Selangor FM
Bandar | Shah Alam |
---|---|
Kawasan penyiaran | Selangor |
Slogan | Pilihan Tepat |
Frekuensi | 100.9 MHz |
Tarikh siaran pertama | 15 Oktober 1992 |
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Tapak web | selangorfm |
Selangor FM (Jabatan Penyiaran Selangor) ialah merupakan stesen radio Bahasa Melayu yang beroperasi di bawah Radio Televisyen Malaysia. Siaran adalah setiap hari dari 06:00 - 00:00 yang menampilkan berita tempatan serta muzik Melayu dan antarabangsa. Ia dipancarakan pada FM 100.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali dan boleh didengari di Lembah Klang, bahagian utara Negeri Sembilan, bahagian selatan Perak dan bahagian barat Pahang. Ia juga boleh didengari menggunakan aplikasi rtmklik dalam telefon bimbit.
Selangor FM utamanya ialah di Jabatan Penyiaran Selangor, Bangunan IPPTAR, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Selangor FM disambung siar dari Nasional FM[sunting | sunting sumber]
Selangor FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Radio Malaysia Selangor (RMS) dan sebelum itu sebagai Radio Malaysia Central Area dan Radio 3 Shah Alam.
Informasi Organisasi[sunting | sunting sumber]
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengarah | "Kosong" |
Timbalan Pengarah | Mohd Zamani bin Ibrahim |
Ketua Bahagian Rancangan | Yusmawati binti Yunus |
Pen. Jurutera | Muhammad Hafiz bin Aziz |
Penerbit rancangan | Noorasikin binti Salleh |
Penerbit rancangan | Dassky Shah Ewas bin Hamshah |
Penerbit rancangan | Mohd Fairuz bin Hiras |
Pem. Tadbir(Kewangan) | Rozilawati binti Mamat |
Senarai Segmen[sunting | sunting sumber]
Nama Segmen | Mula | Tamat |
---|---|---|
Inspirasi | 6.00AM | 10.00AM |
Prisma | 10.00AM | 2.00PM |
Ekspresi | 2.00PM | 5.00PM |
Dimensi | 5.00PM | 9.00PM |
Santai | 9.00PM | 12.00AM |
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Terpaksa berpindah dari lokasi[sunting | sunting sumber]
Pada 12 April 2008, Menteri Besar Selangor yang baharu, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi amaran kepada stesen radio itu supaya menyediakan slot seminggu selama satu jam untuk menyampaikan maklumat mengenai program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri, atau berpindah daripada Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang turut menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Stesen radio itu diberi tempoh seminggu untuk melaksanakan permintaan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, stesen radio itu enggan memperuntukkan slot satu jam mingguan seperti yang diminta. Akibatnya, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek menggesa stesen radio itu berpindah dan beroperasi di Angkasapuri sebaliknya, dengan menyatakan RTM tidak takut dengan amaran sedemikian