Kumpulan Tentera Darat A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bendera Panglima Kumpulan Tentera Darat 1941–1945

Kumpulan Tentera Darat A adalah nama beberapa kumpulan tentera darat Jerman semasa Perang Dunia II.

Perbatasan Barat, 1940[sunting | sunting sumber]

Sewaktu pencerobohan Jerman ke atas Negeri-Negeri Pamah dan Perancis, Kumpulan Tentera Darat A yang diperintah oleh Kolonel Jeneral Gerd von Rundstedt telah berjaya memecah keluar daripada Ardennes. Ia merangkumi 45½ divisyen, termasuk 7 divisyen panzer dalam Kumpulan Panzer Kleist.

Senarai Tempur

Perbatasan Timur, 1942[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1942, Kumpulan Tentera Darat Selatan berada di selatan Rusia Barisan Timur. Untuk Kes Biru (Fall Blau), iaitu penyerangan musim panas Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht), Kumpulan Tentera Darat Selatan telah dipecahkan kepada Kumpulan Tentera Darat A dan Kumpulan Tentera Darat B. Kumpulan Tentera Darat A telah di arahkan ke selatan untuk menawan medan-medan minyak di Caucasus.

Kumpulan Tentera Darat A merangkumi ketumbukan darat yang berikut:

Perbatasan Timur, 1945[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 1945 Kolonel Bogislaw von Bonin, Ketua Bahagian Operasi Turus Am Tentera Darat (Generalstab des Heeres) memberikan Heeresgruppe A kebenaran untuk berundur sewaktu Penyerangan Vistula–Oder Soviet, mengingkari arahan terus daripada Adolf Hitler untuk terus bertahan. Walaupun Heeresgruppe A terselamat dari kepungan dan bersatu semula, von Bonin telah ditangkap oleh Gestapo pada 19 Januari 1945, dan mula-mula dipenjarakan di Kem tahanan Flossenbürg dan kemudian Kem tahanan Dachau. Beliau akhirnya dibebaskan bersama dengan tahanan lain di Selatan Tyrol oleh Tentera Darat AS pada Mei 1945.

Pada 25 Januari 1945 Hitler menamakan semula tiga kumpulan tentera darat. Kumpulan Tentera Darat Utara menjadi Kumpulan Tentera Darat Courland; Kumpulan Tentera Darat Tengah menjadi Kumpulan Tentera Darat Utara dan Kumpulan Tentera Darat A menjadi Kumpulan Tentera Darat Tengah.

Para Panglima[sunting | sunting sumber]

[1] [2]

Ketua-Ketua Staf Am[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]