Kumpulan Tentera Darat Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Tentera Darat Utara (Jerman: Heeresgruppe Nord) ialah sebuah formasi besar strategik Jerman, menguasai sekumpulan tentera darat medan semasa Perang Dunia II. Kumpulan tentera darat tersebut terletak dibawah Oberkommando des Heeres (OKH), iaitu Markas Besar Tentera Darat Jerman, dan menyelaraskan operasi kor yang berasingan, formasi simpanan, pasukan barisan belakang dan logistik.

Formasi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Darat Utara telah ditubuhkan pada 2 September 1939 oleh penyusunan semula Markas Tentera Darat Ke-2.
Panglima 27 Ogos 1939: Kolonel Jeneral Fedor von Bock

Sejarah kempen dan operasi[sunting | sunting sumber]

Pencerobohan Poland[sunting | sunting sumber]

Tugas pertama Kumpulan Tentera Darat Utara ialah didalam Pencerobohan Poland pada September 1939, dimana ia menguasai:

Kumpulan Tentera Darat Utara telah diperintah oleh Fedor von Bock semasa operasi itu.

Setelah Kempen Poland selesai ia telah dipindahkan ke Barisan Barat dan pada 10 Oktober 1939 telah dinamakan semula sebagai Kumpulan Tentera Darat B, dan terdiri daripada:

Operasi Barbarossa[sunting | sunting sumber]

Sebagai persediaan untuk Operasi Barbarossa, Kumpulan Tentera Darat Utara telah dibentuk semula daripada Kumpulan Tentera Darat C pada 22 Jun 1941. Kumpulan Tentera Darat Utara telah diperintah oleh Fil Marsyal Wilhelm Ritter von Leeb[1] dan berpangkalan di Prusia Timur. Sasaran strategiknya ialah Leningrad, dengan objektif operasi mendapatkan wilayah-wilayah Baltik dan menguasai rusuk utara Kumpulan Tentera Darat Tengah di Utara Rusia antara Barat Sungai Dvina dan sempadan Kumpulan Tentera Darat Daugavpils-Kholm. Pada permulaan operasi penyerangan Baltik Wehrmacht, Kumpulan Tentera Darat ini dikerahkan kedalam Lithuania dan utara Belorussia.

Ia beroperasi sepenuhnya di wilayah Baltik dan utara Rusia sehingga tahun 1944.

Panglima 22 Jun 1941: GFM Wilhelm Ritter von Leeb

Ketumbukan darat bawahannya telah dikerah dengan objektif berikut:

Operasi penyerangan Baltik[sunting | sunting sumber]

Semua objektif operasi seperti Tallinn telah dicapai walaupun terdapat tentangan sengit Tentera Merah dan beberapa penyerangan balas yang tidak berjaya seperti Pertempuran Raseiniai, dan Kumpulan Tentera Darat itu menghampiri Leningrad, memulakan Pengepungan Leningrad. Walau bagaimanapun, sementara negara-negara Baltik ditakluki, Pengepungan Leningrad berterusan sehingga tahun 1944, apabila ia ditamatkan akibat daripada Operasi penyerangan strategik Leningrad-Novgorod Tentera Merah.

Pada September 1941, Divisyen Biru Sepanyol telah ditugaskan ke Kumpulan Tentera Darat Utara .

Operasi penyerangan Utara Rusia[sunting | sunting sumber]

Komposisi:
Oktober 1941

  • 16 Armee
  • 18 Armee

Nevsky Pyatachok
Operasi Nordlicht

Kempen pertahanan Utara Rusia[sunting | sunting sumber]

Panglima 17 Januari 1942: GFM Georg von Küchler

Komposisi:
September 1942

  • 11 Armee
  • 16 Armee
  • 18 Armee

Disember 1942

  • 16 Armee
  • 18 Armee

Kelompok Demyansk
Kelompok Kholm
Operasi Toropets-Kholm Soviet
Pertempuran Velikiye Luki
Pertempuran Krasny Bor

Kempen pertahanan Baltik[sunting | sunting sumber]

Panglima 9 Januari 1944: GFM Walter Model
Panglima 31 Mac 1944: Generaloberst Georg Lindemann
Panglima 4 Julai 1944: Generaloberst Johannes Friessner
Panglima 23 Julai 1944: GFM Ferdinand Schörner

Mac 1944

Pertempuran Narva, terdiri daripada:

  1. Pertempuran untuk Kubu Terdepan Narva dan
  2. Pertempuran Garis Tannenberg

Kombat di Estonia Selatan, 1944
Penyerangan Baltik
Pertempuran Porkuni
Pertempuran Vilnius (1944)
Pertempuran Memel

Selepas terperangkap dalam Kawah Courland pada 25 Januari 1945, Kumpulan Tentera Darat itu telah dinamakan semula sebagai Kumpulan Tentera Darat Courland. Pada hari yang sama, di Prusia Timur, sebuah Kumpulan Tentera Darat Utara yang baru telah diwujudkan dengan menamakan semula Kumpulan Tentera Darat Tengah. Pada 2 April 1945, kumpulan tentera darat itu telah dibubarkan, dan stafnya membentuk markas Tentera Darat Ke-12.

Kempen di Prusia Timur[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Darat Utara (Kumpulan Tentera Darat Tengah lama), telah ditarik kedalam kelompok kecil keliling Königsberg di Prusia Timur. Pada 9 April 1945 Königsberg akhirnya jatuh ke tangan Tentera Merah, namun saki baki unit Kumpulan Tentera Darat itu terus berjuang di Heiligenbeil & kubu terdepan Danzig sehingga penghujung perang di Eropah.

Oktober 1944

November 1944

Disember 1944

  • 16 Armee
  • 18 Armee

Penyerangan Prusia Timur Soviet
Pertempuran Königsberg
Kelompok Heiligenbeil

Kempen di Prusia Barat[sunting | sunting sumber]

Panglima 27 Januari 1945: Generaloberst Dr. Lothar Rendulic
Panglima 12 Mac 1945: Walter Weiss
Komposisi:
Februari 1945

Penyerangan Pomerania Timur Soviet
Pertempuran Kolberg
Kelompok Courland
Pada 25 Januari 1945 Hitler menamakan semula tiga kumpulan tentera darat. Kumpulan Tentera Darat Utara menjadi Kumpulan Tentera Darat Courland, lebih sesuai kerana ia telahpun diasingkan dari Kumpulan Tentera Darat Tengah dan telah terperangkap di Courland, Latvia; Kumpulan Tentera Darat Tengah menjadi Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat A menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah.

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kirchubel, Robert (2012). Operation Barbarossa 1941 (2): Army Group North. Osprey. m/s. 18.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Das Deutsche Reich und der Zweite Weltkrieg, vol. 8. Die Ostfront: 1943/44; der Krieg im Osten und an den Nebenfronten. Mit Beiträge von Karl-Heinz Frieser, Bernd Wegner u.a. 2007: Militärgeschichtlichen Forschungsamt.
  • Hoth, Hermann. Panzer-Operationen 1956: Heidelberg, Kurt Vowinckel Verlag,

Pautan luar[sunting | sunting sumber]