Kumpulan Tentera Darat C

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kumpulan Tentera Darat C (dalam bahasa Jerman, Heeresgruppe C atau HGr C) adalah sebuah kumpulan tentera darat dalam Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Darat C telah dibentuk dari Kumpulan Tentera Darat 2 di Frankfurt pada 26 Ogos 1939. Ia pada awalnya memerintah semua pasukan tentera Jerman di barisan barat tetapi selepas kempen Poland, ia telah dikurangkan kuasa dengan memerintah bahagian selatan barisan barat, memimpin serangan depan melalui Garis Maginot semasa bulan Jun 1940. Pada penghujung Pertempuran Perancis ia dipindah balik ke Jerman – dibawah nama samaran ‘’Staf Bahagian Prusia Timur’’ – kemudian berpindah ke Prusia Timur pada 20 April 1941. Pada 21 Jun 1941 ia telah dinamakan semula Kumpulan Tentera Darat Utara.

Ditubuhkan semula pada 26 November 1943, Kumpulan Tentera Darat C menjadi pasukan bawahan Panglima Tertinggi Selatan (Luftwaffe) dan memerintah barisan barat daya dalam Kempen Itali. Pada 2 Mei 1945 Kumpulan Tentera Darat C menyerah kalah.

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

Komposisi[sunting | sunting sumber]