Kyoji Sky (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KYOJI SKY
After Show at Core International Auto Fest 2023, Maeps Serdang.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Kyoji Sky Band
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia.
Genre
Tahun aktif
  • 2009–kini
Syarikat rakaman
  • MINDALUSTRASI PRODUCTION
Pengkarya berkait
Ratu | Kyoji Sky | Aad | Kinkoz | Wan Gegau | Tyraa Arif |
Laman sesawang
https://youtube.com/channel/UCcde6szCmOSiKUu8j651vFQ
Ahli
  • Ijoyz Alexander - Vokal
  • Kyoji Sky - Gitar
  • Noh Slash - Guitar
  • Wan Gegau - Bass
  • Nabil - Drum
Bekas ahli
  • Joy Hillas - Vokal
  • Pay-Jaa - Bass
  • Shakir - Vokal
  • Aty - Violin
  • Piji - Bass
  • Apai - Drum
  • Mizzard - Drum

KYOJI SKY adalah sebuah Kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada sekitar tahun 2009 di Kuala Lumpur Malaysia. Kumpulan Kyoji Sky kini terdiri dari 5 orang iaitu Kyoji Sky (Guitar), Ijoyz Alexander (Vokal), Wan Gegau (Bass), Noh Slash (Guitar) & Nabil Razz (Drum).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Rock Band
Show at Core International Auto Fest 2023

Sejarah tercipta nama Kyoji Sky band ialah sempena nama pena gitaris sebagai penulis lirik/ pencipta lagu/Kartunis serta nama pentas beliau.

Sebelum bergelar band, Kyoji Sky bermula dengan album solo pada tahun 2007 pendaftaran awal MACP. Bermulanya agenda Kyoji-Sky band adalah dari album Art In The Dark yang dikeluarkan pada tahun 2009 yang dianggotai oleh Apai sebagai drummer, Sky gitaris, Aty sebagai Violinist, Piji sebagai bassist dan Shakir sebagai vokalis. Kyoji Sky menghasilkan single Cerita Semalam pada tahun 2011.

Kyoji Sky Band
Pelancaran Mini Album Chapter 5 di Malakat Mall Cyberjaya

Kyoji Sky adalah band yang memperjuangkan konsep muzik Eksperimental Rock.

Kesibukan secara peribadi Kyoji Sky menyebabkan band berehat sementara mencari elemen2 baru dan line up baru secara seriusnya. Pada tahun 2020.

Kyoji Sky menghasilkan album Cinta Animasi, lagu-lagu yang terdiri dalam album tersebut adalah Racun feat Ijoyz Alexander, Suara Kita, Bersama Sahabat (lagu tema Asean Broadcasting) dan Aku seketika (Akustika). Terhenti sejenak kerana dunia berhadapan dengan Covid-19.

KYOJI SKY
KYOJI SKY

2022 Kyoji Sky Band telah mengeluarkan MV terbaru yang berjudul RACUN Gandingan bersama Ijoyz Alexanderz sebagai Penyanyi, Pay-Jaa (Bassist) dan Mizzard (Drummer) dibawah dorongan dan terbitan GS9 Records dan pernah membuat persembahkan di Selamat Malam Malaysia (RTM1) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM1).

Kembali aktif pada tahun 2023 bersama line up baru seperti  Wan Gegau (Bassist), Joy Hillas (Vocalist), Kyoji Sky (Guitarist), Noh Slash (Guitarist) dan Nabil (Drummer).

Pertengahan tahun 2023 kumpulan ini telah menerbitkan E.P terbaru mereka berjudul CHAPTER 5 yang mengandungi 6 buah lagu didalamnya dan telah membuat pelancaran di Malakat Mall sempena Hari Rock Negara.

Concert
Live at Hari Rock Negara Malakat Mall

Dipenghujung tahun 2023 Posisi Joy Hillas telah digantikan oleh Ijoyz Alexander selaku penyanyi tetap kumpulan ini atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Maka Ini-lah kami KYOJI-SKY BAND yang bakal mengisi ruang industri muzik tanahair sejajar dengan band yang ada pada masa kini.


Band Members[sunting | sunting sumber]

Current Member

Ijoyz Alexander

selaku vokalis yang berasal dari Teluk Anson, Perak. Telah menyertai beberapa battle of the band di sekitar semenanjung malaysia. Bermula menyanyi secara serius sekitar tahun 2016 sehingga sekarang.

