Tentera Darat Panzer Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Oleh kerana bilangan angkatan tentera Jerman yang komited untuk Kempen Afrika Utara dalam Perang Dunia II meningkat daripada komitmen permulaan sebuah kor kecil, pihak Jerman menubuhkan satu struktur ketumbukan yang lebih rumit dan meletakkan Afrikakorps yang diperbesarkan ini, bersama-sama unit Itali dibawah pemerintahan baru Jerman dan ketumbukan yang berturut-turut telah diwujudkan untuk mengurus tentera Paksi di Afrika:

  • Kumpulan Panzer Afrika, (Panzergruppe Afrika, Gruppo Corazzato Africa) Ogos 1941 – Januari 1942; pasukan Jerman-Itali
  • Tentera Darat Panzer Afrika, (Panzerarmee Afrika, Armata Corazzata Africa) Januari–Oktober 1942
  • Tentera Darat Panzer Jerman-Itali, (Deutsch-Italienische Panzerarmee, Armata Corazzata Italo-Tedesca) Oktober 1942 – Februari 1943
  • Kumpulan Tentera Darat Afrika, (Heeresgruppe Afrika, Gruppo d'Armate Africa) Februari–Mei 1943

Kumpulan Panzer Afrika[sunting | sunting sumber]

Apabila Afrika Korps ditubuhkan pada 11 Januari 1941 ia secara rasminya diletakkan dibawah rantaian pemerintahan Itali di Afrika. Pada pertengahan tahun 1941 Markas Tinggi Angkatan Tentera Jerman (Akronim OKW) mewujudkan sebuah struktur pemerintahan yang lebih besar di Afrika, membentuk sebuah markas baru yang dipanggil Kumpulan Panzer Afrika (Panzergruppe Afrika, Gruppo Corazzato Africa). Pada 15 Ogos 1941, Kumpulan Panzer Afrika telah diaktifkan dengan Leftenan Jeneral (General der Panzertruppe) Erwin Rommel yang baru dinaikkan pangkat sebagai panglima. Kumpulan Panzer menguasai Afrika Korps serta ditambah unit-unit yang dihantar ke Afrika (terutamanya Divisyen Ringan Ke-90 Infantri), bersama-sama dengan dua kor Itali, X dan XX.

Tentera Darat Panzer Afrika[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Panzer Afrika telah dibentuk semula sebagai Tentera Darat Panzer Afrika (Panzerarmee Afrika, Armata Corazzata Africa) pada 30 Januari 1942.[1]

Tentera Darat Panzer Jerman-Itali[sunting | sunting sumber]

Tentera Darat Panzer Afrika telah dibentuk semula sebagai Tentera Darat Panzer Jerman-Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee, Armata Corazzata Italo-Tedesca) pada Oktober 1942 sewaktu pengunduran panjang selepas kalah di Pertempuran El Alamein Kedua semasa Kempen Gurun Barat.

Kumpulan Tentera Darat Afrika[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1943, markas tersebut telah dinaik taraf kepada Kumpulan Tentera Darat Afrika (Heeresgruppe Afrika, Gruppo d'Armate Africa) bagi mengurus pertahanan Tunisia semasa peringkat terakhir Kempen Afrika Utara. Kumpulan Tentera Darat Afrika meliputi Tentera Darat Panzer Ke-5 Jerman (5. Panzerarmee) dan Tentera Darat Pertama Itali.

Pemerintahan Kumpulan Tentera Darat telah diserahkan dari Fil Marsyal Rommel kepada Kolonel Jeneral Hans-Jürgen von Arnim pada bulan Mac. Beliau menyerahkalahkan Kumpulan Tentera Darat tersebut pada 13 Mei 1943, lantas mengakhiri kehadiran pihak Paksi di Afrika.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A German Panzer group was an army-level headquarters. As the war progressed all of the Panzer groups were redesignated as Panzer armies.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]