Anugerah Juara Lagu ke-12

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-12
Tarikh27 Disember 1997
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraShamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Ghazal Untuk Rabiah"


Juara Lagu 1997 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1997. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan telah diacarakan oleh Shamsul "Ghau Ghau" dan Anne Hamid.

Acara kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila komposer M. Nasir menang buat kali kedua Anugrah Juara Lagu dan lebih manis buat kali pertama dalam kategori Irama Malaysia dengan lagu "Ghazal Untuk Rabiah".

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1997, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1997.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia "Hela Bubu Hela" Ahmad Zakaria (Kiya) Saba Kumpulan A to Z "Iyo Ko?" [1] Sony Music Finalis
Balada "Senja Nan Merah" Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir / Darwis) Syed Seth Syed Jaafar (Seth) Awie
Ziana Zain
"Merah" [2] Sony Music - BMG / Luncai Emas Finalis
Pop Rock "Apa Ku Rasa" Fauzi Marzuki Rozita Abdul Hamid (Darwish) Shima "Rasa" [3] Sony Music Finalis
Irama Malaysia "Ghazal Untuk Rabiah" Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir)
Jamal Ubaidillah Ali (Jamal Abdillah)
Rosli Khamis (Cenderawasih)[4] Jamal Abdillah
M. Nasir
"Suratan Kasih"[5] Warner - WEA Juara
Juara Kategori
Balada "Naluri (Hadirlah Kekasih)" Johan Nawawi Johan Nawawi Nora Ariffin "Naluri" [6] Warner - WEA Finalis
Pop Rock "Biru Mata Hitamku" Andi Rahman Rosli Khamis (Loloq) Kumpulan Wings "Biru Mata Hitamku" [7] Universal - BMG /Flywings Finalis
Irama Malaysia "Awallah Dondang" Anak Sarawak Hairul Anuar Harun Noraniza Idris "Ala Dondang" [8] Suria Records Finalis
Balada "Aku Cinta Padamu" Rozman Shafie (LY) Norkhayati Hashim (Baiduri) Siti Nurhaliza "Siti Nurhaliza - Vol 2" [9] Suria Records Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Pop Rock "Itik Gembo-gembo" Yap Yu Pit (Helen Yap) Rozita Abdul Hamid (Darwish)
Azlan Aziz (Lan A to Z)
Kumpulan A to Z "A To Z: 3" [10] Sony Music Juara Kategori
Irama Malaysia "Kalau Mencari Teman" Razman Mohd Nor Habsah Hassan Ziana Zain "Puncak Kasih" [11] Sony Music - BMG Finalis
Balada "Seroja" Mohd Nasir Mohamed (M. Nasir) Syed Mohd Amin Syed Hashim (S. Amin Shahab) Kumpulan Search "Rock 'N' Roll Pie" [12] Universal - BMG / Go-Search Finalis
Pop Rock "Cemburu" Zuriani Khalid Zonneveld
Shaiful Azri Bin Mohd Ariffin (Riot)
Hairi Yaacob
Zack Mohamaad
Jay Shoib
Taufik Ibrahim (Pat Ibrahim)
Shaiful Azri Bin Mohd Ariffin (Riot)
Taufik Ibrahim (Pat Ibrahim)
Kumpulan Kool "Fantasi" [13] Sony Music Finalis

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

  • Ooi Eow Jin (Ketua Juri)
    • Bartje Van Houten (Indonesia)
    • Abdul Jalil Salleh (Juwie)
    • Prof. Nik Safiah Karim
    • Aishah Ali
    • Eddie Marzuki (Singapura)
    • Johari Salleh
    • Saiful Hizan Hashim (Ketua Juruaudit)

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • AJL edisi kali ini merupakan pertama kali Kategori Irama Malaysia memenangi Juara Lagu, dan sekali lagi M.Nasir menjadi perintis dengan menjuarainya dengan Lagu "Ghazal Untuk Rabiah" berduet dengan Jamal Abdillah.
  • Edisi ini merupakan pertama kali gandingan duet memenangi Juara Lagu.
  • Edisi AJL kali ini pertama kali diacarakan sepenuhnya dalam Bahasa Baku apabila Kementerian Penerangan pada ketika itu menekankan penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam media arus perdana.
  • Edisi ini juga menggunakan tema "High Tech Stage" yang menyahut seruan kerajaan terhadap projek Korridor Raya Multimedia MSC
  • Set pentas untuk kali ini amat menarik iaitu mempunyai tangga ke atas yang bukan setakat hiasan tetapi boleh digunakan penyanyi untuk 'turun naik' ke pentas.
  • Hanya 2 Kumpulan/Band yang layak ke peringkat akhir AJL kali ini, iaitu 2 Kumpulan Rock Gergasi Malaysia, Kumpulan Search yang bertanding dalam kategori Balada & Kumpulan Wings dalam kategori Pop Rock.Gergasi Rock ini membuat persembahan di satu pentas yang sama selepas 8 tahun yang lalu.
  • Awie, bekas vokalis Kumpulan Wings, turut berentap dalam AJL kali ini, berduet dengan Ziana Zain dalam kategori Balada.
  • Edisi ini juga penampilan pertama Loloq menggunakan nama pena 'LOLOQ" dalam AJL.
  • AJL kali ini merupakan penampilan pertama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berentap dalam kategori Irama Malaysia.
  • Helen Yap memenangi kategori Pop Rock 2 kali berturut-turut, selepas Kumpulan Kool pada tahun sebelumnya dengan lagu "Bebas".
  • Siti Nurhaliza mencipta sejarah AJL sebagai artis pertama dengan memenangi Persembahan Terbaik 2 tahun berturut-turut.
  • Ruhil Amani telah muncul sebagai persembahan selingan.
  • Kumpulan Wings dan Search bertanding buat kali kedua di dalam Anugerah Juara Lagu 1997. Kali pertama mereka bertanding di pentas AJL adalah pada tahun 1989 dimana lagu 'berhantu' dendangan kumpulan Search iaitu Isabella telah menjadi juara pada tahun tersebut. Setelah 8 tahun, mereka bertanding sekali lagi di pentas AJL kali ini dengan kategori yang berbeza. Kumpulan Wings membawakan lagu 'Biru Mata Hitamku' dalam kategori Pop Rock manakala kumpulan Search membawakan lagu 'Seroja' dalam kategori Balada. Namun nasib tidak menyelebelahi kedua-dua kumpulan tersebut apabila gagal meraih sebarang anugerah di dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu 1997 tersebut.