi kategori Album Hard Rock Terbaik selama tiga tahun berturut-turut iaitu AIM 2004 menerusi album Sinar, AIM 2005 menerusi album Otai Jamm! dan AIM 2006 menerusi album Live & Unplugged at Planet 05. Manakala album Ideologi tersenarai dalam Top 5 di AIM 1996.
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Empat, album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia. 
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia. 

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • May pernah membintangi sebuah filem iaitu Penyu pada tahun 1994. Pada waktu itu vokalis May ialah Yantzen dan mereka diberi watak sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.
  • Album Hakikat berjaya memasuki pasaran album di Indonesia pada tahun 1990.
  • Pelakon Norazah Aziz membintangi muzik video lagu Meniti Suratan dari album Ziet Geist (1992).
  • Mus merupakan satu-satunya vokalis yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu dengan dua kumpulan berlainan, iaitu pada tahun 1989 dan 2003 sebagai vokalis May, manakala pada tahun 1997 sebagai vokalis Wings.
  • Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Keras iaitu Bergegar Segunung Rindu ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Man, pemain drum May.
  • Gitaris May, Abu berasal dari keluarga berdarah seni dan merupakan anak saudara kepada ikon pop yeh yeh 60-an, Allahyarham M. Shariff.
  • Pemain bass May, Yus pernah dilanda gosip hangat pada tahun 2010 apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun yang merupakan penghidap penyakit Aids mendakwa beliau adalah bapa kandungnya. Walau bagaimanapun perkara tersebut telah diselesaikan secara baik dan dianggap sebagai salah faham.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • ^ Bubar ketika di puncak