Pernah merakamkan single kolaborasi bersama Kyoji Sky Bnfm yang bertajuk "Racun"  ciptaan Kyoji Sky sendiri. Seterusnya Kyoji Sky juga menghasilkan single kedua Ijoyz Alexander yang bertajuk "Hanya Dia"  ciptaan Kyoji Sky dan penulis lirik Ratu Driz. Ijoyz Alexander juga pernah menyanyikan sebuah lagu tema untuk drama Kayuh yg bertajuk "Kayuh" terbitan RTM. Kini beliau merupakan Vokalis tetap untuk Kumpulan KYOJI SKY.


_________________________________


Kyoji Sky

Selaku Gitaris / komposer / kartunis / penerbit / Pengarah Muzik / Pelakon.

Bermula dengan muzik sejak berumur 15 tahun sebagai gitaris untuk bakat pelajar sekolah. Pernah menjadi pengiring kombo RTM Kota kinabalu Sabah selaku Flamenco gitar 1999.

2010 telah menghasilkan lagu tema Hujan Tak Berhenti PRTM. 2011 lagu Tema Fakir Hati PRTM. 2012 lagu tema Songkok Hitam PRTM. 2013 lagu tema Alamak Bakar PRTM. 2017 lagu tema Anak laut Cina Selatan

2018 lagu tema instrumental Sitkom Serba Serbi Servis. 2019 lagu tema instrumental Tongkat Langit ejen express. 2020 Animator Che Milah balik Raya. 2022 lagu tema KAYUH PRTM dan Sekarang fokus untuk Kumpulan KYOJI SKY.


________________________________



Noh Slash

Selaku Gitaris berasal dari Lahad Datu Sabah, Berumur 31 tahun. Sejak dari umur 13 tahun sudah berminat mendengar lagu-lagu berkonsepkan Blues, Rock, Rock and Roll dan Hard Rock dan mula belajar untuk bermain gitar pada usia 14 tahun. Pernah mempunyai Band sendiri ketika diusia 20 tahun namun tidak bertahan lama kerana ahli group yang tidak ambil kisah tentang band tersebut. Selain itu pernah juga menyertai atau terjebak dalam arena busker dan membuat persembahan diserata tempat. Kini telah menyertai Kumpulan KYOJI SKY sebagai pemain Gitar berjiwa Rock And Roll.




________________________________

Wan Gegau

Selaku Bass Gitar, Tidak asing lagi pemilik nama WAN GEGAU atau nama sebenarnya Mohd Saffuan Bin Samsudin yang merupakan seorang Pelawak, Pelakon, Pengacara dan kini mempunyai bakat dalam bidang mencipta lagu serta bermain alat muzik.

Mengikut cerita asal sejak dari bangku sekolah lagi Wan Gegau telah terlibat dengan arena hiburan rock apabila dia mula menjebakkan diri dengan dunia muzik rock sebagai pemain gitar bass hingga pernah membuat persembahan diserata tempat bersama dengan beberapa kumpulan Rock D.I.Y. diantaranya CHROMES (2023 : Kini Aktif kembali setelah terkubur beberapa tahun yang lalu).

Sehingga kini beliau masih aktif bermuzika bersama kumpulan KYOJI SKY sebagai pemain gitar bass.


________________________________


Nabil

Selaku pemain drum, Muhammad Nabil, berasal dari sabak bernam selangor, Berumur 20 tahun. Dari umur 10 tahun sudah berminat dengan instrumen drum. Mula mendengar lagu-lagu kebanyakan dari genre black metal dan mula berlajar bermain drum sendiri di rumah.

Pada umur 13 tahun dia mula terlibat dalam industri muzik dan menjadi drummer sessionist. Nabil juga pernah terlibat dalam Roadshow bersama beberapa Produksi dan juga pernah menjadi Drummer kepada Band Dream Knight dan kini telah bersama dengan Kumpulan KYOJI SKY sebagai pemain drum.





Diskografi[sunting | sunting sumber]

Produk[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Jenis
2009 Art In The Dark Album
2010 Trilogi Matra Album
2011 Cerita Semalam Single
Kyoji Sky Feat Trivia Single Warna
2012 & 2013 Puisi Tanpa Tinta Album Koleksi (Lagu-Lagu Puisi)
2020 Cinta Animasi Album
2022 RACUN : Kyoji Sky Feat Ijoyz Alexanderz & Mizzard Single (Music Video)
2023 Chapter 5 (Mini Album) EP


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Selamat Malam Malaysia Tetamu jemputan RTM Persembahan 3 Lagu (Promosi Lagu Racun)
Selamat Pagi Malaysia Tetamu jemputan RTM Persembahan 2 Lagu (Racun & Ciptaan Maha Esa)

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Radio Catatan
2022 Promosi Lagu RACUN Tetamu jemputan Selangor FM
2023 Promosi Chapter 5 (Mini Album) Tetamu jemputan Selangor FM


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sesi Pelancaran Mini Album Sempena Hari Rock Negara


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]